IMPIAN mahu menoktahkan kemarau gelaran tiga tahun tidak jadi kenyataan buat Hafiz Hashim yang tumbang pada final perseorangan lelaki badminton Terbuka India di tangan Taufik Hidayat, semalam.
Cuma banyak faktor positif mampu dirasai Hafiz pada pertentangan dua pemain kian pudar tarikan itu, terutama kesungguhan bersaing dan kemampuan meningkatkan aksi ke tahap membanggakan pada aksi kemuncak di Hyderabad.
Di akhirnya, Hafiz dipaksa akur kecundang 18-21, 19-21 selepas 30 minit. Tetapi ia harus kembali memperkukuhkan peluangnya memikat keyakinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kekal bersama skuad negara.
Turut hampa ialah pemain wanita nombor dua negara, Julia Wong Pei Xian, yang mensesiakan peluang pada set kedua untuk tumpas kepada pilihan utama dari Perancis, Pi Hongyan 21-17, 15-21, 14-21.
Selepas menang set pertama 21-17, Julia memiliki kelebihan selesa di pertengahan set kedua dalam misi memburu gelaran sulungnya di peringkat antarabangsa. Tetapi kegugupan pukulan menyaksikannya kalah sebelum Hongyan langsung mendominasi set penentuan.
Berita gembira bagaimanapun dijelmakan gandingan veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang meraih gelaran hasil kemenangan mudah menundukkan lawan dari Singapura, Hendri Kurniawan Saputra-Hendra Wijaya 21-9, 21-11.
Kemenangan itu mengukuhkan harapan mereka untuk diberi tiket selaku pasangan ketiga negara beraksi pada Kejohanan Dunia di gelanggang sama, Ogos nanti.
"Kami sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik pada setiap kejohanan yang dihadapi. Memang matlamatnya untuk layak ke Kejohanan Dunia dan kemenangan ini diharap akan membantu memperkukuhkan peluang kami," kata Tan Fook.

0 Komen Anda:
Catat Ulasan