CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 8 Disember 2008

Atlit pelapis perlu pendedahan antarabangsa

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia


Persatuan Badminton Malaysia

Persatuan Lumba Basikal Malaysia

Sekurang-kurangnya tiga persatuan sukan kebangsaan mengintai pingat pada tamasya Sukan Olimpik London 2012, seperti yang diharap Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Pembangunan Sukan baru-baru ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Lumba Basikal Malaysia (MNCF) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAM) yang mengintai pingat itu memang rasional dan bersebab.

BAM sudah menempah sejarah, misalnya menguntip pingat perak melalui Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik Beijing 2008, Sementara NAM hampir memenangi pingat melalui tiga serangkai Cheng Chua Sian, Marbawi Sulaiman dan Wan Khaimizam Wan Abdul Aziz pada tamasya sukan itu.

Pencapaian negara dalam acara lumba basikal nampaknya lebih terserlah bagi acara jalan raya daripada kelayakkan pelumba kita pada Kejohanan Bawah Umur 23 Tahun Dunia, petanda baik ke arah kejayaan lebih cemerlang menjelang 2012, biarpun belum ada pelumba berjaya pada Olimpik.

Biarpun begitu, ketiga-tiga persatuan nampaknya sudah mengatur program mealui modus operandi hebat bagi mendapat pingat seperti harapan Kementerian Belia dan Sukan. Misalnya, NAM diberitakan akan menghantar enam pemanah barisan pelapis awal tahun depan bagi mendapatkan pendedahan awal pada tahap antarabangsa.

Mereka akan menyertai Festival Olimpik Remaja Australia di Sedney, Januari depan.

Langkah bijak itu perlu dicontohi BAM dan MNCF kerana atlit yang ada kini belum pasti dapat menunjukkan prestasi secemerlang sedia ada dalam tempoh empat tahun akan datang.

Ertinya, mencungkil bakat baru bagi ketiga-tiga acara berkenaan perlu dibuat mulai sekarang.

Tidak keterlaluan dikatakan, negara pada 2012 nanti tidak dapat menyandarkan harapan kepada Chong Wei, Wong Mew Choo dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

Pasangan beregu muda negara, Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari dapat menyinar harapan.

Apa kata pihak berwajib khusus Persatuan Skuasy Malaysia kini mulai berusaha gigih dan giat melobi London selaku tuan rumah Olimpik 2012 agar memasukkan sukan itu sebagai acara baru.

Kekuatan negara memang terserlah dalam acara itu, seperti dibuktikan Datuk Nicol David yang mengungguli satu demi satu kejohanan 2008 sehingga dinobat pemain nombor satu dunia.

London rasanya tidak keberatan jika skuasy diselitkan sama kerana mereka juga ada kekuatan yang tersendiri dalam acara berkenaan.

Peruntukkan dana besar diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan program intensif bagi membentuk barisan pelapis persatuan sukan dalam tempoh yang relatif lama itu.

Dalam hubungan ini, penubuhan Tabung Sukan Negara dirasai wajar dan perlu sekali gus kena pada tempatnya.

Tabung cadangan berkenaan pasti dapat mengumpul dana yang besar seandainya setiap rakyat sekurang-kurangnya menyumbang seringgit, jika mereka prihatin dengan peningkatan mutu sukan negara.

Kecermerlangan mutu sukan negara tanggungjawab bersama.

Mutu sukan yang terbilang pasti mengharumkan nama negara pada pandangan dunia antarabangsa.

0 Komen Anda: