CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 22 Ogos 2009

Celoteh Lee Hui Seng - Selamat Berpuasa

Lee Hui Seng

Negara kita masih di dalam keadaan kebimbangan tentang masalah H1N1. Sehingga hendak keluar rumahpun kena menjaga kesihatan. Kebanyakkan negara kaya seperti di Hemiphere Utara sudahpun membeli beberapa billion doses Vaccine A H1N1. Cukup untuk 70% daripada rakyat mereka. Nampaknya, kita masih lagi menunggu shipment  pertama pada bulan Oktober nanti.

Kepada semua  yang beragama Islam, saya mengucapkan selamat berpuasa. Hari bermula puasa adalah serentak dengan hari bermulanya cuti persekolah, ini cukup bermakna.

Dalam acara sukan tempatan, kita masih berusaha bekerja keras mencari penaja. Di dalam keadaan kemerosotan ekonomi sekarang, memang sukar hendak mencari penaja, tetapi kami sedang berusaha mendapatkanya. Semua acara sukan menarik yang melibatkan atlit negara sudah habis. Kejohanan Badminton Sedunia, Kejohanan Lumba Berbasikal dunia dan Peringkat Asia, Kejohanan Bowling Wanita Sedunia.

Memang kita menunggu Temasya Sukan Laos, tetapi saya dengar, kali ini Jawatankuasa Penganjur Laos masih belum bersiap sedia untuk sukan SEA yang hanya tinggal tiga bulan lagi sahaja.

MU sudahpun pulang ke England. Hari Kemerdekaan semakin dekat, tetapi tahun saya tidak nampak kibaran Jalur Gemilang di atas kereta, mungkin mereka tidak ada bajet untuk membeli bendera...

Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Captain Shafari kerana selalu memberi pandangan bernas mengenai hal-hal semasa. Kami akan sentiasa memberi maklum balas dari masa ke masa.

Selamat bercuti dan selamat berpuasa...

*Masih ramai saudara dan saudari yang belum menyertai facebook*

Lee Hui Seng

0 Komen Anda: