CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 30 Ogos 2008

Catatan Dari Korat - Hari Ke Lima

Catatan Dari Korat - Hari Ke Lima

Setakat laporan ini ditulis, hari ini merupakan hari paling gembira buat kontinjen negara apabila berjaya menuai sebanyak 13 pingat emas yang juga merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini. Tahniah!! pastikan 20 lagi emas akan dapat digengam dalam tiga hari terakhir ini. GO MALAYSIA GO! GO FOR GOLD!.

Destinasi pertama kami hari ini Lawn Bowls Green, QSSC di mana sukan petanque dilansungkan. Petanque merupakan sukan berasal dari Perancis dan amat popular di Laos, Thailand dan Combodia. Berdasarkan pengalaman penulis, sukan ini boleh dilihat dimainkan di mana sahaja jika berkunjung ke negara tersebut. Peraturan dan cara permarkahan permainan hampir sama dengan sukan lawn bowl di mana bola besi perlu dilontar ke arah jack dan bola yang hampir akan memenangi mata. Apa yang berbeza dengan lawn bowl adalah bola perlu dilorongkan ke jack dan bentuknya adalah lonjong dan agak pelbagai. Penulis sempat bermain sukan ini semasa menyertai Jambori Pengakap Asia Pasifik di Terengganu pada tahun 1997 dan kebetulan juga hari ini penulis sempat berbual dengan jurulatih petanque negara yang rupanya adalah individu yang memperkenalkan sukan ini di jambori tersebut. Penulis menyarankan supaya usaha promosi yang lebih giat dapat dilakukan supaya sukan ini kan lebih popular dan beroleh lebih kejayaan di masa akan datang seperti mana yang berjaya dicapai sukan lawn bowl.

Seterusnya kami ke arena memanah yang terletak di padang bola di Universiti Teknologi Suranaree. Namun setibanya kami di sana acara yang melibatkan pemanah negara baru sahaja berakhir di mana keputusannya tidaklah begitu menceriakan, sekadar pingat gangsa menerusi acara berpasukan lelaki compund. Alang-alang di sana, kami menziarah para pegawai dan juga atlit yang menerima kedatangan kami dengan hati gembira, tidak seperti di beberapa acara di mana para pegawai kelihatan sombong dan tidak tahu menghargai kehadiran kami. Untuk pengatahun Malaysia telah berjaya muncul antara kuasa sukan memanah di rantau ini dan juga di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terima kasih kepada persatuan kebangsaan yang melakar program yang sudah menampakkan hasil. Penulis percaya jika persatuan kebangsaan sesuatu sukan komited dalam program pembangunan dan mengurangkan politiking dalaman, Malaysia boleh melahirkan lebih ramai lagi atlit yang bertaraf Asia mahupun dunia.

Oleh kerana kami telah merancang untuk menonton aksi bola keranjang wanita di stadium berhampiran menentang Filipina yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1 petang, serta mempunyai banyak masa lagi sementara menanti perlawanan bermula. Kami menggunakan kesempatan ini untuk membuat latihan sorak dan nyayian lagu 'Kalau Rasa Gembira' yang dipimpin dua cherleader dari Famemas yang sangat dedikasi dan bersemangat, Khairol Nizam dan Raja Azuan. Selesai latihan, kami menikmati hidangan makanan tengahari yang dibungkus dan menu hari ini adalah nasi berlaukkan ayam dan sambal yang sangat pedas!.

Perlawanan menentang Filipina boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir kerana Filipina adalah pencabar utama kita. Format pertandingan adalah secara liga satu pusingan dan pasukan teratas akan muncul juara dan sokongan kami dalam perlawanan ini amat bermakna untuk pemain negara. Hasi usaha sorak yang hebat dari Famemas dan pasukan sorak dari Thailand yang turut dibantu oleh kami, Malaysia muncul pemenang dengan jumlah perbezaan mata yang agak besar, 70 berbalas 56. Taniah Malaysia!.

Gelanggang seterusnya adalah Dewan Universiti Vongchavalitkul di mana acara teakwando yang bermula hari ini dilangsungkan. Setibanya di gelanggang, kami diberitahu seorang atlit Malaysia, Che Chew Chan yang juga telah layak ke Beijing 2008 akan beraksi di perlawanan akhir bagi kategori wanita bawah 72kg. Sementara menanti aksi tersebut, kami telah memainkan peranan aktif di dalam menceriakan suasana dewan dengan paluan kompang dan sorakan untuk atlit dari negara Indonesia, Vietnam, Filipina dan juga tuan rumah, Thailand.

Penulis (memegang kompang) dan rakan-rakan Famemas bergambar bersama atlit jalan kaki negara Yuan Yu Fang.

Seperti biasa para penonton gembiara dan terhibur dengan aksi kami sepertinya kumpulan kami memberi mereka hiburan secara percuma. Kumpulan kami juga sangat popular ketika ini di Korat dan penulis berani menyatakan Famemas adalah kumpulan sorak terbaik Asia Tenggara setakat ini sehinggakan Singapura juga sudah mula mengaktifkan semula kumpulan sorak mereka. Penantian kami yang agak lama sangat berbaloi apabila atlit taekwando memberikan negara satu lagi pingat emas dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas atlit dari Vietnam. Di gelanggang juga ada beberapa sepanduk yang tertulis 'Fair Game' akibat rasa tidak puas hati beberapa buah negara terutamanya Filipina dan Indonesia yang sering tumpas di dalam aksi sengit yang melibatkan atlit tuan rumah. Kisah sama yang berulang-ulang tanpa kelihatan kesudahanya.

Kami meninggalkan gelanggang dengan perasaan gembira dan puas untuk menuju ke velodrom yang mungkin akan memberikan beberapa emas lagi kepada negara. Penonton hari ini agak ramai di velodrom, mungkin disebabkan ramai pelumba Thailand beraksi hari ini. Suasana velodrom seperti semalam bertukar suasana sebaik sahaja perarakan aman kami masuk ke arena dengan laungan 'Malaysia Boleh!' dan paluan kompang beselang-seli dengan bunyi hon. Selepas itu velodrom menjadi milik kami dengan cheerleader kami memain peranan yang berkesan untuk menghidupkan suasana pesta bersama-sama pasukan sorak Thailand yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Hasil Malysia tidak menghampakan seperti semalam apabila berjaya menggondol dua emas menerusi kejar mengejar berpasukan. Taniah dan 200 meter pecut menerusi Josiah Ng yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Azizul Hasni. Taniah! velodrom sekali lagi didendangkan dengan lagu Negaraku yang dinyanyikan penuh semangat.

Walaupun ramai diantara kami sudah kenal mengenali secara tidak formal. Hari ini merupakan giliran penulis memperkenalkan diri kepada semua ahli Famemas secara rasmi. Terima kasih Famemas!.

0 Komen Anda: