CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 28 Januari 2009

NOTIS MESYUARAT EGM

Keterangan mengenai pindaan dan tambahan kepada Undang-Undang Kelab:

1. Pindaan alamat Fasal 2 (2) 

Meluluskan alamat dan nombor hubungan Kelab daripada:

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
3B-9-7 Level 9, Block 3B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5, 50470 KL Sentral Kuala Lumpur

kepada:

Kelab Famemas KL dan Selangor
31, Jalan Bukit Rahman Putra 4/8
Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No telefon: 012- 329 3378
No fax: 03-6156 1075
Email: famemas@gmail.com
Web: www.famemas.blogspot.com / www.famemas.org.my 

2. Pindaan Fasal 3: Logo

Meluluskan logo baru Kelab menggantikan logo lama seperti berikut dengan rasionalnya: (Logo baru akan diluluskan selepas 3 Februari 2009 dan akan dipamerkan semasa EGM)


3. Pindaan Fasal 5 Keahlian – permohonan menjadi ahli (Fasal 5i(b))

Meminda Fasal 5(i)(b) kepada berikut:
“Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha dan dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebab tertentu.”

4. Tambahan Bayaran Masuk dan Bayaran Lain (Fasal 6)

Menambah yang berikut sebagai Fasal 6(3)
“Setiap ahli hendaklah membuat bayaran Yuran Tahunan sebanyak RM5.00 bagi setiap tahun kalendar dan jumlah ini hendaklah dijelaskan sebelum 30hb April bagi setiap tahun.”

5. Tambahan Fasal 7: Pemberhentian dan Pemecatan Ahli

Menambah yang berikut sebagai Fasal 7 (3)
“Mana-mana ahli yang gagal membayar Yuran Tahunan RM5.00 setiap tahun sebelum 30hb April setiap tahun untuk memperbaharui keahliannya seperti dalam Fasal 6(3) diatas dan setelah diberi surat peringatan dan makluman secukupnya akan dilucutkan keahliannya selepas mendapat persetujuan majoriti di mesyuarat Jawatankuasa”

6. Pindaan Fasal 8 (1) Mesyuarat Agung

Meminda yang berikut:
“Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.”

7. Tambahan Fasal 9 Jawatankuasa – pemilihan setiap dua tahun dan perlantikan Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari

Menambah Fasal 9 (2)(a)
“Pemilihan ahli jawatankuasa yang tersebut dalam Fasal 9(1) hendaklah dijalankan setiap dua tahun. Calon-calon yang dipertimbangkan untuk menduduki jawatankuasa hendaklah menjadi ahli Kelab selama 2 tahun berturut-turut sebelum boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon dan seterusnya menduduki mana-mana jawatan dalam Jawatankuasa”

Menambah Fasal 9(2)(b)
“Seorang Penolong Setiausaha dan Seorang Penolong Bendahari boleh dilantik oleh Jawatankuasa untuk membantu dalam menjalankan tugas Jawatankuasa dan ianya perlu dilantik setiap dua tahun sekali”

8. Pindaan Fasal 12 (1) Pemeriksa Kira-Kira

Meminda Fasal 12 (1)
“Dua orang ahli biasa yang bukannya Pegawai Kelab “dengan keahlian bersama Kelab melebihi 2 tahun berturut-turut” boleh” hendaklah” dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu “ dua tahun” dan boleh dilantik semula”

0 Komen Anda: