CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 29 April 2010

Anugerah Sukan Negara '09

Grand Ballroom, Mandarin Oriental, KLCC.

Ahli Famemas yang pertama sampai.

Meja yang dikhaskan untuk Kelab Famemas.

TokMoh dan Hafidz.

En. Lee Hui Seng dan En. Jason Thiang.

Cenderamata dari Majlis Sukan Negara.

Ahli Famemas yang hadir.

Ramli Sarip menghiburkan tetamu yang hadir.

Ivy Yong sungguh berbangga dapat bergambar dengan ahli bina badan negara.

Ahli Famemas sangat berbangga bergambar bersama olahragawan negara.

Ahli Famemas bersama jurulatih bolasepak negara, En. Rajagopal.

Ahli Famemas bersama atlit yang paling comel, Leong Mun Yee.

Ivy sedang menikmati makan malam di Hotel Mandarin Oriental, KLCC.

Selasa, 20 April 2010

Yuran Tahunan

Yuran tahunan RM5 perlu dijelaskan oleh semua ahli untuk dikategorikan sebagai ahli aktif, harap jelaskan kepada bendahari sebelum 30 April 2010. Jika tidak dijelaskan ahli akan dianggap tidak aktif dan sekiranya hadir diaktiviti Famemas, kutipan RM5 akan dibuat ke atas ahli tersebut. Keahlian tetap tidak berubah hanya dikategorikan sebagai ahli aktif (RM5 yuran tahunan) atau tidak aktif, pertanyaan lanjut hubungi Bendahari, En Doraiaj di cutty5228@yahoo.com.

Antara ahli-ahli yang telah membayar yuran tahunan adalah seperti berikut:
  1. Sun Yoo Fat
  2. Hoh Choon Lah
  3. Zulkifli bin Din
  4. Bryan Lee
  5. Everlyn Goh Mei
  6. Mansor Abdul Khoni (Tok Moh)
  7. Zakariah
  8. Raimah Ali
  9. Adam bin Jaafar
  10. Saliah
  11. Peter Oh Kah Leong
  12. Shammugaraja
  13. Bobby Tan
  14. Lim Chin Huat
  15. Lien Wee Teck
  16. Ronny
  17. Che Nordin
  18. Ng Lilian
  19. Santhanam Anthony
  20. Tan Ming Sen
  21. Jason Thiang
  22. Dorairaj
  23. Janisa Dorairaj
  24. Ranessh
  25. Joshua
  26. Salemah Daud
  27. Siva Chanra Bose
  28. Daniel Ponniah
  29. Amirul Hafiz
  30. Mariani Gumari
  31. Mohd Izwan
  32. Dr. Kepten Mohd. Zaki
  33. Lim Pueh Tian
  34. Victor Wong
  35. Keh Pin Tat
  36. Ivy Yong
  37. Hafidz Kosai
  38. Lee Hui Sewng
  39. Nicholas Ong
  40. Lee Yoon Li
  41. Annie Woon
  42. Yusnita
  43. Raja Azuan
  44. Maria Song
  45. David Foo
  46. Tan Nyook Kin
  47. Salemah Daud
  48. Hoon Chee Keong.

Ahad, 18 April 2010

Exco Meeting No. 7 (Session 2009/2011)













Date: Saturday, 17 April 2010
Venue: Cobra Club, Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor.
Present: Prostem committe members: Mr. Lee Hui Seng, Mr. Hafidz, Mr. Dorairaj, Yusnita, Nicholas Ong, Tan Ming Sen, Mr. Zulkifli, Mr. Bryan Lee and Ms. Everlyn Goh,

Absent with apologies: Mr. David Foo, Mr. Che Muhamad Nordin, Raja Azuan and Jason Thiang.

Agenda:

  1. Approval of minutes of last exco meeting.
  2. Treasurer report.
  3. Finalise Laos Account.
  4. Post Mortem AGM and Squash CIMB KL Open.
  5. Member Communication - SMS mass blast.
  6. Funds Appeal - KBS.
  7. Thomas Cup - banner/ticketing/BAM Passes/PC/Tea Session/Astro Classics.
  8. Singapore Badminton Open - Samsung coach/accommodation.
  9. Guangzhou Asian Games 20-28 Nov 2010.
  10. New member recruitment
  11. Sgnergy with new supporter club.
  12. Supporters club for London 2010.
  13. Malaysia Open GP Gold 2010.
  14. Cheer materials - new tshirt for fundraising/kompangs
  15. Other matters - Facebook
  16. AOB.

Ahli Kelab Famemas bakar semangat barisan negara


SERAMAI 20 ahli Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) bakal 'berkampung' di Stadium Putra, Bukit Jalil dari hari pertama berlangsungnya kempen Piala Thomas dan Uber bulan depan.

Kelab penyokong tersebut akan memberi sokongan moral kepada barisan pemain negara pada kejohanan badminton berprestij itu yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini.

Famemas yang diiktiraf Majlis Olimpik Malaysia dan kini dianggotai 500 orang, terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion, bangsa dan agama.

"Rakyat negara ini perlu memenuhi segenap ruang di stadium. Rakyat perlu berbangga kerana telah sekian lama Malaysia tidak menganjurkan Piala Thomas dan Uber," kata Pengerusi Famemas, Lee Hui Seng.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Uber adalah pada tahun 2002.

Hui Seng berkata, ahli Famemas yang lain akan menyertai 20 ahli penyokong tetap di Stadium Putra apabila berkesempatan untuk memberi sokongan moral kepada pemain negara.

"Kami yang berkampung di stadium akan memakai baju 'Harimau' sambil membawa kain rentang, bendera Malaysia dan berkompang," katanya.

Beliau berkata, sokongan penyokong mampu meningkatkan semangat juang para pemain badminton negara untuk memenangi kembali Piala Thomas selepas kali terakhir memenanginya pada 1992 di Kuala Lumpur.

Famemas turut bersama kontinjen negara ke temasya Sukan SEA, bermula edisi di Vietnam (2003), Manila (2005), Korat (2007), Vientiane (2009) dan Sukan Asia di Busan, Korea Selatan (2002), Sukan Asia Doha, Qatar (2006) dan Sukan Olimpik di Athens (2004).

Kosmo

Famemas Akan Berkampung Di Stadium Sempena Piala Thomas Dan Uber

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Dua puluh ahli Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas), kelab penyokong sukan Malaysia akan "berkampung" di Stadium Putra, Bukit Jalil dari hari pertama berlangsungnya kejohanan Piala Thomas dan Uber bulan depan bagi memberi sokongan moral kepada pemain badminton negara.

Famemas, yang diiktiraf Majlis Olimpik Malaysia dan kini dianggotai 500 orang, terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion, bangsa dan agama, turut menggerakkan usaha promosi menarik rakyat Malaysia untuk ke stadium menyaksikan kejohanan badminton berprestij yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini.

"Rakyat negara ini perlu memenuhi segenap ruang di stadium. Rakyat perlu berbangga kerana telah sekian lama Malaysia tidak menganjurkannya," kata Pengerusi Famemas Lee Hui Seng kepada Bernama Khamis.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Uber adalah pada 2002.

Lee berkata ahli Famemas yang lain akan menyertai 20 ahli penyokong tetap di stadium apabila berkesempatan untuk memberi sokongan moral kepada pemain negara.

"Kami yang berkampung di stadium akan memakai baju 'Harimau' sambil membawa kain rentang, bendera Malaysia dan berkompang," katanya.

Beliau berkata sokongan penyokong mampu meningkatkan semangat juang para pemain badminton negara untuk memenangi kembali Piala Thomas selepas kali terakhir memenanginya pada 1992 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Famemas akan menyebarkan maklumat-maklumat dan berita berkaitan kejohanan itu melalui blog Famemas.

Lee berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) harus mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah kekurangan promosi sebelum kejohanan itu bermula.

"Media elektronik juga diharap dapat menyiarkan kembali detik-detik kegemilangan Piala Thomas dan Uber agar rakyat Malaysia dapat menghayati atau menonton detik bersejarah ketika pemain badminton kebangsaan bergelar juara," katanya.

Famemas turut bersama kontingen negara ke temasya sukan SEA, bermula edisi di Vietnam (2003), Manila (2005), Korat (2007), Vientiane (2009) dan Sukan Asia di Busan, Korea Selatan (2002), Sukan Asia Doha, Qatar (2006) dan Sukan Olimpik di Athens (2004).

Rabu, 14 April 2010

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

Tuan/Puan,

MEMOHON MEMPERTINGKATKAN PROMOSI PIALA THOMAS DAN UBER 2010

Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) adalah pertubuhan berdaftar yang mana objektif utamanya adalah untuk meningkatkan tahap kegemilangan sukan Malaysia melalui sokongan vokal dan moral kepada athlit negara dalam pelbagai bidang sukan.

Ianya merupakan satu-satunya Kelab Penyokong Sukan Malaysia sejati yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia dan keahliannya terdiri dari pelbagai peringkat masyarakat Malaysia dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa dan profesion. Antara penglibatan sokongan Famemas kepada athlit dan sukan Malaysia adalah di Sukan SEA Vietnam 2003, Sukan SEA Manila 2005, Sukan SEA Korat 2007, Sukan SEA Vientiane 2009, Sukan Olimpik Athens 2004, Sukan Asia Busan 2002, Sukan Asia Doha 2006 dan pelbagai temasya sukan didalam dan diluar negara.

Merujuk kepada perkara diatas, Famemas memohon kerjasama pertubuhan media Tuan/Puan untuk mempertingkatkan lagi promosi Piala Thomas dan Uber 2010 bagi mendapat sokongan dan penghayatan penuh keseluruhan rakyat Malaysia. Kami juga berharap agar usaha ini dapat mempertingkatkan semangat patriotisma melalui sukan yang dapat menyatukan keseluruhan rakyat dibelakang gagasan 1Malaysia, berpadu untuk kejayaan negara Malaysia melalui acara sukan seperti Piala Thomas.

Pada kala ini, Promosi Piala Dunia 2010 lebih hebat dari Promosi Piala Thomas dan Uber, walhal Malaysia tidak pun mempunyai pasukan yang layak ke Piala Dunia 2010. Dengan warkah ini, adalah diharapkan pertubuhan media Tuan/Puan dapat menjalankan promosi yang sepatutnya untuk menggembeling sokongan padu seluruh rakyat Malaysia di belakang pasukan Malaysia dalam usaha menawan kembali Piala Thomas. Ianya juga diharapkan dapat menyuntik semangat penuh membara ke seluruh kontinjen Malaysia untuk berjaya dengan cemerlangnya di kejohanan tersebut.

Famemas amat mengharapkan sokongan Tuan/Puan kerana usaha yang dilakukan Famemas ini adalah usaha merakyatkan sukan dan menjadi pelengkap komponen penting dalam infrastruktur sukan negara disamping contoh praktikal utama 1Malaysia yang merapatkan hubungan semua bangsa Malaysia di dalam mencapai satu matlamat: kegemilangan sukan Malaysia.

Sekian, Terima Kasih

MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Yang Benar,
Bagi pihak Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor

Lee Hui Seng
Pengerusi (Tel: 012-329 3378)