CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 28 Mei 2012

Celoteh

Dear all, LCW injured again. And Olympics is just hardly 2 months away. Lets us pray for a fast recovery or otherwise all our hope for the last 4 years...i.e LCW to get the 1st Gold for Malaysia in the Olympics will only be another dream. Maybe there is still some hope in other events/sports like cycling, archery, shooting or diving but then...LCW is the reigning world champion and deep in us... there is a greater chance from him. Anyway... I have some confidence that this is the Olympics that Malaysia will get at least a gold..either from badminton or from diving. Yeah... Malaysia BOLEH!! 

Chelsea is Europe's champion. Congrats to Drogba and his lucky team. The departure of AVB had made a tremendous turn around for Abrahamnovich's team. To be frank I didnt watch the game cos I dont fancy the way Bayern or Chelsea played... They are not in the same league like Barcelona, Real Madrid, MU, Manchester City or even Newcastle and Spurs which have some flair... being crafty, with individual skills like Messi, Nani, Aguero, Ronaldo etc... Chelsea and Bayern are more for physical play - robust and being very tactical. In other words...there is no element of syiok and oomph... 

 And the passing of Robin Gibb and Donna Summer had some effect to many of us especially to those who were used to Bee Gees songs. I am not a keen singer but Bee Gees songs are evergreen....I can keep on humming one after another of their many many songs (definitely with many wrong wordings)....and Staying Alive is my favourite song and I just love to dance to the music..the way John Travolta did. If Si Dia is willing to be Olivia Newton John...then I dont mind to show of my Saturday Night Fever dancing capability. hehehe Then others might say.. 'orang tua ini dah naik minyak'.... heheh Who cares, right? Ehh wah... the fingers pointing towards the ceiling...with bell-bottomed slacks and high heel shoes.... hahah to those above 40s .. they are able to recall the dance. 

 Oh... got to rush for something else... 

Kepten Shafari
 Till next time...please take care and the very best in what ever you do.

 To Si Dia... be happy.... and I am missing you. capt.

Ahad, 27 Mei 2012

Beri Chong Wei bangkit di Olimpik

Tatkala negara sedang merasai kegembiraan wakil kita menumpaskan Afrika selatan dalam aksi pertama peringkat kumpulan Piala Thomas di Wuhan, China, semua terkejut dengan berita kecederaan yang menimpa Datuk Lee Chong Wei, wira negara serta pemain rangking pertama dunia ketika aksi menentang Peter Gade.

Berita malang itu tersebar cepat dan semua penyokong badminton tanah air berasa sedih serta terkilan dengannya, lebih-lebih lagi apabila Chong Wei disahkan tidak dapat beraksi untuk perlawanan sepanjang kejohanan berprestij itu.

Namun, kita perlu bersyukur kerana peluang untuk beliau bermain pada Sukan Olimpik masih terbuka luas dan dijangka sembuh sebelum Julai. Beliau dikejarkan ke hospital dan tiba di Malaysia untuk rawatan lanjut.

Disebabkan ketiadaan tonggak utama negara untuk meraih mata pertama dan sekali gus menaikkan semangat negara, Malaysia akhirnya tewas di tangan Denmark Dengan Darren Liew dan Hafiz Hashim menjadi penyalamat negara.

Pada masa sama, laman web turut hangat dengan berita mengenai kecederaan itu. Ada pihak menyifatkan sebagai satu tektik Chong Wei kerana khuatir akan tewas di tangan Peter Gade.

Ada pula pihak menyalahkan penganjur kerana lokasi pemain memanaskan badan dibuka lewat menyebabkan mereka tiada masa untuk memanaskan badan.

Ada pihak mengambarkannya sebagai kesilapan akibat kasut sukan yang kurang sesuai. Ada pihak memberi komen semua ini dugaan Tuhan kepada beliau, keluarga dan rakyat Malaysia.

Walau apapun kecederaan ini, saya berharap semua rakyat dapat memberi sokongan padu kepada Chong Wei supaya beliau lebih bersemangat menghadapi kehidupan pada masa akan datang.

Janganlah kita cuba menghina atau memburukkan nama baik Chong Wei kerana sumbangan beliau kepada perkembangan badminton negara memang tidak dapat disangkal lagi.

Janganlah kita memberi komen negatif mengenai insiden ini kerana hati mana yang tidak terluka apabila kecederaan menimpa seorang pemain tersohor.

Janganlah kita cuba memandang rendah terhadap wakil Malaysia yang lain kerana apa yang akan berlaku semuanya suratan takdir dan bukan di bawah kawalan manusia.

Walaupun negara masih banyak bergantung kepada Chong Wei, semangat yang kental dan kecekalan yang ditunjukkan pemain pelapis adalah sesuatu yang boleh kita ambil secara positif kerana kedua-dua elemen itulah syarat kepada segala kejayaan yang bakal dicapai.

Ada pemain yang kurang ternama di persada antarabangsa sudah mula menunjukkan kebolehan namun, prestasi mereka agak kurang stabil masih lagi menjadi satu masalah.

Akhir sekali, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat berdoa agar Chong Wei segera sembuh tanpa mengira agama dan bangsa. Doakan juga kejayaan skuad badminton Malaysia. Majulah sukan untuk negara.


Anak Malaysia 1993
Pulau Pinang.

Isnin, 14 Mei 2012

Tahniah Hoki Malaysia, Bryan Nickson-Huang Qiang & TM Fan Run

Salam Famemas, TAHNIAH dan SYABAS MALAYSIA atas kejayaan merangkul JUARA REMAJA ASIA...sesungguhya ia meletakkan kembali dan menebus maruah hoki MALAYSIA dipersada antarabangsa. 

TAHNIAH dan SYABAS juga kepada gandingan Bryan Nickson Lomas dan Huang Qiang yang muncul juara pingat emas 3m springboard di USA Grand Prix, yang meletakkan sasaran pingat Olimpik negara semakin hampir. 

Juga, Famemas dijemput menyertai Larian Olimpik TM Fan Run, jom berdaftar sekarang, larian ialah untuk 3km atau 7km di dataran merdeka pada 17 Jun 2012....Lihat Butiran dibawah:

Team Malaysia Run.
The registration is only RM40.00. Every valid registered participant of Team Malaysia FAN RUN gets a Panthera jersey (valued at RM70.00) and a finisher medal (priceless). Certainly not expensive to support your country. 

Every 4 years, the greatest multisport event brings the world together to celebrate our humanity. Yes, the Olympics has arrived. This year something very special is being done to bring Malaysians together in Support of the Malaysian contigent to bound. Our national athletes represent our individual and national dream. Team Malaysia Fan Run is about Uniting Our Passion for Your Malaysia. Block your date, 17th June 2012. 

 Registration is open now.

Jumaat, 11 Mei 2012

Famemas di Kempen 100Plus Road to London

Kelab Penyokong Famemas turut dijemput oleh 100Plus dan MSN untuk menyokong dan memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Kempen Road to London di Jasmine and Maple Junior Ballrom, Hotel One World, Petaling Jaya, semalam. Semoga dengan sokongan ini menjadi pembakar semangat kepada atlit Malaysia ke Olimpik London 2012 nanti.

Kelab Famemas dan Atlit Malaysia yang akan bertanding di sukan Olimpik London 2012 nanti.
Pihak 100Plus dan MSN serta atlit Malaysia berterima kasih kepada kelab Famemas atas sokongan tidak berakhir kepada mereka, SYABAS! Semoga sokongan berterusan seterusnya!

Selasa, 8 Mei 2012

Road to Malaysia Open Grand Prix Gold, JB

Terima Kasih kepada ahli Famemas yang menyokong di GP GOLD MALAYSIA DI JB dan Tahniah kepada Malaysia yang mengungguli 4 dari 5 titles yang dipertandingkan…. sesungguhnya ianya menjadi pembakar semangat kepada skuad badminton Malaysia ke Olimpik London 2012 nanti.

Antara foto-foto yang sempat dirakamkan:













Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Penganjur, pengurus serta pemain berterima kasih kepada Famemas atas sokongan tidak berakhir kepada mereka, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di perlawanan seterusnya!

Tahniah!

Salam Famemas,

Terima Kasih kepada ahli Famemas yang menyokong di GP GOLD MALAYSIA DI JB dan Tahniah kepada Malaysia yang mengungguli 4 dari 5 titles yang dipertandingkan…. sesungguhnya ianya menjadi pembakar semangat kepada skuad badminton Malaysia ke Olimpik London 2012.

Tahniah juga kepada Penerjun Negara, Bryan Nickson Loman dan Huang Qiang yang memenangi emas di Kejohana Terbuka Canada di Montreal… Syabas dan Teruskan Kecemerlangan menuju ke Olimpik 2012!

Juga Pasukan Hoki Remaja, semoga terus cemerlang di Kejohana Hoki Remaja Asia 2012 di Melaka. 

Famemas juga menjemput ahli yang berminat untuk menyertai: TM Olimpik 2012 Fan Run di Dataran Merdeka pada 17 Jun 2012, borang dan informasi penyertaan boleh didapati di: http://www.hooha.asia/index.php?option=com_content&view=article&id=1006:event-info&catid=172:team-malaysia-fun-run-2012&Itemid=568 

 Ikhlas dari Famemas

Khamis, 3 Mei 2012

Malaysia GP Gold JB, Westport Dragons & TM Olympic Fan Run


Salam Famemas,

MALAYSIA GP GOLD JOHOR BAHRU 5-6 MEI 2012 

Famemas akan menyediakan beberapa kenderaan untuk ke Johor Baharu untuk penyokong yang berminat, berlepas KL Sentral jam 6 pagi, Sabtu 5 Mei dan pulang malam pada Ahad 6 Mei 2012. Kos perjalanan, petrol, hotel akan dikongsi bersama.

Maklumat lanjut atau berminat sila SMS 012-3293378

MALAYSIA DRAGONS VS CHANG THAILAND SLAMMERS 
  • Sabtu, 5 Mei 2012 
  • Berkumpul 2.30pm 
  • Stadium MABA, Jalan Hang Jebat 
  • Pakaian Kuning Famemas 
  • Ingin menyertai, hubungi SMS 013-3410046 
TM OLYMPIC FAN RUN, DATARAN MERDEKA 17 JUN 2012 
Jom ramai-ramai menyertai dan memberi sokongan kepada Athlet Malaysia kita di acara berikut:

TM OLYMPIC FUN RUN
  • Dataran Merdeka 17 Jun 2012 
  • Larian dua kategori 7km Open dan 3km Family Run 
  • Pendaftaran RM40, dapat goodies dan baju Panthera TM dan lain-lain 
  • Finisher medals di beri kepada semua yang menamatkan larian 
  • Famemas berpakaian kuning dan berlari bersama 
Pendaftaran dibuka sekarang: Maklumat lanjut dan mendaftar:

Layari: http://www.hooha.asia/index.php?option=com_content&view=article&id=1006:event-info&catid=172:team-malaysia-fun-run-2012&Itemid=568