CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 29 April 2009

Manchester United Turunkan Pasukan Utama Bertemu Malaysia


PETALING JAYA, 28 April - Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU) akan membariskan pasukan utama mereka dalam pertemuan dengan pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 Julai depan.

Promoter perlawanan Proevents International Sdn Bhd (Proevents) bagaimanapun berkata senarai penuh pemain yang akan datang bersama pengurus pasukan Sir Alex Ferguson akan diumumkan kemudian.

" Pasukan itu akan tiba di Kuala Lumpur sehari sebelum perlawanan dan dijangka berlaku banyak saingan untuk para peminat memenangi pas atau tiket bagi menyaksikan sesi latihan atau perlawanan berkenaan," kata Pengarah Urusan Proevents San Boon Wah pada sidang akhbar di Wisma FAM di sini hari ini.

San berkata Kuala Lumpur akan menjadi destinasi pertama skuad "Red Devils" dalam Jelajah Asia 2009 sebelum pergi ke Indonesia pada 20 Julai, Korea Selatan (24 Julai) dan dua hari selepas itu China.

" Bagi harga tiket, ia akan diumumkan dalam masa 10 hari dan antara RM50 hingga RM90," katanya.

San berkata kedatangan pasukan itu ke Kuala Lumpur adalah sesuatu yang menarik kerana pasukan itu mempunyai penyokong yang ramai di Malaysia selain pendedahan di seluruh dunia dan disiarkan di hampir 400 juta kediaman.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata perlawanan itu akan diadakan pada pukul 5.30 petang, atas permintaan skuad "Red Devils" itu.

" Kami menanti perlawanan itu kerana ia akan menjadi antara pendedahan terbaik bagi pasukan kebangsaan menentang pasukan berkualiti seperti MU," katanya.

Azzuddin berkata senarai pemain yang mewakili pasukan kebangsaan akan diumumkan dan diputuskan oleh jurulatih kebangsaan K. Rajagobal tetapi FAM menjanjikan perlawanan itu berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.

" Rajagopal akan mempunyai masa sekurang-kurangnya 10 hari untuk latihan bagi memilih pemain terbaik dan kami telah menjadualkan semula beberapa perlawanan Liga Malaysia," katanya.

Jelajah kali ini merupakan lawatan kali keempat juara Piala Carling dan Piala Kelab Dunia itu ke Malaysia selepas 1991 dan 1995 serta 2001 di mana mereka membelasah pasukan Malaysia 6-0.

Pada Julai 2007, perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan berikutan tarikh perlawanan bertembung dengan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Kuala Lumpur merupakan antara empat negara tuan rumah bersama bagi Piala AFC.

 BERNAMA

Khamis, 23 April 2009

OCM Weekly Highlights - 19th April 2009

OCM Weekly Highlights
19th April 2009

OCM Official Website: http://www.olympic.org.my/


Coming Events

Zeus Team Management System Training – 20th to 24th April 2009 in Wisma OCM.Talk on “The Importance of ‘Heart Rate Monitors’ in fitness, recreation and elite sports activities” – Organised by Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd and the Malaysian Hockey Federation, from 9.00 a.m. to 3.00 p.m. on 21st April 2009 at Dewan Perdana, Komplex Sukan Negara, Bukit Jalil. All are welcome. Admittance is free.
Media Conference by the Guangzhou 2010 Asian Games Organizing Committee – 21st April 2009, at Westin Hotel, Kuala Lumpur, at 2.30 p.m.
47th National Judo Championships 2009 – 25th and 26th April 2009 at Kompleks Masusarakat Penyayang, Pulau Pinang, from 10.00 a.m. to 6.00 p.m. each day.
5th OCM-Pharmaton Ex-Internationals Golf Challenge 2009 – 28th April 2009 at Kelab Golf Seri Selangor (KGSS).
World Sepaktakraw Championship 2009 - 25th to 31st May 2009 at Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 21 countries participating.
28th OCM Annual General Assembly 2009 – 30th May 2009 at 10.00 p.m. at OCM Indoor Sports Arena, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
1st Asian Martial Arts Games 2009 – 6th to 14th June 2009, Bangkok, Thailand
28th OCA General Assembly 2009 – 7th June 2009, Bangkok, Thailand
9th Junior Men’s Hockey World Cup 2009 – 7th to 21st June 2009, Johor Bahru and Singapore.
7th Asian Netball Championship 2009 – 21st to 29th June 2009 at National Netball Stadium, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
1st Asian Youth Games 2009 – 29th June to 7th July 2009, Singapore.

News Items

Condolences

The Executive Board & Council of the Olympic Council of Malaysia (OCM) and its affiliates express their deepest condolences to the family of the late Tuan Haji Kamaruddin Maidin.

The late Tuan Haji Kamaruddin Maidin represented Malaya in Long Jump at the 1960 Rome Olympic Games, together with Y.Bhg. Datuk Dr. M. Jegathesan and Y.Bhg. Datuk Shahruddin Ali.

He was the National Long Jump and Triple Jump Champion and record holder for many years. At the Southeast Asia Peninsular (SEAP) Games he was the gold medalist and record holder in the Long Jump event from 1959 to 1967 and the gold medal in the Triple Jump event in 1965 and the silver medal in 1967. He represented Malaysia in the 1962 and 1966 Asian Games held in Jakarta and Bangkok respectively.

After he retired from competition, the late Tuan Haji Kamaruddin Maidin became an athletics coach and official and was instrumental in coaching a couple of his six sons to be national athletes. He and his wife, Puan Hajah Rajemah Hj. Sheikh Ahmad, who is also a former national athlete, having participated in the Asian Games and a medalist in the SEAP Games, have been very active in developing athletics in the late Tuan Haji Kamaruddin Maidin’s home state of Terengganu. Their hard work has made Terengganu State to be one of the strongest state in Malaysia in athletics.

The demise of the late Tuan Haji Kamaruddin Maidin is a great loss to Malaysian sport, especially to athletics.

28th OCA General Assembly 2009

The 28th OCA General Assembly scheduled on 26th April 2009, and the 1st Asian Martial Arts Games, scheduled from 25th April to 3rd May 2009 in Bangkok, Thailand, has been postponed to 7th June and from 6th to 14th June 2009 respectively, at the same venue.

152nd OCM Council Meeting –

The 152nd OCM Council meeting was held on 18th April 2009. The following matters were discussed and confirmed:
1. The setting up of the OCM Sports Development Trust Fund with minor amendments to the Trust Deed. The launch of the Trust Fund will be in early May 2009.
2. The 28th OCM Annual General Assembly (AGA) will be held on 30th May 2009 at 10.00 a.m. at Level 3, OCM Indoor Sports Arena. The 28th AGA and elections of Office Bearers will be conducted in accordance with the OCM Constitution approved at the 27th AGA held on 26th June 2008.
3. Cik Hajah Norminshah Sabirin, Y.Bhg. Dato’ Abdul Malek bin Mohd Salleh and Encik Stanley Charles Louise were confirmed to be members of the Elections Panel to conduct the elections.
4. The principles to have a two tier registration system for sports bodies and the settlement of dispute through ADR were approved and will be submitted to the Commissioner of Sports to be included in the amendments to the Sports Development Act 1997.
5. Approved the purchase of a Toyota Hiace at RM94,231.10 with luxury seats at an additional cost of RM3,800/=, as the second vehicle of OCM.
6. Approved that Mr. Andrew Gopal, President of Ulu Klang Recreation Club (UKRC) be recognized as a OCM Goodwill Sports Ambassador, for his hard work in protecting the land on which UKRC is located.
7. Noted the 5 days comprehensive training on Zeus Team Management System will be held in Wisma OCM from 20th to 24th April 2009.
8. Noted the 5th OCM-Pharmaton Ex-International Golf Challenge 2009 for the Datuk Dr. M. Jegathesan Challenge Trophy will be held on 28th April 2009 at Seri Selangor Golf Club. The Golf Challenge will be in memory of the Late Dato’ Ho Koh Chye and a Challenge Trophy in his name will be awarded to the Individual event winner.
9. Noted that Cik Maheshwari A. Doria Rajah will be attending the 12th International Seminar Sport Journalists in Olympia from 26th May to 1st June 2009.
10. Noted the basic principles on the organization of the 1st mini Olympics in the National Sports Complex, Bukit Jalil, Kuala Lumpur for 8 sports from 19th to 26th June 2009.
11. Noted that YAM Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja’afar and Y.Bhg. Dato’ Roy Rajasingham have been appointed to be members of the Ad Hoc Committee and the first meeting was held on 17th April 2009.
12. Noted the Selection Committee meetings for the 3rd Asian Indoor Games and the 25th SEA Games will be held in late July 2009.

Selasa, 21 April 2009

K. Rajagobal Jurulatih Baru Skuad Kebangsaan


PETALING JAYA, 20 April Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, K.Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan B.Sathianathan yang diminta berhenti pada 1 Feb lepas.

Pelantikan Rajagobal itu diumumkan Timbalan Presiden FAM Datuk Redzuan Sheikh Ahmad pada satu sidang media di ibu pejabat badan induk bola sepak negara di Kelana Jaya di sini hari ini.

Media sebelum ini menyenarai pendek tiga jurulatih tempatan yang berkaliber dalam menerajui pasukan masing-masing dalam kancah Liga Malaysia selepas Presiden FAM Sultan Ahmad Shah membuat perakuan untuk memberi keutamaan kepada calon tempatan.

Mendahului senarai ialah Mohd Azrai Khor Abdullah (Kedah), K.Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda).

"Pelantikan Rajagobal mendapat restu daripada Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan Rajagobal sendiri mengaku menerima tanggungjawab tersebut," kata Redzuan dalam sidang media tersebut.

Menjelaskan dengan lebih lanjut pelantikan itu, Redzuan berkata Rajagobal akan diberikan kontrak dua tahun dan pilihan satu tahun, begitu juga bagi dua pembantunya, Tan Cheng Hoe dan Mohd Faozi Mukhlas.

Mengenai skuad Harimau Muda (skuad bawah 19 tahun kebangsaan), Redzuan berkata Ong Kim Swee dan pembantu-pembantunya akan mengambil alih tugas selaku jurulatih daripada Rajagobal dalam masa terdekat.

Redzuan juga mengumumkan skuad kebangsaan akan mewakili negara pada Pestabola Merdeka Ogos depan yang menampilkan sembilan pasukan bagi membaiki ranking dunia, berbeza dengan keputusan sebelum ini untuk menghantar skuad bawah 23 tahun.

Mengenai ketiga-tiga jurulatih (Mohd Azraai, Devan dan Dollah) yang disenarai pendek sebelum ini, Redzuan berkata walaupun ada jurulatih yang telah menyatakan minat tetapi persatuan negeri enggan melepaskan mereka.

Walaupun FAM boleh 'menggunakan kuasa' dengan meletakkan kepentingan negara didahulukan, beliau berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu enggan menggunakannya kerana tidak mahu menjejaskan hubungan dengan persatuan negeri.

Mesyuarat Majlis FAM pada 11 April lepas baru sahaja memutuskan untuk melantik Rajagobal sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Sementara itu, Rajagobal ketika mengulas mengenai pelantikan itu berkata ia merupakan satu penghormatan kepadanya walaupun menyedari ia juga merupakan satu tanggungjawab yang besar.

"Saya tahu dan seluruh rakyat tahu bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak mudah tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik dan bersikap realistik," kata jurulatih berusia 53 tahun itu.

Mengenai pemilihan pemain, Rajagobal berkata beliau akan berhubung rapat dengan semua jurulatih pasukan dalam Liga Malaysia bagi memastikan siapa pemain yang berada di tahap terbaik.

Beliau yang memegang lesen A Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pernah membimbing pasukan Selangor pada tahun 2000 (memenangi Liga Perdana Satu, separuh akhir Piala Malaysia dan suku akhir Piala FA), Kelantan pada musim 2001/2002 (separuh akhir Piala Malaysia) sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun kebangsaan pada 2003.

