CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 2 Januari 2009

Famemas Club Sunway Pyramid Bowling Event Report

Seramai 25 ahli-ahli Kelab Famemas menyertai Sessi Bowling Sekeluarga anjuran Kelab Famemas KL dan Selangor yang diadakan di Sunway Pyramid Bowl pada Sabtu 20hb December 2008 lalu. Acara ‘Pre-Christmas’ ini diadakan sempena Perayaan Hari Natal dan cuti sekolah akhir.

Permainan persahabatan ini juga terlibat 5 orang anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Bakti Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Kesemua ahli-ahli yang mengambil bahagian berasa gembira dan berharap acara sukan ini akan dianjurkan sekali lagi dalam tempuh masa yang terdekat.

En. Dorairaj terjatuh ketika melepaskan bola bowling

Serentak dengan matlamat kelab sebagai satu kelab yang memberi sokongan padu moral kepada atlit kebangsaan, ahli-ahli yang hadir kelihatan memberi sokongan penuh kepada rakan rakan yang turut mengambil bahagian.

Beberapa keadaan lucu memberi kenangan manis, seperti kejatuhan en. Dorairaj semasa melepaskan bola bowling manakala kalangan peserta memberi tentangan hebat. Walaubagaimanapun, ahli-ahli sekumpulannya memberi sorakan penuh.

Ahli Famemas berehat sebentar sementara menunggu game kedua

Secara tidak langsung, ahli-ahli yang hadir juga dapat menikmati prestasi handalan pemain pemain kebangsaan yang menyertai Kejohanan Milo Junior All Stars World Championships, yang diadakan di arena yang sama.

Selepas satu acara, peserta peserta dikehendaki bertukar lane untuk mengalakkan perhubungan erat silaturahim antara ahli ahli Kelab Famemas. Selepas bermain dua acara, ahli-ahli mengambil kesempatan untuk bersalam mesra sambil mengambil gambar kumpulan.

En. David Foo dan adik-adik dari Rumah Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur acara bowling sekeluarga, David Foo yang juga Naib Pengerusi Kelab Famemas, berucap, "Kita akan mengadakan acara ini sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan akan di adakan di merata rata lokasi di Lembah Klang untuk keselesaan ahli ahli kita yang tersinggah di seluruh Lembah Klang.Kita berharap lebih ramai ahli akan menyertai acara ini oleh kerana ini satu satunya sukan yang terlibat semua ahli,tak kira umur dan taraf kemampuan ."

Pihak EXCO berharap ahli ahli yang mengambil bahagian dalam acara acara kelab akan memakai pakai seragam kelab iaitu T shirt kuning supaya satu identiti seragam untuk kelab dapat dicapai. Pihak EXCO juga menyeru agar semua ahli memberi butir butir email yang terkini supaya EXCO dapat mengemaskini senarai ahli ahli.

Ahli Famemas berganbar beramai-ramai selepas permainan

Pada awal tahun 2009 dan diketuai oleh Setiausaha Kelab, Mohd Hafidz Zihim.

Senarai pemain pemain yang menyertai acara bowling adalah berikut (menurut alphabet);

Adam Jaafar
Ahmnad Fakhruzi
Aifat Anna
Aizat Ramli
Amirul Husni
David Foo
Dorairaj
Dzulkifli
Fairuz Osman
Hafiez Zakaria
Jason Thiang
Johari Isahak
Keh Pin Tat
Lee Hui Seng
Lee Wei Hoong
Mohd Aminsari Mohd Ramli
Mohd Rasid
Nurul Syafiqah

Lapuran dari EXCO Famemas

0 Komen Anda: