CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 9 Mac 2009

Lin Dan Kalahkan Chong Wei Untuk Kejuaraan All England Ke-4

Lee Chong Wei


KUALA LUMPUR, Pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China merangkul kejuaraan All England keempat buatnya selepas menewaskan pemain negara Lee Chong Wei pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di National Indoor Arena, Birmingham, United Kingdom hari ini.

Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing, tidak menghadapi banyak masalah untuk menjinakkan Chong Wei, pemain nombor satu dunia, 21-19, 21-12 dalam masa 43 minit.

Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Chong Wei, 26, kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir setelah tewas pada Sukan Olimpik Beijing Ogos tahun lepas dan Terbuka China pada November.

Lin Dan pernah memenangi kejohanan itu pada 2004, 2006 dan 2007.

Chong Wei pula tidak pernah memenangi All England.

BERNAMA

0 Komen Anda: