CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 6 Mac 2009

Chong Wei ke Suku akhir All England

Lambangan kombinasi dua sukan utama negara - badminton dan bola sepak - "dimeterai" dengan kesempatan Lee Chong Wei menjulang Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) di Arena Tertutup, Birmingham, semalam.

Fairuzizuan-Zakry turut mara

DI sebalik kedinginan suasana di Arena Tertutup Nasional Birmingham, Lee Chong Wei jelas merasai 'bahang' berstatus pemain nombor satu ketika meneruskan langkah ke suku akhir badminton Seluruh England, semalam. 

Pilihan utama itu nyata tidak bermasalah menundukkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-18, 21-16 pada pusingan kedua semalam, tetapi dia mengakui betapa tekanan terpaksa dihadapi ketika ini, memang dirasai.

"Kini saya tahu betapa sukarnya jadi pemain nombor satu dunia. Semua lawan berusaha lebih kuat untuk mengatasi saya. Ia membuatkan saya terpaksa sentiasa waspada," katanya ketika dihubungi sebaik tamat aksinya, semalam. 

Hakikat itu terserlah selepas Chong Wei dipaksa berjuang selama 53 minit sebelum mampu melepasi pusingan awal, dengan kemenangan 19-21, 21-16, 21-11 ke atas pemain muda China, Lu Yi. 

"Biarpun kalah satu set, saya anggap ia ujian amat baik untuk saya. Saya perlu sentiasa fokus kepada satu persatu perlawanan. Saya juga harap dapat terus tingkatkan persembahan pada setiap pusingan," katanya.

Lawannya pada suku akhir, hari ini ialah pemain Finland, Villa Lang, yang mendapat kemaraan percuma selepas pilihan kelima dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, menarik diri.

Berita Harian

0 Komen Anda: