Catatan Dari Korat - Hari ke Tujuh
Hari ini merupakan peluang terakhir untuk kami bersorak untuk Malaysia di Sukan Sea Korat kerana esok kami akan berangkat ke Bangkok seawal pagi. Perasaan bercampur baur antara gembira dapat pulang ke rumah dan sedih meninggalkan bumi korat dan juga rakan-rakan Famemas yang baru sahaja saling kenal-mengenal. Namum itu semua lumrah dalam kehidupan, perjuangan hidup dalam apa jua bentuk sekalipun tetap diteruskan.
Selepas berserapan, kami menuju ke lokasi pertama kami iaitu gelanggang karate-do di mana dua pingat emas terakhir dipertandingkan iaitu bagi acara kumite berpasukan lelaki dan wanita. Malaysia menyandarkan harapan kepada pasukan kumite lelaki untuk merangkul emas kesembilan, tetapi disebabkan kesilapan teknikal oleh S. Mahendran pada aksi ke empat daripada lima pentempuran kesemuanya, hasrat negara berkecai begitu sahaja. Setelah tamat perlawanan akhir tersebut yang menemukan Malaysia dengan Vietnam, kami menuju ke Kompleks Sukan Utama untuk menyaksikan acara gimrama individu keseluruhan kerana aksi kumite wanita hanya akan berlangsung pada sebelah petang. Apapun tahniah kepada skuad karate-do negara yang cemerlang dengan jayanya apabila mengandakan emas yang disasarkan kepada angka 8.
Setibanya di Kompleks Sukan Utama, kami dihidangkan dengan makanan tengahari dan Alhamdulillah, menu hari ini sangat menyelerakan walaupun sambal Thai amat pedas bagi lidah penulis. Penulis menikmati hidangan bersama Dr. Zaki, Che Ahmad atau cikgu Din, Zul, izuan atau Mardost dan juga Tok Moh di medan selera yang terletak jauh di belakang Pasar Sukan Sea Korat sambil menikmati teh tarik kaw Korat. Banyak juga isu yang dibincangkan di sini yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan, maklumlah banyak individu yang berpengalaman luas yang duduk semeja bersama penulis.
Selepas makan dan solat, kami terus ke pintu hadapan Stadium Utama Tertutup 1 untuk berkumpul sebelum masuk ke arena. Satu hal yang berbeza di sini adalah suasananya tidak sesuai untuk kami membuat hingar-bingar dan ini menyebabkan kami sekadar bertepuk tangan dan bersorak ketika perlu sahaja. Penulis dan Dr. Zaki pada awalnya seperti sudang mengagak akan berlaku sedikit tindakan bias dari juri tuan rumah dan sangkaan ini mengena apabila gimnas utama Thailand, Sridee diberikan mata yang agak tinggi iaitu 15.300 dalam disiplin kedua, aksi gelung walaupun beliau gagal menyambut dengan kemas. Di dalam masa yang sama, gimnas negara Chrystal Lim yang menontokan aksi yang mempunyai darjah kesukaran yang hampir sama dengan Sridee dan tidak melakukan sebarang kesilapan besar diberikan markah 15.360, perbezaan yang sangat kecil dan tidak masuk akal. Di dalam disiplin pertama iaitu tali, markah Sridee dan Chrytal Lim juga tidak jauh walaupun persembahan kedua-dua gimnas tidak jauh berbeza.
Selepas aksi pertama ini secara spontan, penulis mencadangkan kepada Dr. zaki untuk menulis sepanduk kecil menggunakan kertas dan setelah meminta A4 kosong daripada sukarelawan di luar, kami menulis 'Judges, please be fair'. setelah tamat aksi disiplin kedua tadi, Dr Zaki dan en. Shafari atau kepten secara spontan menayangkan slogan tersebut ke arah kamera dan media yang duduk bersebelahan sambil diiringi sorakkan 'boo' dari sebahagian kami. Ketika ini kami sudah merasakan pingat emas pasti akan dimiliki gimnas dari Thailand ini yang tidak dinafikan berbakat dan juga hebat.
Setelah tamat disiplin kedua daripada 4 disiplin yang harus dilengkapkan, Pengerusi Encik Lee Hui Seng mendapat perkhabaran bahawa atlit bola tampar pantai negara yang akan beraksi di peringkat separuh akhir memerlukan sokongan kami. Seraya itu kami meningglkan aksi gimrama untu ke gelanggang bola tampar pantai yang juga terletak di dalam kompleks Sukan Utama.
Pertama kali penulis dapat menyaksikan aksi bola tampar pantai di depan mata dan sememangnya bermain di atas padang pasir pantai tidaklah mudah dan amat memenatkan. Penulis pernah bermain bola sepak pantai beberapa tahun lepas dan serik bermain lagi. Walaupun pasangan negara mempamerkan aksi mantap untuk bangkit di set kedua, namun pasangan Thailand yang kelihatan lebih mantap sepanjang perlawanan mencul pemenang. Sekalung taniah kepada pasangan negara , Teck Hua dan Shun Thing yang bermain bersungguh-sungguh dan juga kepada pegawai persatuan dan jurulatih yang sangat menghargai kehadiran kami.
Aksi sorak kami di sini juga merupakan perjuangan terakhir kami di Korat, masa seperti sangat pantas berlalu dan kami pasti merindui detik-detik di sini. Bergambar kenangan di hadapan stadium sebelum singgah buat kali terakhir di The Mall untuk membeli ole-ole sebagai kenangan. Penulis seperti biasa menghabiskan masa sejam di internet sebelum membeli beberapa majalah untuk dibuat koleksi.
Selesai sahaja makan malam, penulis dan teman-teman Famemas lain, Khairol, Shamsol, zul, Mardost, azuan dan Dorairaj segera mengupah tut-tut untuk membawa kami ke Pasar Malam Korat yang seakan-akan seperti Petaling Street dan Shopaholics, bazaar seperti ini pastinya sesuatu yang harus dikunjungi.
1 Komen Anda:
Aik... Sekali saja nama saya terpacul dalam banyak2 artikel... Tu pun sbb atikel tu guna gambar saya.. Tapi dalam artikel, guna nama org lain..
"Writer, please be fair" laaa...
No need to say la... Letak nama diorang ni banyak2 pun, diorang bukan bukak pun blog ni... Balik2, abg zuldean, Palong, Mardost yang akan jadi penunggu... So, lebih baik letak gambar dan cerita umat yang selalu mengadap blog ni...
Memandangkan nama gua ada satu sahaja, maka dalam seminggu, sekali je la gua surf this blog...
Catat Ulasan