NATALIE (kanan) meraikan kejayaan meraih trofi skuasy Terbuka KL bersama Nicol, semalam.
Akhiri rentetan 56 perlawanan tanpa kalah Nicol sejak final terbuka British November 2007
NATALIE Grainger berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan mana-mana pemain skuasy wanita sepanjang 2008 - menewaskan Nicol David dan seterusnya menamatkan rentetan 56 perlawanan tanpa kalah pemain nombor satu dunia itu.
Tambah manis, ganjaran buat pemain Amerika Syarikat itu adalah gelaran Terbuka Kuala Lumpur pertamanya di Berjaya Times Square semalam.
Kejayaan 11-8, 10-12, 11-7, 5-11, 11-6 dalam masa 51 minit ke atas juara dunia itu juga menyaksikan berakhirnya rentetan 10 gelaran berterusan Nicol dalam jelajah profesional sejak November 2007.
Kali terakhir Nicol, 26, merasai keperitan kekalahan sebelum ini adalah pada final Terbuka British 2007 kepada Rachael Grinham dari Australia dan jelas tekanan untuk mengekalkan catatan sempurna itu membayangi Nicol yang beraksi di gelanggang sendiri.
Nicol, juara bertahan juga dijejaskan oleh masalah kayu garisan pembahagi gelanggang yang senget ke bawah pada set kedua dan ketiga dengan Natalie pula yang mengambil kesempatan untuk bergerak ke depan selepas kerja pemasangan semula.
Namun, ia bukannya mahu dijadikan alasan kekalahannya dengan dirinya akur kepada lawannya yang berada pada puncak prestasinya.
“Fokus saya terumbang ambing hari ini (semalam). Dia menguasai perlawanan hari ini. (Masalah gelanggang) adalah sama buat saya, ia menjejaskan kami,” kata Nicol.
Natalie yang kini memasuki penghujung kerjayanya pada usia 32 tahun, jelas teruja dengan kejayaannya menamatkan rekod tanpa kalah Nicol yang juga mengakhiri kekecewaan peribadi 12 kekalahan kepada pemain nombor satu dunia itu sejak 2003.
Natalie meraih hadiah wang tunai AS$8,550 (RM30,780) manakala Nicol membawa pulang AS$6,075 (RM21,870). Final lelaki dimenangi Peter Barker yang menewaskan rakan senegaranya dari England, Adrian Grant, 11-6, 11-2, 11-4 untuk merangkul AS$7,600 (RM27,360) dengan Grant berpuas hati dengan AS$5,200 (RM18,720).

0 Komen Anda:
Catat Ulasan