CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Memaparkan catatan dengan label Sea Games. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sea Games. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2013

Famemas!... Well Done Cheerers!

Full list of sports cheered by 12 members of Famemas Club & 24 members of TM Chanters: At Wunna Theikdi Sports Complex:
  1. Swimming Finals: once, where Daniel Bego got silver. 
  2. Diving Finals: twice. 3m Springboard Women, 10m Platform Men, 3m Springboard Synchronised Women. All Golds. 
  3. Athletics: once. Pole vault men, 200m Men & Women Heats. 
  4. Sepaktakraw: twice. Malaysia lost to Thailand in two sets in inter - regu Men Final. Malaysia lost to Indons in double team Women Prelim. 
  5. Taekwondo: once. 2 bronzes
Famemas at SEA Games Myanmar.

"All work & no play makes Jack a dull boy". Famemas Club members took time off their hectic cheering schedue at 27th SEA Games in Myanmar from 14 to 22 Dec to do some sightseeing & Shopping in Yangoon  & Nay Phi Daw:
  1. Boyyoke Market for souvenirs.
  2. Golden Shwedagon Pagoda at nite
  3. Colonial Strand Hotel.
  4. Maha Bandoola Park (High Court).
  5. Karawek  barge at Kandawgyi (above pix).
  6. Inya Lake.
  7. Bogyoke Aungsan Museum.
  8. Shopping at Yamuza Plaza.
  9. Aung Suu Hyi's house.
  10. Water Fountain Park, Nay Phi Daw.
  11. Athletes Games Village.

Famemas at Water Fauntain Park, Nay Phi Daw.
Full list of sports cheered by 12 members of Famemas Club & 24 members of TM Chanters: 
At Wunna Theikdi Sports Complex:
  1. Swimming  Final: once, where Daniel Bego got Silver.
  2. Diving Final: twice. 3m Springboard Woman, 10m Platform Men, 3m Springboard Synchronised Women. All Golds.
  3. Athletics: omce. Pole  vault men, 200m Men & Women Heats.
  4. Sepak Takraw : twice. Malaysia lost to Thailand  in two set in  inter-regu Men final. Malaysia lost to Indonesia in double team Women Prelim. 
  5. Teakwondo: once 2 bronzes in Prommet.
  6. Table Tennis: twice. Malaysia beat Indonesia in Men Team Prelim. Malaysia lost to Thailand in Men & Women Sems.
  7. Futsal: once. Malaysia drew with Vietnam.

Famemas at YOMA Hotel.
At Zayar Thiri Sports Stadium: 
  1. Soccer: thrice. Prelim games Malaysia 1 Singapore 1 & Malaysia 2 Vietnam 1. Semi game Malaysia lost to Indnonesia on penalties 3 - 4 after extra time 1 - 1
  2. Volleyvall: Once Women, Malaysia lost to Vietnam. Men, Malaysia beat Combodia.
At Theinphyu Hockey field Stadium, Yangoon: 
  1. Hockey: Once. Men  Final 5 Singapore 0

Full result on:
www.mmseagames2013.com

Isnin, 23 Disember 2013

Famemas in SEA Games Myanmar

A parting shot from us. Myanmar, with its 135 diverse races, integrated well in harmony despite bad media perception of racial clashes.
Famemas and Team Malaysia at SEA Games Myanmar.
They were nice and friendly to SEA Games visitors and fans and at no time at all did we Malaysian Supporters felt insecure or unsafe. A real tough act to follow for Malaysia when it hosts SEA Games in 2017. 

Thank for all the memories.

Jumaat, 20 Disember 2013

Famemas di Sukan SEA Myanmar 2013

Kontinjen negara sedang menerima 'tonik tambahan' di Sukan SEA di Myanmar ketika ini apabila sekumpulan penyokong fanatik tempatan iaitu kumpulan sorak Kelab Famemas kini berada di negara berkenaan, sepanjang temasya itu berlangsung. 
Penyokong Malaysia di Myanmar.
Penyokong Famemas semasa menyokong Harimau Muda.
Pengerusi Kelab Penyokong Sukan Malaysia (Famemas), Lee Hui Seng berkata kempen menyokong kontinjen negara itu adalah kali keenam dilakukan kumpulan berkenaan, kepada atlet kebangsaan pada temasya dwitahunan itu."Kumpulan penyokong kami cenderung menyertai pelbagai temasya sukan kerana ia memberi peluang kepada kami memberi sokongan kepada pelbagai jenis sukan yang disertai atlet negara.
Famemas dan Team Malaysia sedang memberi sokongan kepada atlit negara yang sedang bertanding.
Kumpulan Famemas.
"Ketika ini kami adalah peminat tegar sukan Malaysia sedang berkhidmat kepada negara dengan memberikan sokongan kepada wira-wira sukan kita di Myanmar," kata Lee Hui Seng lagi. Sebelum ini, kelab penyokong Famemas pernah memberi sokongan semasa Sukan SEA di Vietnam (2003); Filipina (2005); Thailand (2007); Laos (2009) dan Indonesia pada 2011.
TokMo sedang menyokong pasukan pingpong negara.
Di gelanggang kapal layar.
Selain itu, Lee Hui Seng berkata kumpulan Famemas ini juga pernah memberi sokongan kepada atlet negara semasa Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan; Sukan Asia di Doha, Qatar (2006) dan Sukan Asia di Guangzhou, China (2010).
Malaysia Boleh!
Kumpulan Famemas semasa di Bandaraya Yangon.
En Lee Hui Seng berkata antara sukan yang telah mendapat sokongan padu daripada kelab Famemas ialah olahraga, sepak takraw, renang, terjun dan bola sepak. Lee dapati kebanyakkan atlet negara telah menampilkan prestasi yang terbaik pada Sukan SEA Myanmar kali ini kerana Famemas sentiasa berada di belakang untuk memberi sokongan kepada mereka. 

Isnin, 16 Disember 2013

Famemas at SEA Games Myanmar

Saturday, 14Dec 2013: Day 1 of Famemas Malaysia Supporters Club cheer mission to 27 th SEA Games, Myanmar. Total 12 members landed in Yangon after 3hour flight. Joined by another 24 fans from TM Group.
Famemas & Team Malaysia at Myanmar
Dinner
Together, all 36 fans will travel in 2 buses for 5 long hours to Nayphidaw, where 1st assignment is crucial Malaysia vs Singapore soccer match (4pm). All armed with Malaysia Boleh spirit & to cheer Team Malaysia! Busy schedule planned.

Selasa, 3 Disember 2013

Mesyuarat Persiapan Famemas ke Sukan SEA Myanmar 2013

Hari Ahad yang lepas, seramai 12 orang ahli Famemas telah menghadiri satu masyuarat untuk persiapan untuk menyokong atlit Malaysia yang akan bertanding di Sukan di Myanmar.
Masyuarat sedang berlangsung.
Penerangan tentang peraturan semasa di Myanmar oleh tuan presiden.
Penerangan dari wakil penaja.
Banner yang akan dibawa ke Myanmar.
Penerangan dari pegawai TM mengenai suasana di Myanmar.
Penerangan dari wakil penaja.
Suasana mesyuarat.
Isi borang maklumat pribadi.
Isi borang VISA untuk masuk Myanmar.
Suasana Mesyuarat.
Pasukan Famemas akan berlepas ke Myanmar pada tarikh 14 Disember 2013 sehingga 22 Disember 2013 dan akan berkumpul di LCCT pada pukul 4 pagi. Doakan keselamatan dan kejayaan kami dan kontinjen Malaysia di Sukan SEA Myanmar…. 

MALAYSIA BOLEH

Ikhlas, 
Famemas

Khamis, 11 September 2008

Jangan Pandang Famemas Sebelah Mata

Jangan Pandang Famemas Sebelah Mata
(Hasnira Hasan - Berta Harian)

Selepas tujuh hari berkampung di Korat berkongsi semangat bersama atlit negara dalam Sukan Sea, misi kami akhirnya bernokhtah semalam dalam perjuangan yang memberi kepuasan sepenuhnya terhadap kira-kira 50 pasukan penyokong Malaysia - Kelab Famemas Kuala Lumpur&Selangor (Famemas)

Apa tidaknya kerana berpeluang menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang menjadi saksi pertama terhadap kejayaan negara pada minggu terakhir temasya dwi tahunan itu.

Pagi ini, kami berangkat ke Bangkok sebelum menaiki penerbangan lewat petang untuk pulang ke tanah air.

'Persahabatan dan keramahan penyokong tuan rumah yang memberi layanan baik kepada kami secara tidak langsung melancarkan misi menyokong pasti menjadi kenangan berharga buat kami, walaupun ada sebahagian ahli termasuk penulis sendiri yang bimbang terhadap 'permainan' negara tuan rumah kejohanan sukan edisi ke-24 itu'.

Penulis ketika menyokong pasukan bola tampar pantai wanita di hari terakhir

Namun, rata-rata kami memahat kenangan manis menyokong perlawanan akhir bola keranjang wanita yang menyaksikan skuad wanita menewaskan tuan rumah dengan perbezaan hanya satu jaringan, pada perlawanan yang penuh mendebarkan di stadium bola keranjang, Universiti Suranaree, Wilayah Nakhon Ratchisima.

Keadaan stadium yang dipenuhi beberapa penyokong tuan rumah termasuk kumpulaan tentera dan penyokong remaja yang lengkap dengan drum dan gendang, secara tidak lansung menenggelamkan  sorakan Famemas yang memasuki stadium, kira-kira jam 5.10 petang, tatkala skuad negara ketinggalan 6-0 pada suka pertama.

Terasa begitu bersemangat dan menyentuh perasaan sebaik jeritan ketua penyokong mengabungkan Khairol Nizam Ramli dan Raja Azuan Raja Azahar meminta kami bersatu, bergendang, berkompang dan bersorak bersama, walaupun mengakui adalah sukar bagi pemain negara mendengar laungan kami berikutan keriuhan penyokong Thailand, yang tidak memberi peluang atau ruang kepada penyokong pelawat.

Walaupun penulis masih keletihan kerana menyokong atlit negara, namun masih sempat menulis berita untuk tatapan pembaca Berita Harian

Hanya semangat yang kami mampu kongsikan ketika bertepuk, bergendang dan berkompang bermati-matian walaupun pada masa yang sama kecewa dengan sikap  kumpulan kecil atlit dan pegawai Malaysia yang duduk mengasingkan diri di sudup VIP tanpa mahu bersorak bersama-sama untuk pasukan bola keranjang wanita negara yang ketika itu berjuang bermati-matian.

Penulis sendiri hampir tidak percaya apabila kemenangan berpihak kepada Malaysia, sebaik wisel penamat dibunyikan, kerana sudahpun memujuk hati andai kemenangan milik tuan rumah, bagi mengelak kekecewaan dan tangisan. Malah, segelintir kami juga rasanya ingin menutup mata dan enggan melihat kekalahan negara dalam suasana penuh semangat itu.

Keletihan dan kelaparan yang akhirnya disedari kami, nyata terubat apabila disapa baik juruatih skuad negara, Tan Bee Wah yang turut menghulur sekotak air meneral kepada ahli Famemas buat membasah tekak selepas bermati-matian menyokong. Malah, atlit bola keranjang wanita juga begitu menghargai usaha kami datang meniupkan semangat. Taniah kepada mereka!.

Keadaan ini memberi pengalaman baru penulis bahawa bagaika keajaiban yang mampu mengubah keadaan, seperti juga kejayaan pemenang pingat perak acara ping pong perseorangan wanita, Ng Sock Kim yang melakar sejarah sebagai pemain wanita pertama negara beraksi dalam perlawanan akhir dengan keputusan 4-2, Isnin lalu.

Penyokong seperti Famemas tidak boleh diperkecilkan atau sekalipun dipandang sebagai 'Syok Sendiri' kerana mereka adalah kumpulan di balik tabir yang kadang-kala usaha dan kata-kata sokongannya dianggap remeh segelintir pihak tetapi sebenarnya cukup bermakna kepada atlit yang berpandukan nasihat jurulatih, hampir ketandusan semangat.

Rabu, 10 September 2008

Pegawai Mula Hargai Kehadiran Famemas

Pegawai Mula Hargai Kehadiran Famemas
(Hasnira Hassan - Berita Harian)

Tugasan Kelab penyokong KL dan Selangor (Famemas) yang masuk hari ketiga pada temasya Sukan Sea, edisi ke 24 di Wilayah Nakhon Ratchasima, semalam, lebih lancar selepas pelbagai kesukaran dihadapi 50 ahli kelab penyokong Malaysia selama dua hari, bermula pada hari pertama, Ahad lalu.

Tempat duduk lebih baik dan selesa dan kerjasama persatuan sukan kebangsaan melancarkan misi kami selain penerimaan baik masyarakat tempatan dan penyokong tuan rumah yang semakin senang dengan kehadiran kami.

Penulis yang berpeluang memukul kompang pada hari pertama, mencuba pula mengibarkan Jalur Gemilang. Ketika ini terasa seperti semangat juang atlit meresap di dalam hati, membuat penulis tengelam seketika dengan keasyikkan sorakan, sehingga hampir terlupa bahawa ada tugas yang perlu dilakukan, iaitu berkongsi pengalaman menyokong bersama pembaca.

Sebenarnya hari pertama adalah detik paling perit buat kami misi kali ini. Selain kebanyakkan ahli keletihan dan kurang berehat, kami berdepan pula kesukaran masuk ke beberapa lokasi pertandingan. Mungkin keadaan itu masih mampu ditangani kami, cuma sikap persatuan sukan kebangsaan yang enggan berkerjasama mengecewakan kami, sehingga menyebabkan Famemas hampir mengambil tindakan memboikot pertandingan mereka selepas memutuskan mungkit khidmat sokongan kami tidak diperlukan.


Penulis bukan sahaja sebagai wartawan, malah menjadi artist juga

"Kami tidak peduli apabila terpaksa duduk berhimpit di bangku penyokong pada pertandingan itu, tetapi reaksi pengurus pasukan sukan berkenaan sebenarnya lebih mengecewakan. Apabila saya menghubungi beliau memaklumkan kesukaran kami masuk ke dalam stadium dan dikehendaki membeli teket, dia menjawab: "Kamu beraturlah sendiri dan beli tiket di kuanter."

"Kami tidak minta masuk ke stadium dengan percuma, cuma berharap beliau membantu membeli teket bagi membantu melancarkan kegiatan kami yang berkejar dari gelanggang ke gelanggang lain untuk menyokong.

"Namun, mungkin mereka mengagap kami hanya datang menonton pertandingan dengan percuma untuk keseronokan dan khidmat kami langsung tidak diperlukan." kata Naib Presiden Famemas, David Foo yang kemudian membatalkan hasrat memboikot persatuan berkenaan selepas berbincang bersama dengan jawatakuasa dilakukan.

Pengalaman dua hari menyertai kegiatan Famemas yang nampak mudah ternyata membuatkan penulis berasa sangat keletihan. Mana tidaknya, kumpulan penyokong ini tidak memilih sukan tertentu untuk disokong, sebaliknya, semua sukan diberi hak sama rata. Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan kami terpaksa "berkejar" ke setiap lokasi pertandingan termasuk menghadapi kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

Kesibukan itu juga tidak menghalang kami berkongsi kemenangan Malaysia dalam perjalanan walaupun menjalani hari yang memenatkan. Namun, keletihan itu seperti terubat apabila atlit dan pegawai Malaysia 'mengiktiraf' kehadiran kami.

Misi semalam turut menyaksikan kami lebih bernasib baik apabila masalah kesihatan yang dialami sebagain kecil kami tidak berlarutan semalam, dan menyaksikan semua ahli kembali ceria dan bersemangat memberi sokongan.

Malah, keceriaan pertandingan yang dimulakan kira-kira 2.30 petang, menyaksikan sorakan lebih teratur dan meriah bergema di stadium utama yang menjadi lokasi acara akhir pertandingan olahraga.

Tidak dinafikan, kadang-kala sorakan kami tenggelam dek kekuatan orang ramai penyokong tuan rumah, namun, apa yang termampu kami lakukan hanya berkongsi semangat dengan atlit negara supaya mereka tidak terasa sendirian di medan juang, selain memeriahkan suasana pertandingan.

Jumaat, 5 September 2008

Sakit Tekak, Demam Tak Halang Misi Famemas

Sakit Tekak, Demam Tak Halang Misi Famemas
(Hasnira Hasan - Berita Harian)

Kehilangan suara beberapa ahli Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas), selain seorang ahli demam, semalam tidak menjejaskan misi hari kedua kelab penyokong Malaysia itu untuk terus memberi sokongan kepada atlit negara di Korat, Thailand.

Meskipun berwajah sugul dan hanya mendiamkan diri, Mohd Izwan Sabri (Mardost) yang memakai baju panas seharian kerana demam, semalam tetap mengikut rombongan kami - penyokong Malaysia yang turut disertai tujuh ahli media, yang kini bergerak bersama menaiki bas ke enam lokasi pertandingan, bermula seawal jam 8.30 pagi.

Manakala dua pengendali utama penyokong, Khairol Nizam Ramli dan Raja Azwan Raja Azhar yang kehilangan suara dan sakit tekak tetap bersemangat memeriahkan sorakan.

Semalam juga turut menyaksikan gelagat lebih menarik sebagaian kami apabila lebih ramai dikalangan kami mengecat muka dengan warna Jalur Gemilang dan lukisan bendera kebanggaan rakyat Malaysia.

Malah, penyokong veteran kelab itu, Mansor Abdul Khoni turut memakai pakaian bendera Malaysia termasuk skirt, sebagai memeriahkan lagi suasana pertandingan terutama pada lokasi pertama tugasan kami - pertandingan akhir ping pong wanita di Klang Plaza Jomsurang, yang bermula jam 10.30 pagi.

Aksi membanggakan Ng Sok Kim menewaskan pemain Thailand 15-13 pada set terakhir, di dalam saingan sengit ternyata mengubah keletihan kami yang masih berterusan, apatah lagi ditambah dengan sakit tekak. Terasa bangga sebentar apabila jeritan kami dihargai keluarga sukan.

"Hari ini membuktikan penyokong mampu mengubah keputusan pertandingan," kata ketua bahagian selatan Famemas, Shafari Bakar (Kepten), semalam.

Aksi kumpulan Famemas jelas berjaya menarik perhatian ramai termasuk kumpulan penyokong tuan rumah - Thailand, yang turut meniru rentak dan nada sokongan selain pengunaan alat bunyi, begitu juga Singapura yang membawa kumpulan sorak 'mudanya' semalam. Malah, beberapa kumpulan sorak Thailand turut kedengaran melaungkan 'Malaysia Boleh!' yang kerap digunakan kami.

Pada masa yang sama, terpaksa diakui, aksi ceria dan nakal sebahagian besar kami juga menyebabkan kebanyakan pegawai di pertandingan ping pong berebut bergambar bersama.

"Bagi kami, kehadiran Famemas di dalam satu-satu pertandingan bukan bertanding dengan kumpulan sorak yang ada. Kami sekadar membantu atlit meraih kemenangan, memeriahkan suasana dan juga berkongsi semangat kessukanan kepada semua penonton.

"Kadangkala, apabila atlit Malaysia tidak bertanding, kami turut bersorak untuk pasukan tuan rumah atau negara jiran lain.

"Kami bangga juga jika kaedah sokongan kami menjadi ikutan. Itu bukan masalah kepada kami kerana Famemas selalunya mempunyai kelebihan sendiri - dari segi penggunaan alat bunyi seperti drum, kompang dan pembesar suara," katanya.

Tugas kami semalam berakhir di His Majestic Stadium. Meskipun kepenatan dan keletihan jelas terasa, namun sokongan tidak akan dinoktahkan, kerana keceriaan akan bersambung lagi, hari ini.

Khamis, 4 September 2008

Penyokong Tuan Rumah Hormat Famemas

Penyokong Tuan Rumah Hormat Famemas
(Hasnira Hasan - Berita harian)

"Sebelum tiba di Thailand, kami bimbang penerimaan rakyat dan penyokong tempatan di sini, tambahan selepas membaca laporan akhbar bagaimana negara tuan rumah Sukan Sea itu memberi tekanan kepada negara jiran mengenai penganjuran acara terutama mengenai isu sepak takraw. Namun, kami terperanjat dengan layanan mereka yang begitu baik terhadap kami, berbanding kumpulan minoriti Malaysia sendiri, yang membabitkan sebahagian besar pegawai atasan," kata raja Azwan Raja azhar.

Dia adalah salah seorang peserta kumpulan penyokong Malaysia - Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) yang melahirkan rasa kecewa apabila dianaktirikan kumpulat elit berkenaan termasuk beberapa persatuan sukan, sepanjang empat hari, bermula Ahad di Wilayah Nakhon Ratchasima.

"Mereka (atlit dan pegawai) ada elaun bertanding sama ada kalah atau menang, tetapi kami korbankan segalanya untuk hadir di sini (Korat) bagi menyokong perjuangan mereka. Kami sedar atlit perlu memberi tumpuan kepada pertandingan. Andai kalah sekalipun, apa salahnya melambai ke arah kami? kenapa perlu wujud kumpulan oren dan kuning? Terus pergi begitu sahaja apabila selesai tugas (bertanding)," kata peserta berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, yang pertama kali menyertai rombongan sorak Famemas.

Kata raja Azwan:"Kami bukan pengemis, tetapi kami adalah pencinta sukan - persahabatan, semangat dan perayaan. kami membina hubungan yang baik dengan penyokong negara lain. Kami tahu masih ada kumpulan lain yang menghargai kami, walaupun sungguh mengecewakan ia adalah warga asing."

Hasnira wartawan dari Berita Harian bersama Jalur Gemilangnya

Famemas - Kumpulan penyokong tetap Malaysia yang sentiasa menyertai kejohanan sukan antarabangsa sejak ditubuhkan pada 2002, kali ini disertai seramai 50 oarang membabitkan tujuh wakil media, manakala sebahagian besar peserta dikalangan profesional, pelajar institut penganjian tinggi (IPT) dari seluruh negara.

Penulis sendiri menyaksikan bagaimana sebahagian besar pegawai atasan Malaysia yang bukan sahaja tidak menegur sapa dengan kumpulan kami berwarna kuning memakai  baju 'Malaysia Boleh' dan Jalur Gemilang, tetapi juga seperti kurang berminat memandang ke arah kecil yang turut mengibarkan bendera kebanggaan negara itu dalam hampir semua lokasi pertandinagan di Korat.

Bagi kumpulan sukarelawan ini, bukan pujian melambung diharapkan dan tidak juga balasan. Malah, sebahagian besar mereka mengeluarkan pembelanjaan sendiri untuk menyokong atlit pada Sukan Sea edisi ke-24 kali ini, selepas Famemas hanya memperoleh tajaan dari syarikat elektronik gergasi, Samsung.

Shafari Bakar yang menyertai kelab pengasas penyokong di Asia itu sejak 2003, pula mengandaikan tindakan beberapa persatuan sukan negara yang mengenepikan kumpulan Malaysia terutama di negara luar sebagai tindakan yang tidak membalas budi.

"Sehingga kini, mereka tidak memberi kami bantuan wang ringgitpun dan bukan itu yang kami pinta. Tanpa mereka, kami tetap memberi sokongan perjuangan atlit Malaysia buat persatuan sukan. Kami hadir di sini kerana sayangkan negara. Penyokong negara lain lebih menghargai kami. Mereka gembira dengan kehadiran kami dan memberi tepukan gemuruh.

"Kami penyokong sukan bukan minta disanjung tetapi sekurang-kurangnya hargai kehadiran kami. Sekalipun sibuk, apa salahnya melambai ke arah kami seperti warganegara kelas kelas ketiga, memandang pun seperti segan-segan, apatah lagi berusaha untuk berjumpa," kata ketua bahagian selatan kelab itu.

Rabu, 3 September 2008

Catatan Dari Korat - Hari Ke Tujuh

Catatan Dari Korat - Hari ke Tujuh

Hari ini merupakan peluang terakhir untuk kami bersorak untuk Malaysia di Sukan Sea Korat kerana esok kami akan berangkat ke Bangkok seawal pagi. Perasaan bercampur baur antara gembira dapat pulang ke rumah dan sedih meninggalkan bumi korat dan juga rakan-rakan Famemas yang baru sahaja saling kenal-mengenal. Namum itu semua lumrah dalam kehidupan, perjuangan hidup dalam apa jua bentuk sekalipun tetap diteruskan.

Selepas berserapan, kami menuju ke lokasi pertama kami iaitu gelanggang karate-do di mana dua pingat emas terakhir dipertandingkan iaitu bagi acara kumite berpasukan lelaki dan wanita. Malaysia menyandarkan harapan kepada pasukan kumite lelaki untuk merangkul emas kesembilan, tetapi disebabkan kesilapan teknikal oleh S. Mahendran pada aksi ke empat daripada lima pentempuran kesemuanya, hasrat negara berkecai begitu sahaja. Setelah tamat perlawanan akhir tersebut yang menemukan Malaysia dengan Vietnam, kami menuju ke Kompleks Sukan Utama untuk menyaksikan acara gimrama individu keseluruhan kerana aksi kumite wanita hanya akan berlangsung pada sebelah petang. Apapun tahniah kepada skuad karate-do negara yang cemerlang dengan jayanya apabila mengandakan emas yang disasarkan kepada angka 8.

Setibanya di Kompleks Sukan Utama, kami dihidangkan dengan makanan tengahari dan Alhamdulillah, menu hari ini sangat menyelerakan walaupun sambal Thai amat pedas bagi lidah penulis. Penulis menikmati hidangan bersama Dr. Zaki, Che Ahmad atau cikgu Din, Zul, izuan atau Mardost dan juga Tok Moh di medan selera yang terletak jauh di belakang Pasar Sukan Sea Korat sambil menikmati teh tarik kaw Korat. Banyak juga isu yang dibincangkan di sini yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan, maklumlah banyak individu yang berpengalaman luas yang duduk semeja bersama penulis.

Selepas makan dan solat, kami terus ke pintu hadapan Stadium Utama Tertutup 1 untuk berkumpul sebelum masuk ke arena. Satu hal yang berbeza di sini adalah suasananya tidak sesuai untuk kami membuat hingar-bingar dan ini menyebabkan kami sekadar bertepuk tangan dan bersorak ketika perlu sahaja. Penulis dan Dr. Zaki pada awalnya seperti sudang mengagak akan berlaku sedikit tindakan bias dari juri tuan rumah dan sangkaan ini mengena apabila gimnas utama Thailand, Sridee diberikan mata yang agak tinggi iaitu 15.300 dalam disiplin kedua, aksi gelung walaupun beliau gagal menyambut dengan kemas. Di dalam masa yang sama, gimnas negara Chrystal Lim yang menontokan aksi yang mempunyai darjah kesukaran yang hampir sama dengan Sridee dan tidak melakukan sebarang kesilapan besar diberikan markah 15.360, perbezaan yang sangat kecil dan tidak masuk akal. Di dalam disiplin pertama iaitu tali, markah Sridee dan Chrytal Lim juga tidak jauh walaupun persembahan kedua-dua gimnas tidak jauh berbeza.

Selepas aksi pertama ini secara spontan, penulis mencadangkan kepada Dr. zaki untuk menulis sepanduk kecil menggunakan kertas dan setelah meminta A4 kosong daripada sukarelawan di luar, kami menulis 'Judges, please be fair'. setelah tamat aksi disiplin kedua tadi, Dr Zaki dan en. Shafari atau kepten secara spontan menayangkan slogan tersebut ke arah kamera dan media yang duduk bersebelahan sambil diiringi sorakkan 'boo' dari sebahagian kami. Ketika ini kami sudah merasakan pingat emas pasti akan dimiliki gimnas dari Thailand ini yang tidak dinafikan berbakat dan juga hebat.

Samsul, Palong, Khairol dan Zul menaiki lori ketika pulang dari Pasar Malam Korat

Setelah tamat disiplin kedua daripada 4 disiplin yang harus dilengkapkan, Pengerusi Encik Lee Hui Seng mendapat perkhabaran bahawa atlit bola tampar pantai negara yang akan beraksi di peringkat separuh akhir memerlukan sokongan kami. Seraya itu kami meningglkan aksi gimrama untu ke gelanggang bola tampar pantai yang juga terletak di dalam kompleks Sukan Utama.

Pertama kali penulis dapat menyaksikan aksi bola tampar pantai di depan mata dan sememangnya bermain di atas padang pasir pantai tidaklah mudah dan amat memenatkan. Penulis pernah bermain bola sepak pantai beberapa tahun lepas dan serik bermain lagi. Walaupun pasangan negara mempamerkan aksi mantap untuk bangkit di set kedua, namun pasangan Thailand yang kelihatan lebih mantap sepanjang perlawanan mencul pemenang. Sekalung taniah kepada pasangan negara , Teck Hua dan Shun Thing yang bermain bersungguh-sungguh dan juga kepada pegawai persatuan dan jurulatih yang sangat menghargai kehadiran kami.

Aksi sorak kami di sini juga merupakan perjuangan terakhir kami di Korat, masa seperti sangat pantas berlalu dan kami pasti merindui detik-detik di sini. Bergambar kenangan di hadapan stadium sebelum singgah buat kali terakhir di The Mall untuk membeli ole-ole sebagai kenangan. Penulis seperti biasa menghabiskan masa sejam di internet sebelum membeli beberapa majalah untuk dibuat koleksi.

Selesai sahaja makan malam, penulis dan teman-teman Famemas lain, Khairol, Shamsol, zul, Mardost, azuan dan Dorairaj segera mengupah tut-tut untuk membawa kami ke Pasar Malam Korat yang seakan-akan seperti Petaling Street dan Shopaholics, bazaar seperti ini pastinya sesuatu yang harus dikunjungi.

Selasa, 2 September 2008

Catatan Dari Korat - Hari Ke Enam

Catatan Dari Korat - Hari Ke Enam

Memasuki hari keenam di bumi korat tidak sesekali mengurangkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan menyokong dan menyorak untuk atlit Malaysia. Hari demi hari, hubungan dengan ahli baru dan lama di dalam Famemas semakin rapat dan suasana dalam kem kami semakin ceria dan menghiburkan. Apa yang menarik tentang kami di Famemas adalah diversiti yang wujud di dalamnya, daripada bangsa Melayu, Cina, India, Sabah dan sebagainya serta kelainan ideologi politik yang mengukuhkan lagi andaian penulis bahawa sukan adalah elemen penyatu yang paling berkesan. Hidup Sukan!.

Destinasi pertama kami hari ini adalah Dewan Kebkanjana di mana berlangsungnya acara Karate do yang juga merupakan pertaruhan emas terbaik negara setiap kali Sukan Sea. Kedatangan kami tidak menghampakan apabila S. Mahendran telah berjaya menghadiahkan negara pingat emas menerusi kategori bawah 75kg lelaki. Namun begitu seorang lagi atlit negara, G. Yamini tumpas dalam saingan sengit 3-4 kepada atlit dari Vietnam dalam kategori waniata bawah 60 kg.

Oleh kerana tiada aksi melibatkan Malaysia pada sebelah pagi, kami bergerak menuju ke Stadium Utama di Kompleks Sukan bagi memberikan sokongan kepada atlit gimrama negara. Sebelum itu kami menikmati hidangan makan tengahari, nasi berlaukan ayam masak kicap dan buah-buahan sebelum menghabiskan masa selama sejam untuk membeli belah di pasar. Kesempatan ini penulis untuk membeli sedikit cenderahati yang mulai turun harga.

Penulis mula meminati sukan gimrama semenjak terdedah secara langsung dengan sukan ini pada Sukan Komanwel 1998 di mana Malaysia telah menggondol emas di dalam acara berpasukan menerusi El Regina Tajuddin, Sarina Sundarajah, Carolyn Au Yong dan Thye Chee Kiat. Malaysia merupakan kuasa utama di rantau ini apabila sering berjaya menghasilkan para gimrama yang hebat menerusi program yang diusahakan oleh MGF dan MSN. Kami menyaksikan dua disiplin terakhir dalam acara berpasukan yang bermula semalam iaitu bagi disiplin club dan ribbon dan Malaysia telah muncul pemenang menewaskan tuan rumah yang juga pesaing kuat. Tahniah! Chrystal Lim, Fong Seow Ting, Wan Siti Haniza dan Jaime Lee.

Penulis (duduk di bawah) bersama ahli Famemas yang lain bergambar kenangan dengan pemain bola keranjang wanita negara.

Seterusnya kami menuju ke gelanggang bola keranjang di mana aksi terakhir pasukan wanita menentang menentang tuan rumah menjadi penentu sama ada pingat emas atau perak yang akan dikecap. Setibanya kami di sana, gelanggang telah dipenuhi penyokong-penyokong tuan rumah dan ini tidak melemahkan semangat kami sehinggakan detik kami menjejakkan kaki ke dalam stadium, suasana bertukar sepi seolah-olah mereka terkejut dengan kehadiran kami. Mana tidaknya, kami sentiasa berada di dalam lokasi pertandingan sebelum sesuatu bermula tetapi kali ini kami tiba sedikit lewat dan mungkin telahan awal mereka, kami tidak hadir atau takut untuk hadir telah salah. Dengan serta merta juga para penyokong Thailand bersemangat dan paluang gendang yang rancak mengiringi mereka menjadikan suasana di dalam stadium menjadi pesta.

Suasana pesta tidak sama sekali mengurangkan debaran kami apabila pasukan negara sentiasa mengejar pasukan lawan walaupun pada satu masa mendahului. setelah tamat permainan, kedudukan terikat-ikat pada jumlah mata 50 dan memaksa perlawanan dilanjutkan selama 5 minit lagi bagi menentukan pemenang mutlak. Malaysia dan Thailand saling serang menyerang dan lontaran pasukan negara sering tersasar kerana tertekan dengan sorakan kuat dari penyokong tuan rumah. Walaupun begitu, tuah berpihak kepada pasukan negara apabila memenangi perlawanan ini dengan hanya kelebihan satu mata, 61 berbalas 60. secara jujur penulis mengangap detik ini adalah detik terhebat di dalam pengalaman penulis dalam menyokong negara sehingga kini. Malah tangan yang sudah lenguh dek kerana memalu kompang dari awal perlawanan seperti hilang begitu sahaja, wajah kegembiraan dan bangga jelas terpampang di muka setiap ahli Famemas. Tahniah Malaysia!!.

Topik hangat di kalangan kami di Famemas ketika ini adalah sikap sombong dan angkuh yang membelenggu sebilangan pegawai dan atlit negara. Kami di Famemas sangat tidak berpuas hati dengan sikap yang mereka tonjolkan di Korat seolah-olah kehadiran kami seperti tidak dihargai. Manakan tidak hendak menunjukkan muka kepada rakyat sendiripun seperti sesuatu yang sukar untuk dilakukan di dalam hidup, tidak terkecuali juga menteri kita, Dato' Azalina Othman. Insiden semasa perlawanan bola keranjang sebentar tadi menjadi kemuncak kemarahan kami apabila atlit bola keranjang lelaki dan beberapa sukan lain yang duduk di bahagian pertentangan enggan menyertai kami dengan jawapan 'tak payahlah'. Bukan banyak yang kami tagih, hanya sekadar sokongan moral dengan duduk bersorak untuk rakan seperjuangan bersama-sama kumpulan kami. Itupun sukar dilakukan dan apa jelas tergambar adalah keberkesanan program latihan pusat anjuran MSN yang sepatutnya boleh menaikan semangat patriotik negara boleh dipersoalkan. Tambah menyakitkan hati, para atlit negara sekadar duduk rehat dan terlalu relex seolah-olah berharap Malaysia gagal supaya kekalahan pasukan mereka dapat dikongsi bersama. Apabila menang barulah hendak menunjukkan muka tidak malu mereka dan nasib baik menang, kalau tewas pasti stadium ditinggalkan secepat mungkin. Berubahlah Malaysia!.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Catatan Dari Korat - Hari Ke Lima

Catatan Dari Korat - Hari Ke Lima

Setakat laporan ini ditulis, hari ini merupakan hari paling gembira buat kontinjen negara apabila berjaya menuai sebanyak 13 pingat emas yang juga merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini. Tahniah!! pastikan 20 lagi emas akan dapat digengam dalam tiga hari terakhir ini. GO MALAYSIA GO! GO FOR GOLD!.

Destinasi pertama kami hari ini Lawn Bowls Green, QSSC di mana sukan petanque dilansungkan. Petanque merupakan sukan berasal dari Perancis dan amat popular di Laos, Thailand dan Combodia. Berdasarkan pengalaman penulis, sukan ini boleh dilihat dimainkan di mana sahaja jika berkunjung ke negara tersebut. Peraturan dan cara permarkahan permainan hampir sama dengan sukan lawn bowl di mana bola besi perlu dilontar ke arah jack dan bola yang hampir akan memenangi mata. Apa yang berbeza dengan lawn bowl adalah bola perlu dilorongkan ke jack dan bentuknya adalah lonjong dan agak pelbagai. Penulis sempat bermain sukan ini semasa menyertai Jambori Pengakap Asia Pasifik di Terengganu pada tahun 1997 dan kebetulan juga hari ini penulis sempat berbual dengan jurulatih petanque negara yang rupanya adalah individu yang memperkenalkan sukan ini di jambori tersebut. Penulis menyarankan supaya usaha promosi yang lebih giat dapat dilakukan supaya sukan ini kan lebih popular dan beroleh lebih kejayaan di masa akan datang seperti mana yang berjaya dicapai sukan lawn bowl.

Seterusnya kami ke arena memanah yang terletak di padang bola di Universiti Teknologi Suranaree. Namun setibanya kami di sana acara yang melibatkan pemanah negara baru sahaja berakhir di mana keputusannya tidaklah begitu menceriakan, sekadar pingat gangsa menerusi acara berpasukan lelaki compund. Alang-alang di sana, kami menziarah para pegawai dan juga atlit yang menerima kedatangan kami dengan hati gembira, tidak seperti di beberapa acara di mana para pegawai kelihatan sombong dan tidak tahu menghargai kehadiran kami. Untuk pengatahun Malaysia telah berjaya muncul antara kuasa sukan memanah di rantau ini dan juga di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terima kasih kepada persatuan kebangsaan yang melakar program yang sudah menampakkan hasil. Penulis percaya jika persatuan kebangsaan sesuatu sukan komited dalam program pembangunan dan mengurangkan politiking dalaman, Malaysia boleh melahirkan lebih ramai lagi atlit yang bertaraf Asia mahupun dunia.

Oleh kerana kami telah merancang untuk menonton aksi bola keranjang wanita di stadium berhampiran menentang Filipina yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1 petang, serta mempunyai banyak masa lagi sementara menanti perlawanan bermula. Kami menggunakan kesempatan ini untuk membuat latihan sorak dan nyayian lagu 'Kalau Rasa Gembira' yang dipimpin dua cherleader dari Famemas yang sangat dedikasi dan bersemangat, Khairol Nizam dan Raja Azuan. Selesai latihan, kami menikmati hidangan makanan tengahari yang dibungkus dan menu hari ini adalah nasi berlaukkan ayam dan sambal yang sangat pedas!.

Perlawanan menentang Filipina boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir kerana Filipina adalah pencabar utama kita. Format pertandingan adalah secara liga satu pusingan dan pasukan teratas akan muncul juara dan sokongan kami dalam perlawanan ini amat bermakna untuk pemain negara. Hasi usaha sorak yang hebat dari Famemas dan pasukan sorak dari Thailand yang turut dibantu oleh kami, Malaysia muncul pemenang dengan jumlah perbezaan mata yang agak besar, 70 berbalas 56. Taniah Malaysia!.

Gelanggang seterusnya adalah Dewan Universiti Vongchavalitkul di mana acara teakwando yang bermula hari ini dilangsungkan. Setibanya di gelanggang, kami diberitahu seorang atlit Malaysia, Che Chew Chan yang juga telah layak ke Beijing 2008 akan beraksi di perlawanan akhir bagi kategori wanita bawah 72kg. Sementara menanti aksi tersebut, kami telah memainkan peranan aktif di dalam menceriakan suasana dewan dengan paluan kompang dan sorakan untuk atlit dari negara Indonesia, Vietnam, Filipina dan juga tuan rumah, Thailand.

Penulis (memegang kompang) dan rakan-rakan Famemas bergambar bersama atlit jalan kaki negara Yuan Yu Fang.

Seperti biasa para penonton gembiara dan terhibur dengan aksi kami sepertinya kumpulan kami memberi mereka hiburan secara percuma. Kumpulan kami juga sangat popular ketika ini di Korat dan penulis berani menyatakan Famemas adalah kumpulan sorak terbaik Asia Tenggara setakat ini sehinggakan Singapura juga sudah mula mengaktifkan semula kumpulan sorak mereka. Penantian kami yang agak lama sangat berbaloi apabila atlit taekwando memberikan negara satu lagi pingat emas dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas atlit dari Vietnam. Di gelanggang juga ada beberapa sepanduk yang tertulis 'Fair Game' akibat rasa tidak puas hati beberapa buah negara terutamanya Filipina dan Indonesia yang sering tumpas di dalam aksi sengit yang melibatkan atlit tuan rumah. Kisah sama yang berulang-ulang tanpa kelihatan kesudahanya.

Kami meninggalkan gelanggang dengan perasaan gembira dan puas untuk menuju ke velodrom yang mungkin akan memberikan beberapa emas lagi kepada negara. Penonton hari ini agak ramai di velodrom, mungkin disebabkan ramai pelumba Thailand beraksi hari ini. Suasana velodrom seperti semalam bertukar suasana sebaik sahaja perarakan aman kami masuk ke arena dengan laungan 'Malaysia Boleh!' dan paluan kompang beselang-seli dengan bunyi hon. Selepas itu velodrom menjadi milik kami dengan cheerleader kami memain peranan yang berkesan untuk menghidupkan suasana pesta bersama-sama pasukan sorak Thailand yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Hasil Malysia tidak menghampakan seperti semalam apabila berjaya menggondol dua emas menerusi kejar mengejar berpasukan. Taniah dan 200 meter pecut menerusi Josiah Ng yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Azizul Hasni. Taniah! velodrom sekali lagi didendangkan dengan lagu Negaraku yang dinyanyikan penuh semangat.

Walaupun ramai diantara kami sudah kenal mengenali secara tidak formal. Hari ini merupakan giliran penulis memperkenalkan diri kepada semua ahli Famemas secara rasmi. Terima kasih Famemas!.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Catatan Dari Korat - Hari Ke Empat

Catatan Dari Korat - Hari Ke Empat

Perjalanan hari ini bermula agak lewat sedikit berbanding sebelumnya, terima kasih kepada pengerusi yang sudi memberi kami rehat yang secukupnya. Hampir 10 pagi kami bergerak ke pusat membeli belah terbesar di Korat, The Mall yang juga gelanggang acara sepak takraw yang mana pasukan Malaysia telah menarik diri.

The Mall penuh dengan manusia pelbagai bangsa, rupa dan usia yang mungkin jarang disaksikan jika tidak berlangsungnya Sukan Sea Korat ini. Penulis sangat setuju dengan langkah Thailand yang memberikan hak penganjuran ini kepada wilayah Nakhon Ratchasima ataupun Korat kerana ia dapat memberikan pendedahan dan peluang menonton secara langsung kepada penduduk Korat aksi sukan bertaraf tinggi. Sebelum ini peluang sebegini diberikan kepada bandar Chiangmai pada tahun 1995. Penulis berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan hal yang sama di masa akan datang kerana langkah seperti ini dapat menyemarakkan minat dan semangat sukan di seluruh pelusuk negara.

Kami diberikan masa sehingga pukul 12.45 tengahari dan kesempatan ini penulis gunakan untuk melayari internet secara percuma di pejabat Pelancungan Thailand sebelum menikmati makan tengahari di medan selera bersama Encik Ahmad Siam, Encik Izuan, Encik Jason Tiang dan Encik Lee Hui Seng.

Kami tiba di Stadium Utama untuk menyaksikan acara olahraga sekitar pukul 1.15 petang dan diberikan masa selama sejam lagi untuk membeli belah atau nama lainnya aktiviti bebas. Penulis tidak melepaskan ini untuk membeli cendera hati untuk kawan-kawan tetapi malangnya gagal untuk mendapatkan walau sehelaipun t-shirt untuk diri sendiri dek kerana ketiadaan saiz baju yang sesuai.

Sempat menonton aksi tenis yang melibatkan pemain dari Filipina dan Vietnam sebelum meninjau-ninjau pasar yang terdapat di bahagian belakang. Suasana tidaklah begitu meriah berbanding semasa di Manila 2005 dan cuaca panas membahang cepat meletikan diri penulis.

Penulis (kiri) bersama rakannya Idham di Stadium Utama Korat

Tepat 2.15 petang kami masuk ke stadium dan seperti kebiasaan, kami membuat kecoh dengan alunan kompang yang lantang dan bunyi hon yang membingitkan berselang-seli. namun begitu penonton-penonton di Korat amat peramah dan seperti teruja apabila dapat melihat orang luar serta turut terhibur dengan gelagat kami. Satu benda yang penulis perhatikan adalah ketiadaan mata-mata yang menjeling liar terhadap wanita seperti mana yang sering terjadi di stadium di Malaysia. Dengan lain kata penduduk Korat amat sopan dan menghormati orang lain.

Di stadium Utama ini kami sempat menyaksikan beberapa acara seperti lompat kijang wanita di mana Ng Siew Mei, pemenang pingat emas edisi terdahulu terlepas kilauan emas kepada atlit Filipina di aksi lompatan terakhir. Wajah sugul Siew Mei tidak dapat disembunyikan walaupun kami memberikan slogan-slogan motivasi untuk beliau supaya tidak terasa terlalu kecewa. Kami pada mulanya seperti sudah yakin pingat emas akan digengam beliau apabila diberitahu rekod kejohanan telah dipecahkan Siew Mei sebaik sahaja memasuki stadium. Acara lain yang melibatkan negara dan memberikan berita duka adalah acara 1500 meter menerusi V. Mahnedran yang hanya berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas beberapa meter sebelum garisan penamat oleh pelari dari Vietnam. sebagai rekod, Malaysia sering menguasi acara ini brmula dengan M. Ramachanran dan diteruskan oleh A. Munusamy sebelum kita kekosongan atlit yang berkemampuan buat seketika. Berdasarkan kenyataan-kenyataan di dalam media sebelum ini, acara ini merupakan salah satu prospek emas malah diarahkan oleh jurulatih, Hanafiah Nasir untuk tidak beraksi di dalam acara 800 meter untuk memastikan emas di dalam acara ini. Tetapi apa boleh buat nasib tidak menyebelahi beliau dan jangan patah semangat hanya kerana kekalahan ini. Mudah kata, tiada peluang menyanyikan lagu kebangsaan di stadium hari ini.

Setelah semua acara kecuali heptatlon berakhir, kami bergerak ke valodrom lumba basikal yang terletak bersebelahan untuk memastikan dua emas lagi berada di tangan Malaysia. Setiba di velodrom, suasana berubah seperti biasa dan ketibaan kami tepat pada masanya apabila upacara penyampaian hadiah untuk acara pecut berpasukan lelaki akan dilangsungkan dan peluang ini digunakan sebaiknya untuk mendendangkan lagu Negaraku dengan kuat dan bersemangat. walau begitu, dua aksi akhir yang berlangsung kemudian tidak memberi khabar gembira apabila kedua-duanya tewas dan ditambah lagi dengan sikap Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman yang enggan turun berjumpa kami dan sikap sombong Presiden MNCF, Naim yang membuatkan beberapa individu di dalam Famemas naik angin.

Tamat aksi yang melibatkan negara di valodrom, kami bergegas ke gelanggang akuatik untuk memastikan Malaysia boleh menambah sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas dan sebagai balasan perenang negara berjaya berbuat demikian menerusi acara 50 meter dan 200 meter gaya bebas, terima kasih Chui Lan dan Daniel Bego yang memberikan kami dua peluang untuk berkaraoke lagu yang sangat petriotik di stadium. Suasana di gelanggang akuatik bertambah meriah dengan kehadiran kami dan aksi-aksi 'ombak Maxico' berjaya dilakukan dengan kerjasama penonton-penonton dan pasukan sorak Thailand. seperti semalam, kami di Famemas masih tetap dengan pendirian kami untuk menyuruh penonton senyap tatkala nama Singapura disebutkan dan walaupun ia memperlihatkan sikap tidak professional, tindakan ini terpaksa dilakukan apabila melihat telatah-telatah angkuh dan sombong beberapa pegawai dan penyokong dari singapura. Itu tidak lagi termasuk polisi mengimport atlit dari negara China yang menyebabkan mereka memungut banyak pingat emas tidak seperti sebelumnya.

Habis di gelanggang akuatik tugas kami untuk menyorakpun berakhir dan hari ini juga adalah hari terakhir pemandu pelancung kami yang sangat baik hati, Ying melakukan tugasnya untuk kami dan akan digantikan dengan seorang lagi pemandu pelancung. Dalam perjalanan pulang kami dan Ying bertukar-tukar lagu perpisahan dengan Ying dan beberapa wakil kami menyanyikan lagu khas untuk dalam pelbagai bahasa dari Tamil, Cina, Jepun English, Thai dan dialek Kelantan. Suasana sedih walaupun tetap ceria menyelubungi kami, tetapi apa boleh buat, bertemu dan berpisah adalah sesuatu yang sentiasa akan dilalui.

Semasa makan malam, sessi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap menteri serta sesiapa sahaja baik peminpin persatuan sukan atau pegawai-pegawai yang bersikap sombong dan angkuh diadakan di hadapan wakil-wakil media yang mengikut kami.