CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 18 Disember 2008

FAM perlu ambil iktibar, berani buat perubahan drastik


Hingga ke detik ini , kegagalan skuad kebangsaan dalam saingan Piala Suzuki Persatuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) masih terus diperkatakan dan timbul pelbagai andaian dan teori mengenai punca kegagalan itu.

Dalam era dunia tanpa sempadan kini, peminat juga berpeluang mengikuti setiap perkembangan pasukan itu dan meluahkan rasa hati mereka di dalam furom internet dan akhbar, kebanyakannya berbaur negetif dan menguris hati.

Malah penulis sendiri berasa hairan apabila melihat corak permainan skuad negara pilihan B. Sathiananthan yang lebih ramai menggunakan khidmat pemain senior, begitu kaku dan kurang menyengat di atas padang yang kurang bermutu.

Di manakah lagi pemain bawah 19 tahun bimbingan K Rajagopal yang pernah beraksi bersama-sama Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abdul Razak dan Kyril Muhymeen Zamri suatu ketika dulu?

Jika diikutkan kepada teori dan logika , pemain daripada skuad inilah yang sepatutnya menjadi sebahagian besar pemain, bersama-sama dengan beberapa senior yang masih berkeupayaan dan mempunyai semangat juang tinggi mengibar cabaran negara.

Memang perdebatan ini tidak sampai kepenghujungnya tetapi terlalu kecil pemain dari Skuad Rajagopal itu, pasti ada yang tidak kena kepada sistem pelapis yang kita amalkan pada masa ini.

Pun begitu, masih ada segelintir yang memberi pendapat positif, menandakan mereka masih menyayangi skuad bola sepak kebangsaan dan berharap dapat melihat kebangkitan dalam tempoh terdekat ini selepas episod kegagalan di Phuket.

Penulis tidak berniat menuding jari ke mana-mana pihak atas kegagalan itu kerana sampai bilapun, hujjah mengenai siapa yang betul dan siapa yang salah ini, tidak akan berakhir. Ibarat teori yang cuba mencari jawapan terhadapa mana lebih dulu, ayam atau telur.

Dan jika tidak terkawal atau terlalu mengikut emosi, perdebatan mengenai kegagalan itu akan memburukkan keadaan dan psikologi pemain sendiri, lantas terus membelenggu bakat yang mereka ada untuk cuba mengembalikan era kegemilangan bola sepak negara seperti yang pernah kita kecapi suatu masa dulu.

Dengan ranking yang pastinya kembali merundum berikutan kegagalan di Phuket, mahu tidak mahu Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) juga perlu bersikap lebih terbuka, sama ada dari pihak pengurusan pentadbiran, jurulatih mahupun pemain sendiri.

Yang penting ialah kita mengambil pengajaran dan iktibar daripada kegagalan itu dan berani membuat perubahan drastik, sekalipun ia mungkin bertentangan dengan amalan yang sudah menebal dalam diri kita ataupun mungkin menguris ego pihak tertentu.

Dalam pada itu, penulis berharapa ada keceriaan bakal dibawa pemain badminton negara yang memulakan perjuangan mereka dalam Masters Final Siri Super Dunia di Kota Kinabalu yang bermula hari ini, untuk sekurang-kurangnya mengubati rasa kecewa skuad bola sepak itu, dan menutup kalender antarabangsa dengan nota mengembirakan.

0 Komen Anda: