CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 7 Disember 2012

Jom! Sokong Harimau Malaya di Bangkok

Skuad Harimau Malaya dijanjikan menaiki pesawat khas Air Asia yang kini dilukis gambar harimau seperti skuad bawah 23 tahun pulang daripada Sukan SEA 2011, bagi menghadapi Thailand dalam separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Bangkok. 

Malah skuad negara mungkin ditemani ribuan penyokong dengan kemudahan yang hampir sama.

Rundingan awal Kementerian Belia dan Sukan dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu kelmarin, bakal membolehkan penyokong mendapat tambang penerbangan yang lebih murah dan kemudahan bas dari lapangan terbang ke stadium pergi balik hari yang sama 13 Disember ini, tanpa perlu menginap. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata: "Kita akan cari kos yang paling murah selain menampung kos minyak, juruterbang dan tempat letak pesawat namun bergantung kepada sebanyak mana penyokong yang mahu ke sana dan ada atau tidak jumlah pesawat Air Asia untuk membawanya.
Pesawat Air Asia Harimau Malaya.
"Kita mahu beribu-ribu penyokong ke Bangkok kerana kalau setakat 100 atau 200 orang sahaja, tidak akan memberikan banyak impak kepada pasukan. 

"Pada prinsipnya (kelmarin), Air Asia bersetuju tetapi mereka kena juga tengok dulu adakah ini tidak mengganggu penerbangan yang telah dijadualkan," katanya. 

"Hasil pertemuan kementerian, Air Asia dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia, kelmarin) mengenai hal itu, positif. Pasukan negara tiada masalah dan mereka akan berlepas dengannya pada 10 Disember manakala soal penyokong, saya akan minta FAM umumkan," kata Ahmad Shabery.

0 Komen Anda: