CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 7 Mac 2009

Nicol Tundukkan Grinham Ke Perlawanan Akhir Terbuka KL

Nicol David


KUALA LUMPUR, Ratu skuasy Malaysia Nicol David layak ke ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur setelah menundukkan pemain nombor tiga dunia Rachael Grinham dari Australia pada perlawanan separuh akhir di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini Jumaat.
Nicol, pilihan utama kejohanan, mempamerkan aksi kelas dunia dengan bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 9-11, 11-7, 11-5 dan 11-8 dalam masa 34 minit.Selepas kalah set pertama, Nicol berjaya mengembalikan semula rentaknya dan menguasai tiga set selepas itu untuk layak ke perlawanan akhirnya yang keenam pada kejohanan itu."Hari ini saya tahu apa yang saya perlu buat dan saya perlu rapat dengan Rachael kerana jika saya biarkan dia, dia akan menguasai keadaan.
Seperti dalam set pertama, jika dia menguasai keadaan, ia boleh menjadi sebaliknya."Saya tahu sepanjang perlawanan, saya perlu menguasai perlawanan," kata Nicol kepada pemberita selepas perlawanan itu.Ditanya tentang pertemuaan dengan Natalie Grainger dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir Sabtu, Nicol berkata ia akan menjadi satu lagi perlawanan yang menarik."Dia lawan yang handal untuk yang ditentang dalam perlawanan akhir. Ia akan menjadi sesuatu yang menarik. Malah, pertembungan kami sebelum ini sengit. Saya kena berusaha keras," katanya.

Pada perlawanan separuh akhir hari ini, Grainger menundukkan Laura Lenghthorn-Massaro dari England 9-11, 11-4, 11-7, 6-11 dan 11-6 dalam tempoh 51 minit untuk layak ke perlawanan akhir.

JADUAL PERLAWANAN AKHIR:

Lelaki:[1] Peter Barker (ENG) lwn [3] Adrian Grant (ENG) --
3 petangWanita:[1] Nicol Ann David (MAS) lwn [4] Natalie Grainger (USA) -- 4 petang


-- BERNAMA

0 Komen Anda: