CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Memaparkan catatan dengan label Sukan Astro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan Astro. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

Anugerah Astro Arena 2012

Kelab Penyokong Famemas turut dijemput oleh Astro untuk memeriahkan lagi Majlis Anugerah Asto Arena 2012 di Grand Ballroom, Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Kelmarin. Syabas! dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama kepada Khairul Fahmi Cek Mat dan Nur Fatehah Mustapha kerana telah memenangi anugerah atlit lelaki dan wanita berpasukan popular 2012.

Antara foto-foto yang sempat dirakamkan:

Astro Arena Awards Night.

Meja khas untuk kelab Famemas

Menu kami pada malam itu.

Kita makan dulu.
Sambil makan, kami dihidangkan oleh kumpulan lawak JAMBU.

Kami turut dihiburkan oleh Jaclyn Victor.

Sempat abadikan kenangan di majlis malam itu.

Adik-adik dari kumpulan Famemas turut berpakaian glemer pada malam itu.

Kumpulan Famemas bersama cenderamata dari Astro Arena.

Persembahan bertenaga dari Jaclyn Victor.

Ray dan Fina Nasrom dari Astro Arena cukup melaram pada malam itu.

Cenderamata menarik yang kami dapat dari Astro Arena.

Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Pihak Astro Arena berterima kasih kepada kelab Famemas turut memberi sokongan dan memeriahkan majlis ini, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di majlis-majlis yang akan datang!

Khamis, 20 Ogos 2009

Jawapan Pihak ASTRO Mengenai Harga Kenaikan Harga Pakej Sukan

Kepada Kelab Famemas KL & Selangor (Kelab Penyokong Sukan Malaysia)

Kami merujuk kepada aduan tuan/puan yang diterima melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklum balas tuan/puan terhadap Astro. Kami amat menghargai kesudian tuan/puan dalam meluangkan masa dengan memberikan kami pandangan mengenai produk dan perkhidmatan kami.

Memahami bahawa peningkatan harga adalah sesuatu yang tidak menyenangkan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperjelaskan bahawa perkembangan harga bagi siaran untuk kandungan sukan yang utama umumnya mengalami peningkatan secara berterusan.

Pihak kami sebenarnya telah berulang kali dan semampu yang boleh mengelak daripada menaikkan harga bagi pakej sukan kami. Untuk makluman pihak tuan/puan, kos untuk hak penyiaran BPL TV umpamanya telah pun meningkat sebanyak lima kali ganda setakat ini. Perkembangan pasaran memperlihatkan bahawa kos hak penyiaran televisyen bagi kandungan berkaitan sukan-sukan utama akan terus meningkat. Sebagai contoh, kos untuk hak penyiaran bagi Piala Dunia FIFA telah pun meningkat sebanyak tiga kali sejak musimnya yang terakhir.

Pengenalan harga baru untuk pakej sukan berkuat kuasa bermula Ogos 2009, dan setiap pelanggan mempunyai tempoh 30 hari dari tarikh penyata dikeluarkan untuk menjelaskan bayaran. Tambahan kepada itu, pihak kami juga membenarkan pemansuhan yuran penukaran pakej sehingga 15 September 2009 untuk pakej sukan bagi membolehkan para pelanggan kami melakukan sebarang perubahan terhadap kombinasi pakej mereka. Bermakna para pelanggan mempunyai tempoh sehingga 15 September 2009 untuk membuat sebarang keputusan. Kami amat berharap langkah ini akan dapat membantu para pelanggan kami.

Untuk makluman pihak tuan/puan juga, ahli sukan ternama pada masa kini menerima bayaran yang amat tinggi dalam bentuk gaji atau habuan kontrak. Hakikat sebenar di sebalik ganjaran lumayan yang diterima mereka adalah ia berpunca dari pendapatan sektor penyiaran yang disumbangkan oleh para peminat sukan.

Ingin juga saya perjelaskan di sini bahawa walaupun pakej sukan kami mengalami peningkatan harga, namun secara keseluruhan nilai pakej kami masih lagi yang terendah di rantau ini. Kami amat komited untuk memberikan yang terbaik kepada pihak tuan/puan. Akhir sekali, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih atas maklum balas dan sokongan berterusan pihak tuan/puan.

Yang Benar

Ahmad Mustaza Ismail

Naib Presiden
Pusat Panggilan Pelanggan ASTRO