Mudah atasi Natalie; Azlan dapat gangsa lawan tarik diri kerana cedera
SUNGGUH pun ia hanya emas Sukan Dunia, kejayaan ratu skuasy negara, Nicol David meraih pingat emas di Kaoshuing, Taiwan, semalam, mencipta sejarah pemain pertama mengekalkan emas dalam temasya itu.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bela Diri Chung Cheng, Nicol menghabiskan hanya 38 minit untuk mengenepikan musuh tradisi, Natalie Grinham 11-6, 11-8, 11-6.
Kemenangan itu adalah yang kedua buat Nicol selepas pertama kali meraih emas pada temasya sukan yang sama di Dusiburg, Jerman, empat tahun lalu.
Skuasy mula dipertandingkan di Sukan Dunia, temasya untuk acara yang tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik, di Lahti, Finland pada 1997, dengan emas dimenangi mentor Nicol, Sarah Fitz-Gerald dari Australia.
Pingat emas tunggal negara dan tiga gangsa setakat ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke-23 di depan negara jiran, Thailand (26).
Tiga lagi gangsa Malaysia disumbangkan jaguh skuasy lelaki negara, Mohd Azlan Iskandar yang tidak perlu mengangkat raketnya apabila lawannya, Stewart Boswell menarik diri akibat kecederaan di separuh akhir kelmarin dan Adrian Ang dalam acara perseorangan lelaki dan beregu bersama-sama Zatil Iman Abd Ghani.
Pemilihan bagi menentukan sama ada skuasy antara dua daripada tujuh sukan yang bakal disenaraikan pada Sukan Olimpik 2016 bakal ditentukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada kongres badan induk sukan dunia itu yang dijadualkan Oktober depan.
0 Komen Anda:
Catat Ulasan