CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 13 Julai 2009

Zimbabwe bukan hantar skuad utama ?

NORSHAHRUL (biru) cuba menewaskan penjaga gol Zimbabwe, Godfrey Mangove pada perlawanan persahabatan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Difahamkan skuad bimbingan K. Rajagobal hanya menentang sebuah kelab yang dikenali sebagai Monomo Tapa United di mana hampir keseluruhan yang diturunkan merupakan pemain kelab berkenaan. Hanya dua pemain dikatakan bukan pemain kelab tersebut.

Malaysia menang 4-0 ke atas pasukan kebangsaan Zimbabwe yang menduduki ranking dunia ke-116 malam tadi. Jika diukur dari segi kemampuan masing-masing, pastinya bola sepak negara sudah mengalami satu perubahan drastik dan kembali 'sedar' yang selama ini diulit mimpi indah hingga menyebabkan aksi hambar di peringkat antarabangsa.

Namun desas-desus bertiup kencang malam tadi di mana Zimbabwe tidak menurunkan para pemain skuad kebangsaan sebaliknya hanya menawarkan pemain berstatus kelab untuk beraksi menentang kesebelasan utama negara. Jika ini merupakan kenyataan, mungkin kegembiraan membenam mereka 4-0 perlu dihentikan seketika dan mula memikirkan adakah pemain negara layak meraikan kejayaan itu?

Difahamkan skuad bimbingan K. Rajagobal hanya menentang sebuah kelab yang dikenali sebagai Monomo Tapa United di mana hampir keseluruhan yang diturunkan merupakan pemain kelab berkenaan. Hanya dua pemain dikatakan bukan pemain kelab tersebut. Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan perlawanan dengan Liberia selepas pasukan tersebut menyenaraikan skuad kedua, tidak skuad utama seperti yang dipersetujui. Dan difahamkan perlawanan semalam mendapat pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Apa pun, ada sesuatu yang boleh diharapkan dari skuad bola sepak kebangsaan yang baru empat hari menjalani latihan untuk perlawanan persahabatan dengan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini apabila mempamer permainan bertenaga. Permainan seimbang di awal babak pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bertukar rancak dan memihak kepada pasukan kebangsaan dengan kemasukan Norshahrul Idlan Talaha yang menggantikan Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak pada lewat babak pertama.

Gerakan dari tengah yang dimulakan oleh Norshahrul, pemain UPB My-Team kerap mencemas pertahanan Zimbabwe. Kemuncaknya Norshahrul memberikan sepakan penalti untuk skuad kebangsaan pada minit ke-45 apabila dia dibentes di dalam kotak penalti oleh Asani Hongo.Pemain KL PLUS, Safiq Rahim kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti yang dihalakan tepat ke penjuru kanan gawang untuk menewaskan penjaga gol Zimbabwe Godfrey Mangove.

Penguasaan di babak akhir separuh masa pertama diteruskan di babak kedua dengan serangan bertali arus dan Indra Putra Mahayuddin menambah gol kedua skuad kebangsaan pada minit ke-49 menerusi tanduk selepas mendapat hantaran S. Kunanlan. Gerakan menarik dari sebelah kiri pintu gol Zimbabwe berjaya dimanfaat oleh pemain KM Naza, Mohd. Farderin Kadir untuk gol ketiga skuad kebangsaan pada minit ke-85. Norshahrul menutup perlawanan dengan rembatan kencang untuk gol keempat pada minit ke-88.

Apa pun, barisan depan skuad kebangsaan yang diterajui Zaquan Adha, dibantu Amri Yahyah, Kunanlan di sayap kanan dan Indra Putra di sebelah kiri patut menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan banyak peluang gol di babak kedua. Sebelum menguasai perlawanan, tiada gerakan menarik yang dipamerkan di sebahagian besar babak apabila Mohd. Zaquan Adha berseorangan di depan tidak mendapat hantaran tepat dari rakan yang lain.

Peluang gol pertama pasukan kebangsaan menjelma pada minit ke-30 apabila Kunanlan hanya berdepan Mangove namun penjaga gol Zimbabwe lebih bersedia. Amri mempersia-siakan sekurang-kurangnya tiga peluang gol mulai minit ke-38 namun dipersia-siakan dengan tandukan tinggi dan gagal tiba tepat pada masanya untuk menolak bila silang Mazlizam Mohamad dua minit kemudian. Indra juga patut menyalah diri sendiri kerana gagal menjaringkan gol awal apabila sepakan kaki kirinya jauh tersasar ketika pintu gol terbuka luas dua minit kemudian.

Barisan Pemain Zimbabwe :

1) GK Tapuwa Kapini
2) MF Clement Matawu
3) MF Esrom Nyandoro
4) DF David Kutyauripo
5) DF Peter Obert Moyo
6) DF Zvenyika Makonese
7) MF Joel Lupahla
8) MF Tinashe Nengomasha
9) MF Ovidy Karuru
10) FW Quincy Antipas
11) FW Gilbert Mushangazhike
12) DF Zhaimu Jambo
13) FW Cuthbert Malajila
14) DF Onismor Bhasera
15) DF James Matola
16) GK Energy Murambadoro
17) MF Pride Tafirenyika
18) DF Method Mwanjal

0 Komen Anda: