CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 18 Oktober 2010

Hindari Sifat Kenegerian...

SEKALUNG tahniah buat wira dan wirawati sukan negara atas kecemerlangan di Sukan Komanwel 2010, New Delhi dengan membawa pulang 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa. Usaha tidak mengenal lelah kalangan atlit serta bantuan hebat seluruh warga Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan kebangsaan menjadikan sasaran 10 emas sebelum ini digapai dengan jayanya.

Walaupun beberapa jenis sukan masih lagi hambar dengan prestasi tidak menentu, sukan utama seperti badminton dan angkat berat masih mengekalkan tradisi mereka dengan sumbangan emas.


Dalam kehangatan saingan Sukan Komanwel dan debaran jutaan rakyat Malaysia menanti pungutan pingat dari kontinjen negara di New Delhi, kita dikejutkan insiden yang amat memalukan di Shah Alam sempena perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia 2010. Balingan mercun, lontaran kerusi plastik serta insiden ejek-mengejek antara penyokong mencemarkan kemeriahan dan kerancakan saingan piala paling berprestij bola sepak negara. Peminat bola sepak di Malaysia sering menuduh pemain dan pengurusan pasukan sebagai tidak profesional, tetapi dengan insiden yang berlaku tempoh hari ia turut melambangkan bahawa mereka berada dalam kelas sama.


Sedari, aksi jelek anda semua diperhatikan seluruh rakyat Malaysia. Inikah sikap harus ditunjukkan kepada anak kecil yang datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Selain itu, hindari sifat kenegerian yang menebal dalam diri kerana semua yang hadir ke stadium mempunyai niat yang satu iaitu menyokong pasukan kesayangan masing-masing. Anda semua adalah satu bangsa, satu agama dan 1Malaysia. Semoga insiden seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

ZUBIR SHAHARANI,

0 Komen Anda: