Penyokong Bakar Semangat Zandra
(Utusan Malaysia 29hb November 2005)
Manila - Kehadiran sekumpulan kecil penyokong kontinjen negara yang didatangkan khas di bawah tajaan sebuah syarikat elektronik Samsung, mungkin antara 'faktor X' yang membantu kebangkitan Zandra Aziela Abdul Hakimi meraih pingat Perak boling perseorangan wanita enam perlawanan pada Sukan SEA ke 23 Filipina di pusat Boling Pearl.
Mereka tidak henti-henti bersorak memberikan semangat kepada Zandra dan lima atlit negara seperti Wendy Chai, Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah, Crystal Choy dan Lai Kin Ngoh sambil menyanyikan pelbagai lagu sorakan dengan rentak tersendiri.
Bayangkan bagaimana Zandra yang ketinggalan jauh pada permainan kedua hingga kelima dan sudah hampir tercicir dari tiga tempat teratas dan bakal pulang dengan tangan kosong, masih mampu bangkit mendadak dan menyambar sebutir perak pada permainan terakhirnya.
Kumpulan Penyokong Malaysia (Famemas) Samsung memenuhi satu ruang tempat duduk untuk mencipta satu 'medan kuning' selain membawa dan mengibar Jalur Gemilang di situ ketika kawasan lain hanya diduduki seorang dua penonton tempatan yang mungkin sekadar sanggup datang demi mengisi masa terluang.
Bagaimanapun, disiplin penyokong negara tetap terpelihara dan mereka tidak sesekali mencemuh dan mencaci mana-mana atlit negara lain yang turut berjuang supaya tumpuan supaya tumpuan mereka tergugat.
Syabas kepada mereka dan ternyata "Malaysia Boleh!"
0 Komen Anda:
Catat Ulasan