-- BERNAMA

Isnin, 13 April 2009

Taniah!, Menteri Baru KBS

Y.B. Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Y.B. Datuk Razali Ibrahim

Y.B. Tuan Wee Jeck Seng

Salam sejahtera ahli dan rakan Famemas,

Famemas ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.B. Dato’ Ahmad Shabery Cheek diatas perlantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Juga ucapan tahniah kepada Y.B. Datuk Razali Ibrahim dan Y.B. Tuan Wee Jeck Seng diatas perlantikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Semoga perlantikan mereka dapat menjalin hubungan mesra dengan Famemas dan semoga sukan dan belia Malaysia akan mencapai tahap peningkatan yang lebih membanggakan.

Disertakan bersama informasi terkini dari OCM bertarikh 12 April 2009 untuk perhatian semua

Salam ikhlas,

Kelab Famemas KL & Selangor (1555-07-WKL)

OCM Weekly Highlights - 12th April 2009

OCM Weekly Highlights 
12th April 2009

OCM Official Website: www.olympic.org.my

Coming Events

4th Malaysia National Figure Skating Championship 2009 – 10th and 11th April 2009 at Pyramid Ice Skating Rink, Sunway Pyramid Mall, Bandar Sunway from 4.00 p.m. 
20th OCM Executive Board Meeting – 14th April 2009 at 4.30 p.m. at OCM Boardroom, 1st Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur 
152nd OCM Council Meeting – 18th April 2009 at 10.00 a.m. at the Conference Room, Ground Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. 
28th OCA General Assembly 2009 - 26th April 2009, Bangkok, Thailand. 
47th National Judo Championships 2009 – 25th and 26th April 2009 at Kompleks Masusarakat Penyayang, Pulau Pinang, from 10.00 a.m. to 6.00 p.m. each day. 
1st Asian Martial Arts Games 2009 – 25th April to 3rd May 2009, Bangkok, Thailand 
5th OCM-Pharmaton Ex-Internationals Golf Challenge 2009 – 28th April 2009 at Kelab Golf Seri Selangor (KGSS). 
World Sepaktakraw Championship 2009 - 25th to 31st May 2009 at Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 21 countries participating. 
28th OCM Annual General Assembly 2009 – 30th May 2009 at 2.00 p.m. at OCM Indoor Sports Arena, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. 
9th Junior Men’s Hockey World Cup 2009 – 7th to 21st June 2009, Johor Bahru and Singapore. 7th Asian Netball Championship 2009 – 21st to 29th June 2009 at National Netball Stadium, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 
1st Asian Youth Games 2009 – 29th June to 7th July 2009, Singapore. 

News Items

Congratulations

The Office Bearers and members of the Olympic Council of Malaysia wishes to congratulate and welcome Y.B. Datuk Ahmad Shabery Cheek, on his appointment as the Minister of Youth and Sports Malaysia on 10th April 2009. Y.B. Datuk Ahmad Shabery Cheek was the former Minister of Information Malaysia. 

The Office Bearers and members of the Olympic Council of Malaysia wishes to congratulate and welcome Y.B. Datuk Razali Ibrahim, on his appointment as the one of the two Deputy Ministers of Youth and Sports Malaysia on 10th April 2009. Y.B. Dato’ Razali Ibrahim is the UMNO Youth Deputy Chief. 

Y.B. Encik Wee Jeck Seng is the other Deputy Minister of Youth and Sports Malaysia.

The Office Bearers and members of the Olympic Council of Malaysia wishes to bid farewell and congratulate Y.B. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, the former Minister of Youth and Sports, who is now the Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs. We wish him success in his new Ministry.

25th National Junior Netball Championship 2009 

The 25th National Junior Netball Championship was held from 9th to 12th April 2009 at Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, from 9.00 a.m. to 6.00 p.m. each day. Twelve (12) State teams consisting of girls below 21 years participated in high spirit. 
The states were: Federal Territory of Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, P.Pinang, Sabah, Selangor, and Terengganu.

The results from first to the eight (1st – 8th )were as follows:
1ST Federal Territory of Kuala Lumpur 
2ND KELANTAN
3RD JOHOR
4TH TERENGGANU
5TH SELANGOR
6TH PAHANG
7TH PERAK
8TH SABAH

1ST IN THE LOSERS’ POOL - KEDAH
RUNNERS UP IN THE LOSERS’ POOL - P.PINANG

BEST ATTACKING PLAYER - Siti Dalimah Suhaimi (C/WA/GA, Federal Territory of KL)
BEST DEFENSE PLAYER - Qistina Nur Qaisum Suhaimi (GD, KELANTAN)
HIGHEST SCORER - Nur Ain Omar (GS, Federal Territory of KL)
“FAIR-PLAY” TEAM - P.PINANG
BEST TEAM IN THE MARCH PAST - N. SEMBILAN 

Y.Bhg. Dato’ Zolkples Embong, Director General, National Sports Council Malaysia, presented the prizes to the winning teams and closed the Championship. 

Hockey News

Malaysia has qualified for the Women’s Champion Challenge II Tournament to be played in Kazan, Russia, from 21st to 27th June 2009. The Malaysian Women’s Hockey Team is ranked 25th in the world.

The Malaysian Men’s Hockey Team has also qualified for the Men’s Champion Challenge II Tournament to be played in Dublin, Ireland, from 5th to 11th July 2009.

Malaysia 4th Handball League 2009

At the end of the 4th Round, played today, Vanila Star, a team comprising expatriates working in Malaysia, remains the only unbeaten team in the Men’s Division, with four wins out of four matches to lead the table. Hoisan, the defending champion is in second place with two other teams, Harun Boys and UiTM, having each lost one match. 

In the Women’s Division, where there are 8 teams competing, TSS is the only unbeaten team, winning all their 3 matches. BLITZ and UiTM teams suffered their first defeat today, both going down to TSS by 3 goals to 5 and 7 goals to 9, respectively. 

The 4th Malaysian National Figure Skating Championship 2009

The 4th Malaysian National Figure Skating Championship 2009 was held in Sunway Pyramid Ice on 10th and 11th April 2009. Over 60 Figure Skaters participated in the Championship. There were a total of 16 events, with 10 events for ladies, 3 events for men and 3 mix events. Out of the 10 ladies events, there were four events for young girls in the age-group 6 to 8 years, 9 years, 10 to 12 years and 13 to 17 girls and two events for junior. For the first time, a number of Malaysian living overseas, competed in the Championship.

Overall the Figure Skaters showed lots of enthusiasm and talents. In spite of limited practice and competition opportunities, the Skaters put up a great show. The Ice Skating Association of Malaysia (ISAM) is to be congratulated for the excellent organization and the great performance of the Skaters. 

Sabtu, 11 April 2009

Halim dakwa Zafuan cabar maruahnya; tak mahu maafkan

Halim Napi


"SAYA dihina dengan kata-kata kesat dan dia (Aidil Zafuan Abdul Radzak) turut membuat isyarat tangan berunsur penghinaan dan provokasi terhadap saya," kata Halim Napi, orang yang didakwa pencetus rusuhan penyokong Kelantan, Selasa lalu.

Bagi penjaga gol veteran berusia 37 tahun itu, perbuatan Aidil itu mencabar maruah dan harga dirinya, dan mendakwa tindakan pertahanan Negeri Sembilan itu turut disaksikan sebahagian penonton.

Malah, Halim yang tampil kali pertama untuk menjelaskan insiden itu, turut menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada Aidil atau memaafkan pemain itu atas apa yang berlaku.

Dalam insiden ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Halim meluru ke arah Aidil dan menumbuk serta memijak pemin itu sebelum dileraikan pemain lain.

Halim berkata sebagai pemain muda, Aidil seharusnya menghormati pemain yang lebih senior daripadanya dan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kata-kata yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Saya harap selepas ini, dia menunjukkan sikap hormat bukan saja kepada pemain senior, tetapi juga terhadap pemain lain walaupun dia seorang pemain kebangsaan. Saya juga pernah bermain untuk skuad kebangsaan," katanya yang ditemui di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Menceritakan apa yang berlaku sehingga tercetusnya insiden berkenaan, Halim berkata, ia berpunca ekoran pelanggaran antaranya dengan penyerang lawan yang juga kembar Aidil Zafuan, Zaquan Adha ketika perlawanan menghampiri penghujung aksi.

"Dalam situasi perebutan bola 50-50 itu, kami secara tidak sengaja berlaga sesama sendiri, tetapi Aidil pula yang masuk campur sebelum bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya," katanya yang pernah beraksi bersama Perak, Negeri Sembilan dan Melaka sepanjang lebih 15 tahun kariernya.

Mengenai dakwaan yang mengaitkannya sebagai punca berlakunya rusuhan sekumpulan penyokong Kelantan di luar stadium, Halim berkata, apa yang berlaku di dalam padang dan di luar stadium itu adalah dua isu berbeza yang tiada kena mengena dengannya.

Dia juga enggan mengulas mengenai penggantungan yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terhadapnya kerana mahu menenangkan fikiran dan menunggu keputusan Jawatankuasa Disiplin berhubung hukuman yang bakal diterimanya.

Jumaat, 10 April 2009

Penonton 'gedebe' jejas bola sepak negara

Foto Sekadar Hiasan

KEJADIAN rusuhan yang berlaku sebaik tamat perlawanan Piala FA separuh akhir pertama antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu malam kelmarin, mengecewakan peminat bola sepak di negara ini. 

Tindakan liar sebahagian daripada 20,000 penyokong Kelantan menyebabkan lapan kereta rosak teruk termasuk sebuah kenderaan polis, manakala sebuah motosikal dibakar. 

Kejadian itu barangkali tidak akan membawa kepada rusuhan penonton jika tiada pemain bertindak liar menyerang pemain lain.

Yang jelas, lunturnya semangat kesukanan di kalangan pemain dan peminat bola sepak pada perlawanan itu. Ada di kalangan pemain dan penonton hanya mengharapkan kemenangan pasukan pilihan mereka tanpa berfikir, bola yang dimainkan di atas padang boleh melantun ke mana saja berdasarkan kebijaksanaan seseorang yang memainkannya. 

Menang dan kalah adalah adat dalam apa juga jenis pertandingan. 

Kecuali seri, mana-mana pasukan yang bertanding perlu akur dengan apa juga keputusan pada akhir masa ditetapkan.

Pada waktu itulah mereka terbabit diuji dengan semangat muhibah dalam bersukan. Berjabat tangan pada akhir perlawanan diharap mampu meredakan rasa tidak puas hati pasukan yang kalah. Apa juga aksi liar tidak harus dijadikan provokasi bagi mengelakkan tercetusnya kejadian tidak diingini. 

Kejadian malam itu jarang berlaku dalam perlawanan bola sepak sebelum ini. 

Apakah pemain dan peminat bola sepak di Kelantan ingin menjadi jaguh dan menunjukkan 'gedebe' (samseng)? 

Jika sikap samseng sebeginilah yang mereka tunjukkan kepada seluruh peminat sukan tanah air, sudah pasti sukan bola sepak tidak akan maju dan sukar melangkah ke arena lebih tinggi.

Oleh itu, diingatkan bahawa prestasi bola sepak negara sekarang ini pun bukanlah boleh dibanggakan. Sesekali permainan bola sepak kita berada pada tahap memalukan. 

Menurut Fifa, mutakhir ini Malaysia berada pada ranking ke 160. Jauh sekali untuk berada pada kedudukan 30 atau 10 pasukan pilihan. 

Justeru, jika begini mentaliti pemain dan peminat bola sepak di negara ini, tidak mustahil suatu hari nanti ranking bola sepak negara kita lebih teruk dan terus jatuh ke kedudukan ke 200! 

Apa pun, semua pihak terutama FAM masih menyimpan impian besar dengan menyusun pelbagai strategi supaya sukan bola sepak kita beransur menuju ke tahap lebih baik, terutama di rantau Asia Tenggara. 

Walaupun masih jauh untuk menjadi jaguh sehebat kuasa besar bola sepak dunia, cukuplah kalau bola sepak negara mampu membanggakan khalayak peminat bola sepak yang setia dengan sukan ini. Tinggi semangat bermain dan kukuh muhibah kesukanan. 

Sikap fanatik yang ditunjukkan sehingga membakar van polis, kereta, motosikal dan mencederakan orang lain tidak sepatutnya berlaku dan tidak wajar dijelmakan di kalangan peminat sukan negara ini, yang tersohor dengan sifat sopan santun dan berhemah tinggi dalam banyak aspek kehidupan. 

Budaya negatif yang dipaparkan pemain dan peminat bola sepak di negara asing tidak perlu ditiru dan cuba di-bawa ke negara kita. 

Sukan bola sepak kita perlu terus dijulang dengan semangat 'Malaysia Boleh' bersandarkan asas budaya hidup yang penuh kesantunan, budi bahasa dan semangat kesukanan yang tinggi. 

WAN MARZUKI WAN RAMLI,
Pasir Mas, Kelantan.

Isnin, 6 April 2009

OCM Weekly Highlights - 5th April 2009

OCM Weekly Highlights
5th April 2009

OCM Official Website: www.olympic.org.my

Coming Events

Sultan Azlan Shah Cup Men’s Hockey Tournament 2009 – 5th to 12th April 2009 at Ipoh.
25th National Junior Netball Championship 2009 – 9th to 12th April 2009 at Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, from 9.00 a.m. to 6.00 p.m. each day. 12 State teams are participating and the Championship is for girls under 21 years.
4th Malaysia National Figure Skating Championship 2009 – 10th and 11th April 2009 at Pyramid Ice Skating Rink, Sunway Pyramid Mall, Bandar Sunway from 4.00 p.m.
20th OCM Executive Board Meeting – 14th April 2009 at 4.30 p.m. at OCM Boardroom, 1st Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur
152nd OCM Council Meeting – 18th April 2009 at 10.00 a.m. at the Conference Room, Ground Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
28th OCA General Assembly 2009 - 26th April 2009, Bangkok, Thailand.
1st Asian Martial Arts Games 2009 – 25th April to 3rd May 2009, Bangkok, Thailand
5th OCM-Pharmaton Ex-Internationals Golf Challenge 2009 – 28th April 2009 at Kelab Golf Seri Selangor (KGSS). 28th OCM Annual General Assembly 2009 – 30th May 2009 at 2.00 p.m. at OCM Indoor Sports Arena, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
9th Junior Men’s Hockey World Cup 2009 – 7th to 21st June 2009, Johor Bahru and Singapore.
7th Asian Netball Championship 2009 – 21st to 29th June 2009 at National Netball Stadium, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
1st Asian Youth Games 2009 – 29th June to 7th July 2009, Singapore.

News Items

Congratulations

Congratulations to Track Cyclist Mohd Azizulhasni Awang, for being the first Malaysian Cyclist to win a Silver medal at the World Track Cycling Championship, when he came in second in the 200m Sprint on 28th March 2009, at the World Track Championship currently held at the BGZ Velodrome in Pruzslow, Poland.

For their historical achievements, Mohd Azizulhasni Awang and Rizal Tisin were awarded incentives by the National Sports Council Malaysia and the Malaysian National Cycling Federation.

Corporate Cup Individual Carom Championship 2009

The Corporate Cup Individual and Doubles Carom Championships were held 4th and 5th April 2009, from 9.00 a.m. to 9.30 p.m. each day, at 2nd Floor, OCM Indoor Sports Complex, Kuala Lumpur. There were 74 entries in the Individual Championship and 45 entries in the Doubles Championship. Carom players from Kedah, Penang and other states participated in the Championships.

The winners of the Individual Championship are as follows:
Champion – Encik Ruslan Baba (won RM800/= plus a souvenir)
Runner-Up – Encik Wan Arif (won RM600/= plus a souvenir)
Third – Encik Mohad Suhaizab Mat Karri (won RM400/= plus a souvenir)
Fourth – Encik Zukiman Zainal (won RM200/= plus a souvenir)
Fifth – Encik Rosli Abd. Rahim (won RM50/= plus a souvenir)
Sixth – Encik Abd. Mutalib (won RM50/= plus a souvenir)
Seventh – Encik Moir Sazali Md. Ali (won RM50/= plus a souvenir)
Eighth – Encik Saharuddin Abdullah Tani (won RM50/= plus a souvenir)

National Age Group Chess Championship 2009

Congratulations to the Malaysian Chess Federation for successfully organizing the National Age-Group Chess Championships 2009 at the Pearl Point Shopping Mall, Kuala Lumpur, on 4th and 5th April 2009. The National Age Group Chess Championships was inaugurated in 1990 and is held annually. Around 480 boys and girls from almost all the states of Malaysia participated in the Championships with boys outnumbering the girls by 2 to 1. The Championships was held under 5 age groups for boys and for girls. The age groups were under 8 years, under 10 years, under 12 years, under 14 years and under 16 years. Medals and certificates were awarded to the first 10 places in each group for the boys and to the first 5 places in each group for the girls. The winners of each age group were awarded an additional trophy each.

Jumaat, 3 April 2009

Exco Baru

Hai rakan Famemas!

Pihak Jawatankuasa Famemas telah bersetuju dan melantik Ahli Jawatankuasa tambahan seperti berikut:






Pihak Jawatankuasa juga telah bersetuju dan menerima perletakan jawatan Encik Shafari Bakar sebagai Ahli Jawatankuasa dan berterima-kasih dan berharap Encik Shafari dapat terus menyumbang bakti dan aktif sebagai ahli Famemas.

Khamis, 2 April 2009

Celoteh Kepten Shafari - Cherating

Dear frens,

Malaysian track cyclists created history by winning a silver and a bronze in the World Track Championship in Poland. Congratulations to Azizulhasni, Rizal Tisin, Beadsley and MNCF!
I did condemn Datuk Naim in Korat for the lack of achievements but it is proven that I was wrong then.... and may be I am still right too till today because we havent got anywhere with road racing though we've spent millions organising le Tour de Langkawi.

Looking at these 2 scenarios... track and road cycling... the vast difference is the choice of right coach! Beadsley is doing wonders in the track but we dont have a capable one with the road racing. So KBS and MNCF got to extend Beadsley's contract and to hunt for the road's coach.

At present on the world's stage, Malaysia is very good at badminton, bowling and lawn bowls, track cycling and squash. Football and hockey where we were once the powerhouse in Asia is still far-far behind now. And if we were to "disect' these sports and games... the DNAs of the failure ones are either from the politicians or the royals...heheh Look too at sepak takraw and silat...

Yeah... I am at Cherating since Sunday. Just pure relaxing... and all alone. I do feel loneliness but then I am already used to it... I think. Azman Warren (the guitarist of RAP... Shela Majid and Zainal Abidin days..) is performing on Mon-Wed and a 7 pcs band, Angel is on Thurs-Sat at Little Bali... quite a happenning place in Kg Cherating Lama... Nice to listen to Azman Warren. Besides tourists, the other patrons are divers and surfers, oil and gas people and some drove all the way from Kuantan. I am recommending this place...even the chalets are quite clean especially in Payung Guest House (RM45 per night... what can one expect right?)

I learn this.... KETANG MAKANG UMPANG!.... it is "ketam makan umpan".... heheh this fishing buddy of mine, a 5 yr old boy got excited when a crab got hooked on his line. And I was feeling really young when I was with him... cos he adressed me as "abang"...hehehe

I do not know what Malaysia will be under the new PM. Hope it is to be better but then again...how are we going to gauge his performance when our mass medias are controlled by the govt of the day? What ever it is let us all pray that we shall be better off and continue to live in harmony and peace where the country's wealth is shared equally by all Malaysians. InsyAllah.

Ok till next time... take care and enjoy life.

Salam...

Capt... Cherating.