CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 8 Mac 2009

Chong Wei Mara Ke Perlawanan Akhir All England

Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR, Pemain perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton All England selepas menumpaskan bekas juara Sukan Olimpik Taufik Hidayat dari Indonesia dalam perlawanan separuh akhir di National Indoor Arena di Birmingham, England, hari ini.

Pemain berumur 26 tahun yang pernah merangkul pingat perak dalam Sukan Olimpik lepas itu menumpaskan Taufik dengan straight games 21-8, 21-13 dalam masa 33 minit.

Chong Wei menghadapi saingan yang cukup sengit dalam game kedua apabila Taufik bangkit untuk kembali menyengat, namun jaguh Indonesia itu terpaksa mengalah tidak lama kemudian, terutama selepas Chong Wei banyak membuat pukulan yang tepat ke garisan, smash yang cantik dan permainan yang mantap di jaring.

Ia merupakan kemaraan ke perlawanan akhir yang ketiga buat Chong Wei dalam tempoh empat bulan, dengan sebelum ini beliau menjuarai Super Series Masters di Kota Kinabalu Disember lepas, dan Terbuka Malaysia pada bulan Januari lepas.

-- BERNAMA

0 Komen Anda: