CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 11 Mei 2009

Peluang Nicol Membalas Dendam

Nicol David

Jaguh dunia bakal berentap dengan Grainger dalam final Terbuka Cayman

DETIK terbaik Nicol Ann David untuk membalas dendam kekalahan ke atas Natalie Grainger sudah tiba apabila jaguh dunia itu bakal berentap dengan lawan itu dalam final Kejohanan Skuasy Terbuka Cayman di Kepulauan Cayman. 

Nicol yang menyaksikan rekod 56 perlawanan tanpa kalahnya disekat Natalie pada final Terbuka Kuala Lumpur, Mac lalu kini berpeluang menebus kekecewaan itu dalam kejohanan bernilai AS$37,500 (RM137,625) itu apabila dua pemain ranking paling tinggi dunia itu masing-masing berjaya melepasi halangan separuh akhir, kelmarin.

Juara dunia kelahiran Pulau Pinang itu menempa mercu tanda peribadi itu dengan kemenangan 9-11, 11-0, 11-8, 11-3 dalam 38 minit ke atas pilihan ketiga Rachael Grinham dari Australia - pemain tunggal dalam sirkit profesional sekarang yang berbangga dengan penampilan paling banyak iaitu 51. 

“Semua orang sedang mencuba untuk mengatasi saya, jadi saya perlu bersedia buat segala-galanya dan bermain permainan sebenar saya,” kata pilihan pertama, Nicol yang memburu gelaran pertama, tahun ini dan 35 keseluruhan sepanjang kerjaya. 

“Rachael bijak bermain dengan perlahan dan ia menjadi buatnya pada permulaan. Saya perlu meningkatkan persembahan pada permainan seterusnya dan saya menemui momentum saya dan meneruskannya pada permainan seterusnya.

“Saya cukup gembira untuk berada dalam final dan tidak sabar bertarung dengan Natalie. Diharapkan ia adalah perlawanan bagus buat penyokong yang memberikan sokongan padu sepanjang minggu ini.” katanya. 

Natalie dari Amerika Syarikat pula tidak menghadapi masalah menundukkan Jenny Duncalf dari England 11-6, 11-2, 11-3 dalam hanya 25 minit - dengan pilihan kelima itu jelas kelihatan letih selepas pertembungan selama sejam ke atas pilihan keempat, Natalie Grinham pada pusingan sebelumnya.

0 Komen Anda: