![]() |
| Y.Bhg. Tuan Ahmad Sapawi Ismail. |
Memaparkan catatan dengan label Tahniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahniah. Papar semua catatan
Selasa, 23 Disember 2014
Setinggi-Tinggi Tahniah!....
Bagi pihak Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas (Famemas), kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Sapawi Ismail diatas kepercayaan yang diletakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atas lantikan Tuan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia.
Kami percaya dengan mandat yang diberikan mencerminkan keupayaan dan kredibiliti tinggi yang dimiliki Tuan untuk membawa sukan Malaysia ke aras yang lebih gemilang dan cemerlang. Kami juga amat berbangga dengan pengiktirafan ini dan akan terus mendoakan kejayaan Tuan di masa akan datang.
Kami akan terus menyokong kepimpinan Tuan dalam usaha untuk terus memartabatkan dan mengemilangkan sukan Malaysia. Kami ucapkan selamat maju jaya dalam kapasiti baru Tuan.
Kami harap sokongan berterusan Tuan dan MSN dalam usaha bersama untuk terus memartabatkan sukan negara, khususnya bagi cabaran di masa akan datang.
Sekali lagi, Tahniah dan Selamat Maju Jaya
Sekian, Terima Kasih
MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!
Yang Benar,
Bagi pihak Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas.
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 12:11 PTG 0 Komen Anda
Labels: Tahniah
Selasa, 2 April 2013
Tahniah Pasukan Badminton Axiata Cup
Salam Famemas,
Tahniah dan Syabas kepada Skuad Badminton Malaysia di Axiata Cup yang berjaya melangkah ke Separuh akhir.
Lapangkan masa anda untuk menyorak di separuh akhir pada Sabtu 13 April 2013, maklumat lanjut akan diberikan kemudian.
Terima Kasih juga kepada semua ahli Famemas yang menyorak di Piala Axiata tempohari, teruskan sokongan anda.
| Siap sedia masuk ke stadium. |
| Suasana di luar stadium. |
| Gelanggang perlawanan. |
| Teket perlawanan. |
| Mr. Sun, panatik badminton. |
| Antara penonton yang hadir. |
| Perlawanan oerseorangan lelaki. |
| Bersorak dalam suasana gelap seperti perlawanan All England. |
Juga, kita harap Dato' Nicol akan terus bangkit dari kekecewaan untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang terutamanya dalam usaha menjadikan skuash acara Sukan Olimpik 2020.
Famemas.
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 10:04 PG 0 Komen Anda
Labels: Tahniah
Rabu, 27 Mac 2013
Selasa, 12 Mac 2013
Tahniah!!
Salam Famemas
Tahniah dan Syabas kepada Kontinjen Malaysia di Asian Cycling Championship di New Delhi yang setakat ini meraih pingat gangsa oleh Fatehah Muspa dan memecahkan rekod kebangsaan 500m elit ujian masa. Semoga kutipan pingat emas, terutamanya akan menjelma di hari-hari mendatang di New Delhi.
![]() |
| Fatihah Mustafa - Foto Internet. |
Juga, syabas dan semoga Malaysia terus Berjaya di Piala Sultan Azlan Shah, Ipon yang setakat ini meyaksikan Malaysia mengalahkan Korea Selatan dan New Zealand.
![]() |
| Hoki Malaysia - Foto Internet. |
Syabas juga pada Malaysia Dragons yang mengalahkan Singapore Sligers di ABL tempoh hari.
![]() |
| KL Dragons - Foto Internet. |
Kita harapkan Dato’ Lee Chong Wei akan bangkit dari kekecewaan di All England untuk terus Berjaya di World Championship dan kejohanan lain.
![]() |
| Lee Chong Wei - Foto Internet. |
Semoga pasukan bolasepak Harimau Malaya memperolehi kejayaan menentang pasukan kebangsaan Oman di kejohanan Pra Piala Asia pada 22 Mac nanti. Marilah kita beramai-ramai ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kebangsaan kita.
Malaysia Boleh!
Malaysia Boleh!
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 3:44 PTG 0 Komen Anda
Labels: Tahniah
Rabu, 14 November 2012
Penyampaian Sijil untuk Program 'Larian Sorak Sihat 1Malaysia Famemas 2011'
Penyampaian Sijil untuk Program 'Larian Sorak Sihat 1Malaysia Famemas 2011' di Majlis Penghargaan Tamat Program NGO (Zon Tengah), anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Mysihat), Sabtu 10 Nov 2012 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Parcel E, Presint 1, Putrajaya.
Dengan Dr Yahya Baba, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Toh Puan Dr Aishah Ong dan ahli-ahli Lembaga lain di Majlis Tamat Program NGO, Kementerian Kesihatan, Presint 1, Putrajaya pada Sabtu 10 Nov 2012.
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 10:48 PG 0 Komen Anda
Labels: Tahniah
Isnin, 14 Mei 2012
Tahniah Hoki Malaysia, Bryan Nickson-Huang Qiang & TM Fan Run
Salam Famemas,
TAHNIAH dan SYABAS MALAYSIA atas kejayaan merangkul JUARA REMAJA ASIA...sesungguhya ia meletakkan kembali dan menebus maruah hoki MALAYSIA dipersada antarabangsa.
TAHNIAH dan SYABAS juga kepada gandingan Bryan Nickson Lomas dan Huang Qiang yang muncul juara pingat emas 3m springboard di USA Grand Prix, yang meletakkan sasaran pingat Olimpik negara semakin hampir.
Juga, Famemas dijemput menyertai Larian Olimpik TM Fan Run, jom berdaftar sekarang, larian ialah untuk 3km atau 7km di dataran merdeka pada 17 Jun 2012....Lihat Butiran dibawah:
![]() |
| Team Malaysia Run. |
The registration is only RM40.00. Every valid registered participant of Team Malaysia FAN RUN gets a Panthera jersey (valued at RM70.00) and a finisher medal (priceless). Certainly not expensive to support your country.
Every 4 years, the greatest multisport event brings the world together to celebrate our humanity. Yes, the Olympics has arrived.
This year something very special is being done to bring Malaysians together in Support of the Malaysian contigent to bound.
Our national athletes represent our individual and national dream.
Team Malaysia Fan Run is about Uniting Our Passion for Your Malaysia.
Block your date, 17th June 2012.
Registration is open now.
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 2:46 PTG 0 Komen Anda
Selasa, 8 Mei 2012
Tahniah!
Salam Famemas,
Terima Kasih kepada ahli Famemas yang menyokong di GP GOLD MALAYSIA DI JB dan Tahniah kepada Malaysia yang mengungguli 4 dari 5 titles yang dipertandingkan…. sesungguhnya ianya menjadi pembakar semangat kepada skuad badminton Malaysia ke Olimpik London 2012.
Tahniah juga kepada Penerjun Negara, Bryan Nickson Loman dan Huang Qiang yang memenangi emas di Kejohana Terbuka Canada di Montreal… Syabas dan Teruskan Kecemerlangan menuju ke Olimpik 2012!
Juga Pasukan Hoki Remaja, semoga terus cemerlang di Kejohana Hoki Remaja Asia 2012 di Melaka.
Famemas juga menjemput ahli yang berminat untuk menyertai:
TM Olimpik 2012 Fan Run di Dataran Merdeka pada 17 Jun 2012, borang dan informasi penyertaan boleh didapati di:
http://www.hooha.asia/index.php?option=com_content&view=article&id=1006:event-info&catid=172:team-malaysia-fun-run-2012&Itemid=568
Ikhlas dari Famemas
Ikhlas dari Famemas
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 9:10 PG 0 Komen Anda
Labels: Tahniah
Khamis, 8 September 2011
SYABA Jacqueline Jenelee Sijore
Famemas mengucapkan setinggi tahniah dan SYABAS kepada Jacqueline Jenelee Sijore atas kegemilangannya menjuarai perseorangan Kejohanan Dunia Bowling Wanita di Hong Kong baru-baru ini.
Syabas dan Tahniah kepada permata baru sukan bowling Negara…teruskan usaha memartabatkan sukan Malaysia!
Famemas juga mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dan hati-hati dijalanraya
Ikhlas dari Famemas
Diselenggara Oleh ZulDeanz Pada Jam 7:52 PTG 0 Komen Anda
Labels: Tahniah
Langgan:
Catatan (Atom)








