CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 26 Julai 2010

FAMEMAS: TAHNIAH NICOL, AZLAN & MALAYSIA DAN ASIA GAMES GUANGZHOU

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Tahniah buat Azlan Iskandar & Dato’ Nicol David yang merangkul kejuaraan berganda buat Malaysia di CIMB Squash Malaysian Open 2010. Dato’ Nicol juga merangkul kejuaraannya yang ke 6 dalam siri Malaysian Open.

Kelab Famemas memberi cenderamata kepada Nicol David.

Syabas dan Tahniah juga kepada semua ahli Famemas yang bersama menyorak memastikan kejayaan bermakna Dato’ Nicol dan Azlan Iskandar. TERIMA KASIH KEPADA YANG MELUANGKAN MASA MENYORAK BERSAMA!

Kumpulan Famemas turut memberi sokongan kepada Mohd. Azlan Iskandar dan Nicol David.

TAHNIAH DAN SYABAS juga buat pasukan bawah 23 tahun MALAYSIA yang menundukkan pasukan bawah 23 KOREA SELATAN dengan jaringan 1-0 sempena perlawanan persahabatan 50 tahun hubungan Malaysia – Korea Selatan. INI ADALAH KEMENANGAN PERTAMA MALAYSIA SEJAK TAHUN 1980 MENUNDUKKAN KOREA SELATAN! SYABAS. TERUSKAN MEMARTABAT BOLASEPAK MALAYSIA.

Tahniah kepada Mohd. Azlan dan Nicol David kerana menjuarai kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2010.

Kepada ahli yang berminat menyertai kontinjen Famemas ke Sukan Asia Guangzhou 2010, nyatakan minat anda dengan email kepada famemas@gmail.com

Kumpulan Famemas sempat mengucapakan tahniah kepada Mohd. Azlan Iskandar.

Berikut adalah Famemas Sports Flash untuk renungan semua:

Sports Happenings till end Aug 2010:
  1. Spore Squash Masters 26-31July.
  2. World Youth Tenpin Bowling,Helsinki 23 July - 1 Aug.
  3. Macau Open Badminton,27July-1 Aug.
  4. Shape&Men Health Night Run at Putrajaya@31 July.
  5. Australia Open Squash,Canberra,10-14 Aug.
  6. World Tenpin Bowling,Munich,12-21 Aug.
  7. 1st Youth Olympic Games,Singapore,15-26 Aug.22 Aug
  8. Malaysia vs Real Madrid,Stadium Bukit Jalil,22 Aug.
  9. HK Squash Open,23-29 Aug.World Badminton,Paris,23-29 Aug.
Buletin ini dan Sports Flash dibawa khas secara ekslusif oleh:

Kelab Famemas KL dan Selangor
KELAB PENYOKONG SUKAN MALAYSIA
(diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia)
http://www.flickr.com/famemas
Email: famemas@gmail.com

0 Komen Anda: