CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 26 April 2012

Anugerah Astro Arena 2012

Kelab Penyokong Famemas turut dijemput oleh Astro untuk memeriahkan lagi Majlis Anugerah Asto Arena 2012 di Grand Ballroom, Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Kelmarin. Syabas! dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama kepada Khairul Fahmi Cek Mat dan Nur Fatehah Mustapha kerana telah memenangi anugerah atlit lelaki dan wanita berpasukan popular 2012.

Antara foto-foto yang sempat dirakamkan:

Astro Arena Awards Night.

Meja khas untuk kelab Famemas

Menu kami pada malam itu.

Kita makan dulu.
Sambil makan, kami dihidangkan oleh kumpulan lawak JAMBU.

Kami turut dihiburkan oleh Jaclyn Victor.

Sempat abadikan kenangan di majlis malam itu.

Adik-adik dari kumpulan Famemas turut berpakaian glemer pada malam itu.

Kumpulan Famemas bersama cenderamata dari Astro Arena.

Persembahan bertenaga dari Jaclyn Victor.

Ray dan Fina Nasrom dari Astro Arena cukup melaram pada malam itu.

Cenderamata menarik yang kami dapat dari Astro Arena.

Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Pihak Astro Arena berterima kasih kepada kelab Famemas turut memberi sokongan dan memeriahkan majlis ini, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di majlis-majlis yang akan datang!

Khamis, 19 April 2012

Foto: Anugerah Sukan Negara 2011

Kelab Penyokong Famemas turut dijemput oleh Majlis Sukan Negara untuk memeriahkan lagi Majlis Anugerah Sukan Negara 2011 di Grand Ballroom, Palace Of The Golden Horses, Kelmarin.

Syabas! dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama kepada Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong kerana telah memenangi anugerah olahragawan dan olahragawati kebangsaan 2011.

Antara foto-foto yang sempat dirakamkan:

Palace of Golden Horses.
Meja yang dikhaskan untuk kelab Famemas
Famemas
En. Jason Thiang
Encik Zakariah
En. Lee Hui Seng.
Persembahan dari Salamiah Hassan.
En. Dorairaj
Cik Yusnita
Menu istimewa kami pada malam itu.
Encik David dan Lee sedang menanti makanan seterusnya.
Cik Yusnita sempat make up lagi...
Famemas bersama Olahragawati Negara, Pandalela Rinong.
Datuk Zolkaples bersama tetamu VIP yang lain.

Selasa, 17 April 2012

ABL DRAGONS, GP GOLD JB, CONTEST ESPN & UNDIAN ANUGERAH ASTRO ARENA 2012

ABL MALAYSIA WESTPORTS DRAGONS VS SAIGON HEAT, SABRU 21 APR


Famemas dijemput menyorak untuk mengembalikan semula kemenangan kepada Malaysia Dragons yang mengalami kemelesetan berturut-turut sebelum ini. Jom pastikan kemenangan Dragons:
  • Dragons VS Saigon Heat
  • Sabtu 21 April 2012
  • Stadium MABA
  • Berkumpul 2.30pm di pintu utama berpakaian Famemas Kuning
  • Info lanjut sms 013-3410046
MALAYSIA OPEN GRAND PRIX GOLD 2012, JOHOR BAHRU 5-6 MEI 2012

Famemas akan menyediakan beberapa kenderaan ke JB yang akan berlepas KL Sentral jam 6 pagi pada Sabtu 5 Mei 2012 dan akan pulang ke KL pada 6 Mei 2012.

Kos minyak tol, hotel, dll akan ditanggung bersama. Jika berminat menyertai kumpulan kecil Famemas ke JB, sila hubungi 012-3293378.

PERADUAN ESPNSTAR “INILAH PENTAS ANDA”- MENANGI HADIAH KE SINGAPURA!

Mahukah anda melihat artikel tulisan anda di laman web kami?

Bagaimana pula dengan artikel anda di laman web kami beserta dengan lawatan sekali seumur hidup di studio ESS dan bilik berita di Singapura!

Di espnstar.my, ia pentas anda, dalam bahasa anda.

Mudah sahaja. Hantarkan artikel tentang sebarang sukan semasa pertandingan dijalankan lebih dari 300 patah perkataan. Seperti F1, BPL, NBA, Liga Malaysia dan lain-lain yang berkenaan. Dan artikel anda mungkin akan dipaparkan di laman web kami!

Pemenang hadiah utama akan dipilih dan diterbangkan ke Singapura untuk lawatan selama 2 hari 1 malam di Pejabat ESS dimana anda akan berpeluang bertemu penyampai ESS kegemaran anda, menonton rakaman Sports Center, pelajari tentang ESPNEWS dan luangkan masa bersama pasukan editor espnstar.com untuk pelajari tentang bidang pemberitaan.

Akan terdapat seorang pemenang hadiah utama dan 3 pemenang barangan ESS. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman dalam pemberitaan sukan dunia bersama penyampai, produser dan penulis sukan kami!

Log in to www.espnstar.my/ipa dan masuk ruangan Bahasa Malaysia untuk butiran lanjut peraduan!

JOM MENGUNDI UNTUK ANUGERAH SUKAN ASTRO ARENA 2012

Bermula dari sekarang hingga 23 April, Famemas serta para peminat sukan tempatan boleh membuat undian mereka menerusi laman sesawang Astro Arena di www.arena.my. Nyatakan sokongan anda! Undi sekarang!

IKHLAS DARI FAMEMAS

Isnin, 16 April 2012

ABL 2012 Westports Malaysia Dragons vs. San Miguel Beermen

Diharap juga lebih ramai dapat menyaksikan perlawanan Bola Keranjang MABA untuk masa depan dan terima kasih kepada semua yang menghadiri perlawanan tempohari Malaysia Westports Dragons VS San Maguel Beermen dari Phillipines yang menyaksikan Dragons tewas 76-92.

Antara foto-foto yang sempat dirakamkan:











Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Pemilik, pengurus serta pemain Westports Malaysia Dragons berterima kasih kepada Famemas atas sokongan tidak berakhir kepada mereka, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di perlawanan seterusnya!

Sorakan Emas Olimpik 1Malaysia(1



Famemas dalam rakaman gameshow untuk Olimpik 2012 London seperti berikut:

SORAKAN EMAS 1MALAYSIA OLIMPIK LONDON 2012
  • Tarikh: Ahad, 15 APRIL 2012
  • Saluran: TV1
  • Masa: 1130 malam

Selasa, 10 April 2012

URGENT FAMEMAS: UNDANGAN OLIMPIK DI RTM DAN EPL ALL STARS

Famemas diundang untuk menjayakan rakaman gameshow untuk Olimpik 2012 London seperti berikut:

SORAKAN EMAS 1MALAYSIA OLIMPIK LONDON 2012

RABU, 11 APRIL 2012
  • IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur
  • Berkumpul di Pintu Masuk Angkasapuri pada 2 petang
  • Pakaian Kuning Famemas
Semua diharap datang beramai-ramai untuk menjayakan rakaman Olimpik London 2012

Sila SMS kehadiran anda kepada 017-8716371

Famemas juga diminta menghadiri:

EPL ALL STARS MASTERS
  • Ahad, 22 April 2012
  • Stadium Malawati, Shah Alam
  • Berpakaian Kuning Famemas
Berkumpul jam 4:00pm untuk perlawanan Liverpool Masters, Manchester United Masters, EPL All Stars Masters and Malaysia Masters!!

Berilah sokongan kepada Pasukan MALAYSIA MASTERS

SMS kehadiran anda kepada 012-3293378

Rabu, 4 April 2012

Badminton Piala Axiata 2012 - Separuh Akhir

Terima Kasih kepada ahli dan rakan Famemas yang menghadirkan diri dan menyokong pasukan badminton Malaysia Tigers tempohari. Sedikit sebanyak sokongan Famemas yang diketuai oleh Lee Hui Seng berjaya mendorong Malaysia Tigers memberi saingan walaupun tewas 3-0 ke atas Indonesia Garuda di Stadium Badminton Cheras, KL, Ahad lalu

Antara foto yang sempat dirakamkan:











Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Pemilik, pengurus Axiata serta pemain Malaysia Tigers berterima kasih kepada Famemas atas sokongan tidak berakhir kepada mereka, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di kejohanan akan datang!

Isnin, 2 April 2012

CIMB Nicol David KL Open Squash 2012

Terima kasih yang tak terhingga atas gegaran anda yang hadir yang menggemuruhkan keadaan stadium di Axiata Cup dan Nicol David KL Open 2012. Terima Kasih

Syabas pada Dato’ Nicol David yang menjuarai kali ke 8 KL Open dan memenangi kejuaraan WISPA ke 60, hanya 3 lagi kejuaraan untuk menandingi sejarah terunggul pemain squash wanita sepanjang sejarah, Susan Devoy (63 kejuaraan)…Teruskan usaha, kami amat berbangga dengan Dato’ Nicol, Syabas dan Tahniah.

Antara foto yang sempat dirakamkan:













Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Pemilik, pengurus serta Nicol David berterima kasih kepada Famemas atas sokongan tidak berakhir kepada mereka, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di perlawanan seterusnya!