CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 27 Mac 2010

Ucapan Tahniah kepada Pelumba basikal trak Malaysia Azizul Hasni Awang

Press Release/Kenyataan Media

Kepada Semua wartawan/media,

Salam 1Malaysia!

Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor,kumpulan penyokong sukan Malaysia yang rasmi dan diikhtiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), secara ikhlasnya mengucapkan tahniah kepada pelumba basikal trak handalan Malaysia,Azizul Hasni Awang kerana memenangi pingat perak dalam acara keirin di Kejohanan Lumba Basikal Trak Sedunia pagi ini di Copenhagen,Denmark.

Beliau hanya kalah kepada 'Raja Pecut' dunia dan Pemenang empat pingat emas di Beijing Olimpik 2008, Sir Chris Hoy dari Great Britain, dalam satu saingan yang cukup hebat.

Beliau juga berjaya menewaskan Pemenang pingat gangsa, Maximillan Levy dari negara Jerman, yang juga menjuarai acara keirin dalam pertandingan trak berbasikal pada tahun 2009..

Inilah kali pertama pelumba basikal trak Malaysia mendapat pingat untuk acara keirin di pertandingan yang serba prestij ini.

Kelab Famemas Kl dan Selangor berharap kejayaan Azizul pada pagi ini akan memberi inspirasi kepada semua atlit yang akan mewakili Malaysia di Sukan Olimpik di London 2012.

Syabas dan Malaysia Boleh!

Bagi Pihak
Kelab Famemas KL dan Selangor

0 Komen Anda: