CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 22 Disember 2010

SSFC pelawa penyokong ke Jarkarta bakar Semangat

Dikelilingi gegak gempita penyokong fanatik Merah Putih di Gelanggang Olahraga Bung Karno, skuad negara tidak akan ketandusan sokongan apabila Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan turun berda bersama-sama di Jakarta untuk menyemarakkan semangat pemain bagi final kedua-dua Piala Suzuki AFF pada 29 Disember ini.


Rombongan itu dengan kerjasama FAM dan FAS dijadualkan bertolak pada pagi 28 Disember ini dan pulang 30 Disember berhasrat mengumpulkan penyokong untuk memberi sokongan padu kepada barisan bimbingan K Rajagopal.


Penyertaan terbuka kepada semua penyokong pada pasukan bolasepak Malaysia. Anggaran perbelanjaan buat setiap penyokong adalah RM400-RM550 (termasuk teket kapal terbang, penginapan 2 malam serta pengangkutan pergi bali dari lapangan terbang-hotel-stadium).


"Urusan pasport akan dilakukan bersama-sama secara individu atau berkumpulan. bagi pasport berkumpulan, bayaran RM10 seorang berserta gambar berukuran pasport sebanyak 2 keping diperlukan," kata Presiden SSFC, Mohd Nasir Yunos.


Untuk sebarang maklumat hubungi, Mohd Nasir: 012-3209207, Azhari: 017-3177505, Hairy: 012-3687576 atau Boy: 019-3406841.

4 Komen Anda:

armouris berkata...

Malaysia Boleh!! main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

harimau borneo berkata...

TOLONG WAR2KAN DALAM RADIO, TV & SURATKHABAR, JERSI MANA SATU YG AKAN DIPAKAI OLEH PASUKAN HARIMAU UTK FINAL 1ST LEG & 2ND LEG.
BIAR WARNA PENYOKONG & WARNA PASUKAN SAMA! SAMA2 KITA BIKIN LAUTAN 1MALAYSIA DI BUKIT JALIL!!!
MALAYSIA BOLEH!!

anak malaya77 berkata...

pergilah kalian wahai perwira,pergi dengan kekuatan,kembali dengan kemenangan,kami di Malaysia sentiasa mendoakan agar kejayaan dan keselamatan anda semua.Laungan lagu Negaraku pasti akan dapat didengari di Bung Karno.Salam semangat dari saya mewakili semua rakyat Malaysia yang menanti kepulangan anda semua. Malaysia Tanah Airku!!! Malaysia Boleh!!!

anak malaya77 berkata...

pergilah kalian wahai perwira,pergi dengan kekuatan,kembali dengan kemenangan,kami di Malaysia sentiasa mendoakan agar kejayaan dan keselamatan anda semua.Laungan lagu Negaraku pasti akan dapat didengari di Bung Karno.Salam semangat dari saya mewakili semua rakyat Malaysia yang menanti kepulangan anda semua. Malaysia Tanah Airku!!! Malaysia Boleh!!!