Layak ke separuh akhir Terbuka Singapura
RATU skuasy negara, Nicol David kini berada dua langkah menghampiri gelaran ketiga berturut-turut di Terbuka Singapura apabila mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawannya, Laura Lengthorn-Massaro di suku akhir, malam tadi.
Pilihan pertama itu cemas seketika pada set kedua sebelum menang dua set seterusnya, 12-10, 7-11, 11-7, 11-7 ke atas pilihan ketujuh dari England itu.
Lawannya pada pusingan empat terakhir adalah pemain yang ditewaskan di final Terbuka Malaysia, Sabtu lalu, Alison Waters.
Pemain England itu diheret beraksi sehingga set kelima sebelum menewaskan rakan senegaranya, Jenny Duncalf, 9-11, 11-9, 11-13, 11-6, 11-9.
Satu lagi separuh akhir adalah pertemuan sesama adik beradik Grinham, Natalie dan Rachael.
Pilihan ketiga, Natalie menundukkan pilihan kelapan, Madeline Perry dari Ireland, 11-7, 11-6, 8-11, 11-9 manakala kakaknya menyekat kemaraan pilihan keenam dari Mesir, Omneya Abdel Kawy, 11-5, 13-15, 11-2, 11-4.
0 Komen Anda:
Catat Ulasan