CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 6 Mac 2009

Chong Wei Berhadapan Pemain Finland Di Suku Akhir

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir kejohanan badminton All England selepas kejayaan keduanya dalam perlawanan pusingan utama yang diadakan di National Indoor Arena, Birmingham, United Kingdom, Khamis.

Dalam perlawanan pusingan utama kedua, Chong Wei, 26, mencatat kemenangan selepas menewaskan pemain Jerman, Marc Zwielbler yang menduduki ranking dunia ke-35 dengan keputusan 21-18, 21-16, dalam masa 37 minit. Dalam perlawanan pembukaan pusingan utama semalam menentang pemain bukan pilihan dari China Lu Yi, pemenang pingat perak Olimpik Beijing dan pilihan utama itu terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan Lu Yi, 19-21, 21-16, 21-11, dalam masa 53 minit.

Dalam perlawanan suku akhir esok, Chong Wei dijangka menghadapi laluan mudah untuk ke separuh akhir apabila pencabar utamanya iaitu pemain nombor lima dunia dan pilihan kelima Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia tiba-tiba menarik diri semasa perlawanan menentang Ville Lang dari Finland, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Selain Chong Wei, beregu lelaki pilihan keempat Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari mara ke kelompok lapan terakhir selepas menewaskan pasangan Denmark Anders Kristiansen dan Simon Mollyhus menarik diri ketika mata perlawanan 21-20 pada set pertama.

Dalam perlawanan sukur akhir, Zakry-Fairuzizuan akan berhadapan beregu Korea Selatan, Han Sang Hoon dan Hwang Ji Man, yang menewaskan pasangan Jepun Kenichi Hayakawa dan Kenta Kazuno 21-15, 21-15 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Perjuangan bagaimanapun sudah berakhir bagi beregu wanita negara Haw Chiou Hwee dan Lim Pek Siah selepas tewas mudah kepada beregu Korea Ha Jung Eun dan Kim Min Jung yang merupakan pilihan kelima dengan keputusan 21-4, 21-13.

-- BERNAMA

0 Komen Anda: