CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 7 Mac 2009

Beng Hee Terkandas, Dua Pemain England Di Perlawanan Akhir Skuasy

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pilihan ketiga kejohanan, Adrian Grant dari England mengetepikan juara bertahan, Ong Beng Hee pada peringkat separuh akhir untuk membolehkan perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB esok menemukan dua pemain England.

Grant menundukkan pemain negara itu 7-11, 11-4, 11-3, 11-8 dalam masa 61 minit untuk bertemu rakan senegaranya Peter Barker pada perlawanan akhir.Dalam perlawanan separuh akhir di atas gelanggang kaca di pusat membeli-belah Berjaya Times Square hari ini, pemain nombor satu Malaysia itu, jelas gagal mempamerkan aksi terbaiknya.Beng Hee, pemain ke-11 dunia, mengakui beliau tidak bersedia dari segi mental selepas terpaksa beraksi dalam dua perlawanan yang berlarutan sehingga lima set pada pusingan pertama dan suku akhir pada hari Khamis."Pemain hari ini sangat sukar.

Saya bermula baik tetapi Adrian tahu yang saya sedikit letih dan mula menguasai permainan. Dia beraksi baik dalam set kedua dan ketiga. Dia tidak beri saya banyak ruang. Perlawanan hari ini hanya tinggal selangkah (untuk mengekalkan kejuaraannya tahun lepas) tetapi saya gagal," kata Beng Hee selepas perlawanan itu.Bagi Grant, ini merupakan penampilan pertamanya dalam perlawanan akhir pada Terbuka Kuala Lumpur.

Pada perlawanan separuh akhir tahun lepas, beliau tunduk kepada pemain nombor dua Malaysia Mohd Azlan Iskandar."Beraksi dengan rakan sepasukan esok adalah sesuatu yang menarik. Saya dah lama tak beraksi menentang dia dalam kejohanan PSA (Persatuan Skuasy Profesional)," kata Grant.Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Barker, pilihan utama kejohanan, menundukkan pemain Sepanyol Borja Golan 11-7, 10-12, 11-3 dan 11-4 dalam masa 61 minit.

-- BERNAMA

0 Komen Anda: