CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 28 Januari 2009

NOTIS MESYUARAT EGM

Salam Sejahtera,

Ahli dan Rakan Famemas,

Disertakan bersama ini yang berikut berhubung perkara diatas:

1. NOTIS EGM DAN CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG FAMEMAS
2. NOTIS AGM DAN AGENDA
3. BORANG PENCALONAN EXCO FAMEMAS 2009


EGM (dan seterusnya AGM) akan diadakan seperti berikut:

Hari: Sabtu 21 Februari 2009

Masa: 2 petang – 4 petang

Tempat: Bilik OCM 1, Aras G, Wisma OCM (Majlis Olimpik Malaysia), Jalan Hang Jebat KL

Pakaian: Baju Kuning FAMEMAS

Jamuan minum petang dan Majlis Mesra Tahun Baru Cina disediakan selepas EGM dan AGM

Harap dapat membaca notis yang dikepilkan secara teliti.

Pencalonan untuk jawatan EXCO adalah dibuka sehingga 14 Februari 2009 dan diharapkan ramai menawarkan diri untuk berkhidmat. 

Hanya ahli yang berdaftar dan membayar yuran keahlian layak mengundi dan menjadi calon. Untuk mengetahui status keahlian anda, email famemas@gmail.com

Sekian, semoga anda semua menjalankan tanggungjawab anda sepenuhnya sebagai ahli Famemas, sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr. Lee di 012-3293378 atau email famemas@gmail.com

SEMOGA JUMPA DISANA

MALAYSIA BOLEH!

KELAB FAMEMAS KL & SELANGOR

NOTIS MESYUARAT EGM

Keterangan mengenai pindaan dan tambahan kepada Undang-Undang Kelab:

1. Pindaan alamat Fasal 2 (2) 

Meluluskan alamat dan nombor hubungan Kelab daripada:

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
3B-9-7 Level 9, Block 3B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5, 50470 KL Sentral Kuala Lumpur

kepada:

Kelab Famemas KL dan Selangor
31, Jalan Bukit Rahman Putra 4/8
Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No telefon: 012- 329 3378
No fax: 03-6156 1075
Email: famemas@gmail.com
Web: www.famemas.blogspot.com / www.famemas.org.my 

2. Pindaan Fasal 3: Logo

Meluluskan logo baru Kelab menggantikan logo lama seperti berikut dengan rasionalnya: (Logo baru akan diluluskan selepas 3 Februari 2009 dan akan dipamerkan semasa EGM)


3. Pindaan Fasal 5 Keahlian – permohonan menjadi ahli (Fasal 5i(b))

Meminda Fasal 5(i)(b) kepada berikut:
“Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha dan dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebab tertentu.”

4. Tambahan Bayaran Masuk dan Bayaran Lain (Fasal 6)

Menambah yang berikut sebagai Fasal 6(3)
“Setiap ahli hendaklah membuat bayaran Yuran Tahunan sebanyak RM5.00 bagi setiap tahun kalendar dan jumlah ini hendaklah dijelaskan sebelum 30hb April bagi setiap tahun.”

5. Tambahan Fasal 7: Pemberhentian dan Pemecatan Ahli

Menambah yang berikut sebagai Fasal 7 (3)
“Mana-mana ahli yang gagal membayar Yuran Tahunan RM5.00 setiap tahun sebelum 30hb April setiap tahun untuk memperbaharui keahliannya seperti dalam Fasal 6(3) diatas dan setelah diberi surat peringatan dan makluman secukupnya akan dilucutkan keahliannya selepas mendapat persetujuan majoriti di mesyuarat Jawatankuasa”

6. Pindaan Fasal 8 (1) Mesyuarat Agung

Meminda yang berikut:
“Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.”

7. Tambahan Fasal 9 Jawatankuasa – pemilihan setiap dua tahun dan perlantikan Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari

Menambah Fasal 9 (2)(a)
“Pemilihan ahli jawatankuasa yang tersebut dalam Fasal 9(1) hendaklah dijalankan setiap dua tahun. Calon-calon yang dipertimbangkan untuk menduduki jawatankuasa hendaklah menjadi ahli Kelab selama 2 tahun berturut-turut sebelum boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon dan seterusnya menduduki mana-mana jawatan dalam Jawatankuasa”

Menambah Fasal 9(2)(b)
“Seorang Penolong Setiausaha dan Seorang Penolong Bendahari boleh dilantik oleh Jawatankuasa untuk membantu dalam menjalankan tugas Jawatankuasa dan ianya perlu dilantik setiap dua tahun sekali”

8. Pindaan Fasal 12 (1) Pemeriksa Kira-Kira

Meminda Fasal 12 (1)
“Dua orang ahli biasa yang bukannya Pegawai Kelab “dengan keahlian bersama Kelab melebihi 2 tahun berturut-turut” boleh” hendaklah” dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu “ dua tahun” dan boleh dilantik semula”

OCM Weekly Highlights - 25th January 2009

OCM Weekly Highlights
25th January 2009

OCM Official Website: www.olympic.org.my


Coming Events

151st OCM Council Meeting – 7th February 2009 at 9.30 a.m. at Conference Room, Ground Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur.
OCM Sports Goodwill Ambassadors Annual Gathering – 7th February 2009 at 11.30 a.m. at Conference Room, Ground Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur.

News Items

The OCM Board meeting held on 20th January 2009 decided on the following:-
• Approved the formation of the OCM Athletes Commission, with 6 members. Two of them, a male and a female will be co-opted as members of the OCM Executive Board and the OCM Council.
• Approved the following to be Chefs de Mission of Games in 2009:-
1st Asian Martial Arts Games – Encik Clement Soo, Secretary General, Malaysian Karate Federation.
1st Asian Youth Games – Puan Marina Chin, Headmistress, Bukit Jalil Sports School (her appointed was made and approved in 2008).
2nd Islamic Solidarity Games – Y.Bhg. Tan Sri Nordin Hassan, Board Member, National Sports Council.
3rd Asian Indoor Games – Encik N. Shanmugarajah, Secretary General, Malaysian Gymnastics Federation. 
• Selected Encik K. Thevaraj, National Judo Coach, to apply for the Olympic Solidarity Coaches Scholarship to attend a Judo Coaches Course at the International Coaches Course at the University of Budapest, Hungary.
• Approved the priority order for the participation of Games to be as follows:
1st Priority – Olympic Games, Asian Games, Commonwealth Games, SEA Games.
2nd Priority – Youth Olympic Games, Commonwealth Youth Games, Asian Youth Games.
3rd Priority – Asian Indoor Games, Asian Beach Games, Asian Martial Arts Games, Islamic Solidarity Games, etc.
• Limit the number of participants of the 12th National Olympic Youth Session to 50 with 20 from NSAs, 20 from overseas and 10 from local universities. Reminded NSAs to send their representatives to participate in the above Youth Session. 
• Approved the Volunteer Recognition Scheme of Grass-Roots sports coaches under OCM Sports Goodwill Ambassadors Programme to be as follows:
The coaches should be volunteers, who receive no salaries or collect fees/payments for the services they provide.
The coaches should be involved at grass-roots development of young athletes.
Weightage would be given to coaches who provide their services in rural or small towns.

NSAs and all those who know of any volunteer grass-roots coaches who deserve recognition, please submit their names and brief backgrounds of their involvements sports development to the Olympic Council of Malaysia, by fax (603-27152801) or email (nocmas @ tm. net. my) or my mail (Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur on or before 5th February 2009.

Gong Xi Fa Cai

The Office Bearers and members of OCM wish to extend their greetings to all Chinese members of OCM, NSAs, Sponsors, Media, and etc., Gong Xi Fa Cai for the Year of the Ox. 

Virtual Olympic Congress

The deadline for the submission of contributions to the Virtual Olympic Congress has been extended to 28th February 2009. If you have not yet made your contribution to the Virtual Olympic Congress please do so immediately by registering at http://www. 2009 congress. olympic.org/en/Pages/default. aspx

FAM kena proaktif bangunkan jati diri skuad negara


MESYUARAT Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka berlangsung, 1 Februari. Kali ini kita mengharapkan FAM mengambil beberapa langkah yang boleh memberi impak besar kepada kemajuan bola sepak negara yang kian lesu. 

Bagi membolehkan martabat bola sepak negara dipulihkan, FAM tidak mempunyai pilihan selain mengambil beberapa tindakan yang mampu memberi kesan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Persatuan Bola Sepak Negeri (FA negeri) dan pasukan yang bertanding dalam Liga-M. 

Berikut cadangan lima agenda penting yang memerlukan penelitian FAM:

• FAM dan FA negeri perlu kembali mengukuhkan pembangunan bola sepak pada peringkat akar umbi. FA negeri tidak boleh terus lesu memandangkan mereka adalah pengantara kepada FAM dari segi membangunkan bakat baru bola sepak negara. 

Tidak mustahil akan lahir lebih ramai Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Syukor Salleh, Soh Chin Aun dan R Arumugam jika FA negeri lebih proaktif dalam soal penubuhan akademik bola sepak yang mengumpulkan bakat pada peringkat remaja, mengukuhkan kedudukan kewangan persatuan melalui penajaan dan pengiklanan, memantau hala tuju pemain remaja pada peringkat sekolah dan menyusun semula pengendalian liga bola sepak peringkat daerah. 

Sesuatu perlu dilakukan supaya liga pada peringkat negeri dan daerah diberi nafas baru agar menjadi lubuk yang melahirkan pemain berkaliber. Pengurusan pertandingan liga peringkat negeri dan daerah yang seragam dengan tumpuan terhadap format pertandingan, bantuan kewangan, kejurulatihan, sistem ganjaran kepada pemain, umur pemain, panel penilai dan sebagainya perlu menjadi satu daripada agenda penting FAM.

• FAM juga patut memikirkan apakah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan jati diri, sikap dan semangat cintakan negara di kalangan pemain kebangsaan. FAM boleh mengambil model Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi mengolah satu program tahunan yang khusus dengan kandungannya menjurus kepada aktiviti fizikal, khidmat masyarakat, motivasi dan sebagainya. 

Ini perlu untuk melahirkan pemain yang bukan saja berbakat dari segi permainan, malah pemain yang mempunyai semangat cintakan negara dan tidak hanya mengharapkan ganjaran semata-mata. 

Latihan pusat juga tidak seharusnya tertumpu kepada soal kecergasan, taktikal dan skil semata-mata tetapi disulami dengan program yang boleh meningkatkan fokus, komitmen dan motivasi pemain. Dengan semangat dan jati diri yang mantap, pemain bola sepak Malaysia akan lebih popular kerana kehebatan di atas padang, bukannya hebat kerana gaya rambut, digosip dengan artis atau masalah peribadi. 

• FAM perlu mengambil pendekatan mendidik pemain negara supaya menjadi ahli sukan yang lebih sempurna. Seseorang pemain yang mempunyai bakat belum tentu akan bertahan lama jika tidak tahu mengurus diri sendiri. Oleh itu, pemain perlu didedah dan dididik dengan aspek pemakanan sebagai ahli sukan, pengukuhan disiplin diri, penjagaan kesihatan, latihan kendiri, motivasi diri, kesedaran terhadap masa depan dan sebagainya. Semua ini boleh menjamin pemain untuk kekal lebih lama dari segi prestasi seperti pemain pada zaman lampau.

• FAM perlu menumpu perhatian terhadap aspek kejurulatihan. Sudah sampai masanya FAM menimbang untuk mengambil semula jurulatih dari luar negara. Namun, pemilihan jurulatih baru perlu dibuat dengan berhati-hati supaya jurulatih yang diambil jauh lebih baik daripada Alan Harris atau Bertalan Biskei. 

Kita tidak mahu seorang jurulatih yang apabila kalah mula mencari kesalahan orang lain. Di samping itu, FAM dan FA negeri perlu mengadakan program pemantapan jurulatih secara berkala untuk memastikan jurulatih tempatan mempelajari ilmu baru. 

Wujudkan Projek Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Jika semua pihak dapat memainkan peranan yang berkesan dan tidak hanya pandai menuding jari mencari kesilapan, tidak mustahil pasukan Malaysia akan beraksi di pentas pusingan akhir Piala Dunia FIFA suatu hari nanti. 

• FAM patut melaksanakan penanda aras untuk mengenal pasti kejayaan kepada sesebuah pasukan bola sepak. Ia boleh dilaksanakan dengan memilih sebuah pasukan bola sepak kebangsaan di Asia seperti Jepun atau Korea Selatan yang bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia FIFA. Kaji faktor yang membawa kejayaan kepada pasukan bola sepak negara berkenaan. 

Khamis, 22 Januari 2009

Wakil Famemas Berjumpa Menteri Belia dan Sukan

Hadapan bangunan Kementerian Belia dan Sukan

Di dalam bilik menunggu ada baju Famemas

En. Hafidz menerangkan aktiviti Famemas kepada Dato Sri Ismail Sabri

Suasana perbincangan

En. Lee Hui Seng menerangkan sesuatu kepada Menteri Belia dan Sukan

Dato Sri yang sungguh tertarik dengan penerangan Setia usaha Kelab

Ahli Jawatan Kuasa Famemas bergambar kenangan dengan Dato Sri Ismail Sabri

Semalam ahli jawatan kuasa Famemas yang diketuai oleh En. Lee Hui Seng, David Foo, Hafidz dan Zuldean telah membuat kunjungan hormat dengan Menteri Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Ismail Sabri di pejabatnya di bangunan KBS, Putrajaya.

Antara agenda yang dibincangkan ialah memohon KBS memberi pengiktirafan Kelab Famemas sebagai penyokong rasmi kepada atlit-atlit negara yang bertanding di peringkat antarabangsa..

Famemas juga memohon sokongan penuh daripada KBS untuk mendapatkan penaja untuk aktiviti-aktiviti kelab pada masa-masa akan datang.



Selamat Tahun Baru Cina & Masyuarat AGM Famemas


Ahli dan Rakan Famemas,

Harap dapat tandakan jadual anda dan hadir pada 21 Februari 2009 di Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, KL pada 2 petang untuk EGM dan AGM Famemas

Notis mesyuarat EGM, AGM beserta dengan borang pencalonan EXCO Famemas untuk penggal baru akan diedarkan kelak.

Famemas ingin mengambil peluang mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua yang merayakannya, Hati-Hati Di Jalanraya dan Sambutlah bersama dengan Meriah.

Ikhlas,

Kelab Famemas KL & Selangor

Malaysia 0, UAE 5

Aksi pasukan Malaysia malam tadi

Malaysia dihukum dalam saingan awal kelayakan Piala Asia

GAMBARAN wajah duka terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan yang tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. 

Kekecewaan itu terjelma angkara beberapa kesilapan yang bingkas dihukum lawan, biarpun gambaran awal menampakkan petanda menggalakkan dengan penguasaan pada tempoh 25 minit, ketika UAE sekadar mengancam menerusi cubaan jarak jauh sepanjang tempoh itu.

Satu cubaan sebegitu menyaksikan palang gol negara bergegar pada minit ke-15 menerusi cubaan Ismail Salem Ismail Saeed sebelum Zaquan Adha menyaksikan rembatannya, selepas pergelutan dalam kawasan penalti lawan empat minit kemudiannya, terkena jaring sisi. 

Namun kecuaian pada minit ke-28 menyaksikan umpanan Ismaeil Matar lolos di celah-celah kaki benteng negara untuk Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi meluru dan merembat menewaskan penjaga gol, Syamsuri Mustafa. 

Skuad negara cuba melawan tetapi usaha itu dihancurkan pengadil, Benjamin Williams yang menganugerahkan penalti buat lawan pada minit ke-44 selepas Ismail Salem menjatuhkan diri selepas sekadar berselisih dengan Hardi Jaafar. Mohamed Omar tidak tersilap menyempurnakan anugerah itu.

Daripada gerak serang balas pantas yang menyusul, Malaysia mendapati diri ketinggalan 0-3 apabila umpanan lintang Mohamed Saeed Rashed disambut Ismaeil Matar buat menggamamkan Syamsuri, seminit kemudian. 

Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat UAE pada minit ke-75. 

Sentuhan pertama pemain gantian, Ahmed Khalil Sebait Mubarak, menyaksikannya merembat masuk gol kelima UAE pada minit ke-85 buat melengkapkan sengsara skuad negara. 

Malaysia: Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah, V Thirumurugan, Aidil Zafuan Adha, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Amirulhadi Zainal (Hairuddin Omar), Zaquan Adha (Mohamad Ashari Samsuddin), Safee Sali.

Maklumat Penting!!

Salam Sejahtera,

Kami di Famemas amat mengalu-alukan penyertaan anda sebagai ahli baru Kelab Famemas KL & Selangor (FAMEMAS). Pelbagai aktiviti telah dan akan dirancang untuk kesemua ahli dan pihak Kelab mengharapkan penyertaan sebaik mungkin dari anda.

Aktiviti akan datang adalah mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luarbiasa Famemas yang akan diadakan pada 21 Februari 2009 di Wisma OCM pada pukul 2 petang. Notis penuh mesyuarat dan segala aktiviti akan datang akan dihubungkan kepada anda melalui email.

Terima Kasih atas penyertaan anda
Semoga berjumpa di aktiviti akan datang

MALAYSIA BOLEH!
FAMEMAS BOLEH!

Ikhlas dari FAMEMAS

Selasa, 20 Januari 2009

Pemain muda bola sepak mampu bawa kemenangan

FAM dan B Sathianathan masih mengharapan pemain yang sama

SELEPAS gagal dalam piala Suzuki, jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan sekali lagi diberi peluang menyiapkan pasukan 'mi segera' untuk menghadapi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pertemuan sulung Kumpulan C aksi Kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok. 

Apa yang menyedihkan saya, pemilihan pemain oleh FAM dan Sathianathan. Setiap kali ada kejohanan pemain sama diturunkan. Untuk pengetahuan Sathianathan dan FAM, penyokong sudah muak melihat barisan pemain yang diturunkan. 

Penyokong tempatan juga sudah boleh mentafsir apa yang ada dalam minda Sathianathan setiap kali diberi cabaran menggalas harapan negara, nama berikut tidak pernah tercicir iaitu Nizaruddin Yusof, Shukor Adan, Rosdi Talib, Khairudin Omar dan Fadzli Shaari.

Apakah kelebihan Nizaruddin berbanding Liew Kit Kong? Apa pula kelebihan Shukor Adan dan Fadzli Shaari berbanding Norfarhan Mohamad? Di mana pula kelibat Harris Safwan Kamal yang lincah, hilangnya Farderin Kadir yang begitu berbisa membawa KM Naza ke persada Liga Perdana? 

Mengapa pula pemain dipilih daripada pasukan yang menghuni dasar liga? Fadly Baharom juga adalah pemain muda yang paling banyak menjaringkan gol ketika beraksi di Liga Malaysia 2007/2008, mengapa pemain seperti beliau tidak dipilih? 

Azi Shahril juga tidak ada dalam kem Malaysia ketika ini. Sudah sampai masanya negara menurunkan pemain muda yang jauh kudratnya dan tahan lama di padang berbanding pemain senior.

Adakah usia jurulatih mempengaruhi pemilihan pemain? Jika begitu, lantik jurulatih muda dan memahami permainan bola sepak masa kini. 

Isnin, 19 Januari 2009

Exco Meeting No. 8

Keh Pin Tat

Nicholas 

Mingsen

Yusnita

Bryan Lee

Hafidz

Dorairaj

Lee Hui Seng

Exco Meeting

Exco Meeting No. 8:

Date: Saturday 17 January 2009
Time: 3pm - 5pm
Place: Cobra Club, PJ

Agenda:

1. Presentation of Previous Minutes
2. Treasurer's Report
3. Meeting with Minister of Youth and Sports
4. AGM / EGM and CNY Get Together, Details for Nomination for new Excos
5. Logo judging
6. Bowling
7. Membership New Brochure
8. SEA Games Sponsorship
9. Any Other Matters

OCM Weekly Highlights - 18th January 2009

OCM Weekly Highlights 
18th January 2009

OCM Official Website: www.olympic.org.my

Coming Events

17th OCM Executive Board Meeting – 20th January 2009 at 4.30 p.m. at OCM Boardroom, 1st Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur
151st OCM Council Meeting – 7th February 2009 at 9.30 a.m. at Conference Room, Ground Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur.
OCM Sports Goodwill Ambassadors Annual Gathering – 7th February 2009 at 11.30 a.m. at Conference Room, Ground Floor, Wisma OCM, Kuala Lumpur.

News Items

The 5th Australian Youth Olympic Festival 2009

On 12th January 2009, Y.Bhg. Dato’ Zolkples Embong, Director General, National Sports Council of Malaysia officially handed the Jalur Gemilang to Encik Jefri Ngadirin at National Sports Council of Malaysia, the Chef de Mission of the Malaysian Contingent to the 5th Australian Youth Olympic Festival

The 5th Australian Youth Olympic Festival was held in Sydney, Australia, from 14th to 18 January 2009. The Malaysian Contingent comprised of 41 boys and 25 girls, who competed in 8 sports, namely Archery, Diving, Track Cycling, Equestrian, Fencing, Artistic and Rhythmic Gymnastics, Hockey (Boys), and Shooting. There were 26 male and 5 female Team Officials. 

Congratulations to the Shooting team of the Malaysian Contingent for their excellent performance by winning 4 gold medals, 1 silver medal and 1 bronze medal. Archery won one silver medal, while the divers won 1 silver medal and 3 bronze medals.

The first group of 45 members of the Malaysian Contingent will depart from Sydney on Sunday night and will arrive in KLIA on Monday (19 January 2009) at 0530 hours, while the second group will leave Sydney on Monday afternoon to arrive back on Monday night at 2230 hours.

Games in 2009

In addition to the 5th Australian Youth Olympic Festival, the 1st Asian Martial Arts Games, the 1st Asian Youth Games The Olympic Council of Malaysia and its affiliates will be participating in the following Games in 2009:-

8th World Games 2009 

The 8th World Games will be held in Kaohsiung City, Chinese Taipei, from 16th to 26th July 2009. Founded in 1981, the World Games is recognized by the International Olympic Committee (IOC), and is held every four years, in the year following the Olympic Games. The sports included in the World Games are those which are not in the Olympic Games programme. There are over 30 sports in the World Games programme. The International Federations (IFs) of the sports are recognized by the IOC and are members of the General Assembly of International Sports Federations (GAISF). The IFs of each of the sports in the World Games programme have their own criteria for the selection of the athletes to participate in the World Games. Malaysian athletes, from sports such as Squash (Nicol Ann David, Ong Beng Hee), Tenpin Bowling (Shalin Zulkifli), Karate, DanceSport, etc, have participated in past World Games and have also won medals.

For the 8th World Games 2009, two Karate athletes, namely Lim Yoke Wai (Men’s Kumite below 65 kg.) and Yamini (Women’s Kumite below 60 kg.) have qualified for the 8th World Games. More Malaysian athletes are expected to qualify for the 8th World Games.

2nd Islamic Solidarity Games 

The 2nd Islamic Solidarity Games will be held in The Islamic Republic of Iran in the cities of Teheran, Isfahan and Mashhad from 16th to 30th October 2009, under the supervision of the Islamic Solidarity Sports Federation. The following 14 sports have been included in the programmes: Athletes (Men & Women), Aquatics (Men only in Swimming, Diving and Water Polo), Basketball (Men), Fencing (Men & Women), Football (Men), Handball (Men), Judo (Men), Karate (Men & Women), Shooting (Men & Women), Table Tennis (Men & Women), Taekwondo (Men & Women), Volleyball (Men), Weightlifting (Men) and Wrestling (Men only in Freestyle and Greco-Roman). In addition the following 5 Paralympic sports are also included, Football 5-a-side, Disabled table Tennis, Disabled Shooting, Sitting Volleyball and Wheel Chair Basketball. The sport of Zurkbanch is included as a demonstration sport. 

Malaysia participated in the 1st Islamic Solidarity Games held in Saudi Arabia from 8th to 20th April 2005, with a Contingent of 84 athletes and 47 officials, in 7 sports. Y.Bhg. Gen. (R) Tan Sri Dato’ Zain Hashim was the Chef de mission.
3rd Asian Indoor Games 

The 3rd Asian Indoor Games will be held from 30th October to 8th November 2009, Hanoi, Vietnam. There are a number of new sports which have been included in the 3rd Asian Indoor Games programme. 

One of the new sport is Women’s Defense, which is actually made up of the following 3 sports, Boxing (8 events), Shanshou (6 events) and Duilian (4 events). Other new sports are:-
• Fin Swimming – 8 events each for men and for women,
• Petanque – 2 events each for men and for women and one mixed, 
• Shuttlecock – 3 events each for men and for women and one mixed, 
• Indoor Archery – Recurve (2 events each for men and for women) and Compound (2 events each for men and for women),
• Pencak Silat – Tanding (8 events for men and 6 events for women) & Seni (2 events each for men and for women), 
• Kurash – 6 events for men and 4 events for women,
• Vovinam – Combat (6 events for men and 4 events from women) and Technical Demonstration (4 events each for men and for women), 
• Billiards & Snooker – 10 events for men only,
• Tenpin Bowling – 3 events each for men and for women,
• Kick Boxing – 6 events for men and 3 events for women. 
• In addition Jujitsu & Beltwrestling are included as demonstration sports. In total there will be 23 sports and 234 events, with two demonstration sports. 

Sports from the 1st or 2nd Asian Indoor Games and are in the 3rd Asian Games are as follows:-
• Indoor Athletics – 13 events each for men and for women,
• Short Course Swimming – 15 events each for men and for women,
• Dance Sport – 10 mixed events,
• Hoop Takraw – 1 event each for men and for women,
• Kabadi – 1 event each for men and for women,
• E-sport – 6 mixed events,
• Sport Aerobics – 1 event each for men and for women,
• Chess and Chinese – 2 events for men and for women for each sport,
• Futsal – 1 event each for men and for women,
• 3 on 3 Basketball – 1 event for men and for women,
• Muay – 8 events for men and 3 events for women,
• Lion & Dragon Dance – 6 events for men.

25th SEA Games 2009 

The 25th SEA Games to be held in Vientiane, Laos, from 9th to 18th December 2009. There will be 26 sports and 390 events in the Games programme. The sports are Aquatics (Swimming, Diving & Water Polo), Athletics, Archery, Badminton, Billiards & Snooker, Boxing, Cycling (Road & Mountain Bikes), Football, Golf, Judo, Karate, Sepaktakraw, Shooting, Soft Tennis, Table Tennis, Taekwondo, Tennis, Volleyball, Weightlifting, Wrestling, Wushu, Fin Swimming, Muay, Pencak Silat, Petanque and Shuttlecock.

Virtual Olympic Congress

The deadline for the submission of contributions to the Virtual Olympic Congress has been extended to 28th February 2009. If you have not yet made your contribution to the Virtual Olympic Congress please do so immediately by registering at http: //www. 2009 congress. olympic.org/en/Pages/default.aspx 

Impian Chong Wei Tidak Kesampaian

IMPIAN Lee Chong Wei untuk bergelar pemain negara pertama mengungguli perseorangan lelaki Siri Super Terbuka Korea Selatan tidak kesampaian apabila kecundang pada saingan final, semalam. 

Kegagalan untuk merangkul dua gelaran berturut-turut itu - selepas kejayaan Terbuka Malaysia minggu lalu - terjelma angkara kekalahan kepada jaguh veteran Denmark, Peter Gade menerusi pertentangan sengit tiga set, 18-21, 21-10, 17-21. 

Namun, ia jelas tidak menerbitkan bimbang Chong Wei yang meluahkan rasa puas hati kerana berjaya melakarkan pencapaian terbaik selepas dua kali tersekat pada suku akhir sebelumnya.

"Saya terima kekalahan ini. Lagipun, Peter bermain dengan amat bagus. Dia tidak memberi ruang yang banyak untuk saya menyerang. Permainannya di jaring juga baik. 

"Secara keseluruhannya, saya puas hati kerana inilah pencapaian terbaik pada Terbuka Korea. Ini juga harus jadi persiapan terbaik saya sebelum Seluruh England nanti," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Chong Wei juga punya alasan untuk tambah bergembira selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Fairplay buat kejohanan kali ini.

Apa yang jelas, Gade - lawan yang ditewaskan dalam separuh akhir Terbuka Malaysia - beruntung selepas mendapat kemenangan percuma pada separuh akhir dan memanfaatkan kelebihan itu dalam pertarungan selama 53 minit itu. 

Kedua-duanya bersaing sengit pada set pertama sebelum Gade menang 21-18 dan Chong Wei tampak seolah sudah menjumpai sentuhan terbaik apabila menenggelamkan lawan dari Denmark itu dalam laluan menang set kedua 21-10. 

Tetapi permainan kemas serta faktor lebih cergas membantu Gade untuk menyerap asakan Chong Wei dan akhirnya menang 21-17 pada set penentuan. 

Tine Rasmussen berjaya mengungguli dua gelaran berturut-turut apabila menang perseorangan wanita mengatasi Pi Hongyan 21-19, 21-19 ketika Mathias Boe-Carsten Mogensen muncul juara beregu lelaki selepas mengatasi gandingan tuan rumah, Jung Jae Sung-Lee Young Dae 21-12, 24-22.

Ahad, 18 Januari 2009

Chong Wei Selangkah Raih Gelaran

Lee Chong Wei


MAHKOTA belum pernah dijangkaunya kini hampir dalam genggaman pemain utama negara, Lee Chong Wei, yang menjelmakan aksi penuh keyakinan buat layak ke final badminton Siri Super Terbuka Korea Selatan, semalam. Chong Wei - masih segar daripada kejayaan Terbuka Malaysia, minggu lalu - tidak bermasalah mengetepikan cabaran pemain Poland, Wacha Przemyslaw 21-17, 21-12 dalam tempoh 28 minit. Lawannya pada final hari ini ialah Peter Gade dari Denmark, yang mara gara-gara penarikan diri lawannya dari Indonesia, Simon Santoso.


Meneliti aksi dipamerkannya semalam, Chong Wei jelas berkeazaman untuk memulakan Siri Super tahun ini dengan gelaran berganda, tambahan pula Terbuka Korea Selatan sentiasa dianggap medan malang buatnya. Pencapaian terbaik Chong Wei sebelum kemaraan ke final kali ini - sejak kali pertama menyertai Terbuka Korea pada 2003 - hanyalah dua penampilan pada peringkat suku akhir. Gelaran juga akan mampu mengukuhkan dominasinya pada status pemain nombor satu dua sebelum turun memburu gelaran paling diidamkannya - Seluruh England - Mac nanti.


Sementara itu, Tine Rasmussen dari Denmark juga akan cuba merangkul gelaran kedua berturut-turut - selepas Terbuka Malaysia - apabila turun dalam final perseorangan wanita bertemu pemain Perancis, Pi Hongyan. Tine menewaskan pemain Hong Kong, Wang Chen 21-10, 21-11 untuk ke final ketika Hongyan mengejutkan pilihan utama, Zhou Mi, hasil kemenangan 23-21, 19-21, 21-12 dalam pertentangan sengit berlanjutan selama 59 minit. Beregu lelaki akan menyaksikan beregu tuan rumah, Lee Young Dae-Jung Jae Sung menentang lawan dari Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen ketika Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won bertemu gandingan Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin pada final beregu wanita. SEPARUH AKHIR SIRI SUPER TERBUKA KOREA SELATAN


Perseorangan lelaki: Lee Chong Wei (Mas) mn Wacha Przemyslaw (Pol) 21-17, 21-12; Peter Gade mn Simon Santoso (menarik diri) Perseorangan wanita: Tine Rasmussen (Den) mn Wang Chen (HK) 21-10, 21-11; Pi Hongyan (Per) mn Zhou Mi (HK) 23-21, 19-21, 21-12 Beregu lelaki: Jung Jae Sung-Lee Young Dae (Kor) mn Lars Paaske-Jonas Rasmussen (Den) 21-11, 21-7; Mathias Boe-Carsten Mogensen (Den) mn Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu (Tai) 21-16, 21-14 Beregu wanita: Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin (Tai) mn Gao Ling-Wei Yili (Chn) 21-15, 21-17; Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won (Kor) mn Yang Wei-Zhang Jiewen (Chn) 21-16, 18-21, 21-10 Beregu campuran: Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul (Tha) mn V Diju-Gutta Jwala (Ind) 21-19, 22-20; Lee Young Dae-Lee Hyo Jung (Kor) mn Yohan Hadikusumo-Chau Hoi Wah (HK) 21-16, 21-11

Sabtu, 17 Januari 2009

Chong Wei Garang di Korea


Tewas Sung-hwan kali kedua dalam seminggu untuk mara ke separuh akhir


PEMAIN perseorangan utama negara, Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran keduanya dalam Siri Super tahun ini, apabila meneruskan langkah ke separuh akhir Terbuka Korea, selepas menewaskan pemain tuan rumah, Park Sung-hwan 18-21, 21-7, 21-16 semalam. Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut pemain nombor satu dunia itu ke atas Sung-hwan selepas menang dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia, Ahad lalu.


Namun berbeza dengan kemenangan mudah di Kuala Lumpur, Chong Wei berdepan kesukaran mengawal rentak permainan pada set pertama semalam dan ia membolehkan Sung-hwan menewaskannya 21-18, sebelum menjelmakan kebangkitan. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menguasai sepenuhnya perlawanan di set kedua untuk menang 21-7, sebelum memastikan kemaraan dengan kemenangan 21-16 di set penentuan selepas pertarungan selama 59 minit. Menanti Chong Wei di separuh akhir hari ini ialah pilihan ketujuh dari Poland, Przemyslaw Wacha yang mara selepas menewaskan Chan Yan Kit dari Hong Kong dengan 21-16, 21-16.


Satu lagi pertemuan separuh akhir perseorangan lelaki adalah antara pemain veteran Denmark, Peter Gade dan Simon Santoso dari Indonesia. Gade mara selepas menewaskan seorang lagi pemain tuan rumah, Shon Wan-ho 21-13, 9-21, 21-17 manakala Simon mengesahkan tempat dengan menundukkan rakan senegaranya, Andre Kurniawan Tedjono 21-6, 21-8. Sementara itu, cabaran pasangan beregu veteran, Chong Tan Fook- Lee Wan Wah berakhir di suku akhir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Fang Chieh Min- Lee Sheng Mu dengan 21-14, 22-20.

Jumaat, 16 Januari 2009

Chong Wei ke Suku Akhir Terbuka Korea

Lee Chong Wei

Tan Fook-Wan Wah turut layak

LEE Chong Wei menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan apabila layak ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Korea selepas menewaskan pemain Thailand, Tanongsal Saensomboonsuk 21-14, 21-9 di pusingan kedua semalam. 

Chong Wei bakal berdepan pemain tuan rumah, Park Sung-hwan dalam saingan suku akhir hari ini, lawan yang ditemuinya di perlawanan akhir Terbuka Malaysia, Ahad lalu.

Mengiringi Chong Wei ke suku akhir ialah bekas beregu utama negara, Chong Tan Fook-Lee Wan Wah yang menewaskan pasangan Indonesia, Alvent Yulianto- Hendra Aprida Gunawan dengan 11-21, 21-16, 21-19. 

Menanti Tan Fook-Wan Wah di suku akhir ialah pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mui yang mara apabila mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan 21-10, 11-21, 21-18. 

Namun, satu lagi bekas pasangan naungan Persatuan Badminton Malaysia, Chan Chong Ming-Chew Chun Eng gagal meneruskan langkah selepas tewas di tangan pasangan tuan rumah, Han Sang-hon- Shin Baek-choel 16-21, 21-13, 20-22.

Terdahulu, Chong Wei menjadi satu-satunya perseorangan negara yang mara selepas Arif Latif dan Chong Wei Feng gagal meneruskan kemaraan apabila terkandas kepada lawan masing-masing semalam. 

Arif tewas di tangan pemain Indonesia, Andre Kurniawan Tedjono 12-21, 16-21, manakala Wei Feng tumbang kepada seorang lagi pemain Indonesia, Simon Santoso 13-21, 15-21. 

Turut tersingkir ialah Julia Wong yang ditewaskan pilihan ketiga dari Hong Kong, Wang Chen dengan 14-21, 21-15, 5-21. 

Khamis, 15 Januari 2009

Chong Wei dikerah Ji-Hoon

Lee Chong Wei

Juara Terbuka Malaysia mara pusingan kedua selepas mandi peluh

HALANGAN awal penuh keperitan terpaksa diharungi pemain utama negara, Lee Chong Wei sebelum berjaya menempah kemaraan ke pusingan kedua, badminton Siri Super Terbuka Korea Selatan, semalam. 

Turut sama mengatur langkah ialah dua pemain muda negara, Mohd Arif Latif dan Chong Wei Feng ketika Hafiz Hashim terus mendapati hasrat melangkah jauh terkubur pada pusingan pertama.

Namun, kebimbangan jelas membelenggu Chong Wei – juara Terbuka Malaysia minggu lalu – apabila selepas menang mudah set pertama 21-11, dia diberikan tentangan sengit dalam baki dua set oleh pemain muda tuan rumah, Hong Ji-hoon. 

Ji-hoon, dibantu sokongan padu penonton, berjaya menyaingi untuk menang set kedua 21-17 sebelum Chong Wei mempamer aksi lebih tenang dan tersusun untuk melengkapkan kemenangan set ketiga 21-15 buat menamatkan pertentangan selama 56 minit itu. 

Lawan Chong Wei pada pusingan kedua, hari ini ialah pemain Thailand, Tanongsal Saensomboonsuk yang menamatkan cabaran pemain muda negara, Pei Wee Chung 21-14, 21-11.

Arif melepasi halangan awal selepas menundukkan pemain India, Anand Pawar 21-14, 21-15 ketika Chong Wei Feng pula mengatasi pemain tuan rumah, Kim Sa Rang 21-15, 21-12 dalam tempoh 31 minit. 

Hafiz kalah kepada pilihan kelima dari Denmark, Joachim Persson 21-13, 21-12. Turut sama hampa pada halangan awal ialah Kuan Beng Hong yang ditumpaskan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-12, 21-16. 

Dua beregu, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng turut sama ke pusingan kedua, bersama-sama pemain wanita nombor dua negara, Julia Wong Pei Xian yang menang 21-9, 21-15 ke atas pemain India, Aditi Mutatkar.

Selasa, 13 Januari 2009

Celoteh Kepten Shafari - SLUMDOG MILLIONAIRE

Dear frens,

I agreed to some writers that the invasion of Israelis into Gaza is not the problems between Jews and Muslims but between 2 nations; Israel and Palestine. No matter what it is...Israelis must be condemned for being too brutal...many innocence lives were killed, maimed, shattered etc which in long term there'll be more human bombers, more jihad fighters cos there'll be revenge and hatred being sowed in those who are alive...witnessing how their loved ones being killed. So our next generation will see more and more bombings like the ones in Bali or New York or London. The cycle will keep on going... till when? ...end of human kind?

When we were cheering at Putra stadium yesterday, Gaza was being bombed..more and more people were killed. My 'Al Fatihah" to them.

Malaysia Open came to an end yesterday. Lee Chong Wei won. Famemas members who were there were so happy. We did our part. We cheer lead all in the stadium. It was fantastic to see nearly all in the stadium were clapping the thunder sticks or hands, moving their heads and stamping their feet to follow to our beat. It was just great! Malaysia BOLEH!

But then again and again..only a few veterans were there... muka yang sama.. others might be too busy with their own itineraries.

Oh yeah...MU beat Chelsea 3-0. I think it got to do something with Hadfidz went training at Stamford Bridge. He being a great fan of MU... and went there...and Chelsea lost! Ok Hadfidz.. apa u sudah buat? Chelsea fanatics and samsung..you better be careful of this type of ploy. heheheh...

We as human..at times when we are having the upper hand or advantage, we normally did not take it or use it. Maybe it is ignorance or just plain "tak kisah" type. It is like a woman being married..she is assuming that as a wife and mother to the kids, she feels secured, in the sense that the hubby would stick to her... then she slacks.. does not bother to care for herself, the house work and starting to ignore the feelings of the husband. It is a vice versa... lelaki pun sama. Later...the partner will get fed up and gradually the marriage breaks up. What I am trying to relate here is that we normally will regret when we do not make use of the opportunities that we had. It is only later that we realised..and then we started to regret...which is normally too late.

Yeah just this morning I got a call from a former GF of mine. We had known each other since 2000. We dated a few times. She studied in UK, a lecturer and still single till last November. She told me she got married to some one else's husband. Why am I regretting? Actually I am not ..it is only at that moment when I received that call. It is like..."Oh.. why didn't I take that advantage that I had before?" Yeah.. she wanted us to settle down but being me...to be frank I am afraid when a woman ajak kahwin... I am afraid to be a husband again.(though I know that this sort of chance would not come easily... maybe "tidak ada langsung" in future but...).

Now I am happy for her cos she is 46 and being a woman... the older she is ..syhhhh...just like kereta Jepun .. ... hehehe ... Hey I am joking ok. Dont take it seriously...

Ok Ok.. my lady frens.. please jangan marah...

So SLUMDOG MILLIONAIRE won 4 Golden Globe awards. Can you all recall the film's title which I wrote about 2 months ago...on Frieda Pinto? (Razlin's twin...) Well guys.. now Frieda Pinto is about to be famous and we'll be able to see more of her photos. Kalau tengok sekali...our Razlin looks like her...but kalau tengok dua kali... Frieda Pinto looks more like Razlin...heheheh and WARNING... jangan tengok 3 kali cos you all will definitely say that I am trying to pull everyone's legs... heheh...

Whatever it is...very surprising that a small budgeted film won that big..and maybe this is only a biginning for the major awards in the Oscars. Please see this movie when it comes to Malaysian theatres... about rags to riches story.

I heard that Famemas is holding its AGM after CNY, together with CNY gathering. Hopefully all Famemasians will turn up. The EXCO will decide the date, time and place. To start the ball rolling... let me start the campaign... MARIA SONG, CAPT ZAKI & JASON THIANG (NEW NOMINATIONS)to be in Committee besides DORAI, DAVID, LEE, HADFIDZ, NIC, ZULDEAN (INCUMBENTS).

So guys....pls be active cos Famemas is a very viable club for all of us.


Tq.


Capt...

Isnin, 12 Januari 2009

Terima Kasih Penyokong Malaysia

Mr. Jason orang kuat Famemas

Tok Moh bersama peminat kecilnya

Ayu datang dari Jauh iaitu Singapura

ZulDean

Palong datang dari site katanya

Mardost datang paling awal

Celoteh Kepten Shafari mengamatkan stadium

Hafidz membasahkan tekak setelah puas bersorak

Mr. Gan tidak henti henti bersorak

Dorairaj yang kerisauan tidak dapat masuk stadium

Mr. Lee Hui Seng, Priseden Famemas

Mr. Lee Hui Seng mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada penonton

Ahli Famemas yang paling muda dan paling bersemangat


Salam Sejahtera

Ahli dan Rakan Famemas,

Famemas ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli dan rakan FAMEMAS yang turut hadir di Malaysian Open 2009 baru-baru ini. Kehadiran anda semua dirasai semua di Stadium dan Y.Bhg. Datuk Lee Chong Wei sendiri amat menghargai sokongan kita semua seperti yang dinyatakan didalam akhbar dan media massa. Sehinggakan Juara Perseorangan Wanita, Tina Rasmussen menghargai sokongan kita dengan mengatakan beliau bermain seperti di gelanggang sendiri.

SYABAS FAMEMAS, Kehadiran FAMEMAS memastikan kegemilangan athlet kita!

Bersama ini disertakan sekali OCM Highlights bertarikh 11 Januari 2009 untuk tatapan semua.

TERUSKAN SOKONGAN ANDA UNTUK KEGEMILANGAN SUKAN MALAYSIA

FAMEMAS BOLEH

MALAYSIA BOLEH

Ikhlas dari

KELAB FAMEMAS KL & SELANGOR