CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 26 Mac 2009

Chong Wei tersingkir awal gara-gara keracunan makanan

DERITA keracunan makanan mengganggu jaguh negara, Lee Chong Wei yang tersingkir pada pusingan pertama badminton Terbuka India kepada pemain muda China, Chen Long, semalam. 

Chong Wei jelas gagal menjelmakan tahap aksi terbaiknya untuk kecundang 21-7, 16-21, 18-21 dalam tempoh 51 minit kepada juara remaja dunia 2007 itu. 

“Saya kurang cergas sejak tiba di sini. Mungkin saya tersalah makan sesuatu ketika penerbangan ke sini dan saya memang tidak mampu menjelmakan persembahan seperti biasa,” katanya.

Kehampaan Chong Wei bagaimanapun ditebus teman wanitanya, Wong Mew Choo, yang mara ke suku akhir kejohanan pertama untuk tempoh empat bulan apabila menundukkan pemain tuan rumah, Arundhati Pantawane 16-21, 21-13, 21-19. 

Turut menempah tempat ke suku akhir ialah dua pemain adik beradik, Hafiz dan Roslin Hashim yang melepasi dua perlawanan peringkat awal, semalam.

Hafiz mara ke kelompok lapan pemain terbaik selepas menang 21-11, 18-21,21-14 ke atas pemain Hong Kong, Wong Wing Ki, sementara Roslin menundukkan pemain muda negara, Liew Daren 22-20, 21-12 di pusingan sama.

0 Komen Anda: