CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 10 Januari 2009

'Fantasi' Daren diakhiri Gade

AKSI Chong Wei ketika menumpaskan Simon Santoso di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.


Chong Wei kian hampiri matlamat selepas ketepikan Simon menerusi tiga set

Chong Wei kian hampiri matlamat selepas ketepikan Simon menerusi tiga setCERITA 'fantasi' Liew Daren dinoktahkan Peter Gade. Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui pula tumbang buat kali ke-11 berturut-turut kepada beregu veteran China, Yang Wei-Zhang Jiewen ketika Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sengsara ditumpaskan lawan dari Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Young Dae, malam tadi.

Lantas, seperti biasa, harapan kini terpaksa digalas bersendirian oleh pemain utama negara, Lee Chong Wei yang kian menghampiri matlamat merangkul gelaran kelima Terbuka Malaysia dalam tempoh enam tahun selepas mengungguli pertentangan tiga set ke atas lawan dari Indonesia, Simon Santoso.

"Saya belum sampai ke tahap terbaik mampu dihasilkan. Tetapi ujian getir dijelmakan Simon adalah sesuatu yang bagus kerana ia memberi peluang untuk saya cuba menangani tekanan dalam situasi genting," katanya.

Kejayaan 21-15, 16-21, 21-11 miliknya itu adalah kemenangan tiga set kedua berturut-turut, selepas dia sebelumnya mengatasi lawan dari Vietnam, Nguyen Tien Minh - juga menerusi cara sama. "Saya harap penyokong akan hadir untuk terus menyokong saya, walaupun hanya saya sahaja tinggal di saingan separuh akhir. Saya akan cuba pastikan bendera Malaysia terus tegak berdiri pada Terbuka Malaysia di gelanggang sendiri," tegasnya.

Daren pula akur betapa jurang di antaranya dengan Gade jelas ketara ketika dipaksa menelan pahitnya kekecewaan kecundang 12-21, 14-21.

0 Komen Anda: