Penyokong Tuan Rumah Hormat Famemas
(Hasnira Hasan - Berita harian)
"Sebelum tiba di Thailand, kami bimbang penerimaan rakyat dan penyokong tempatan di sini, tambahan selepas membaca laporan akhbar bagaimana negara tuan rumah Sukan Sea itu memberi tekanan kepada negara jiran mengenai penganjuran acara terutama mengenai isu sepak takraw. Namun, kami terperanjat dengan layanan mereka yang begitu baik terhadap kami, berbanding kumpulan minoriti Malaysia sendiri, yang membabitkan sebahagian besar pegawai atasan," kata raja Azwan Raja azhar.
Dia adalah salah seorang peserta kumpulan penyokong Malaysia - Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) yang melahirkan rasa kecewa apabila dianaktirikan kumpulat elit berkenaan termasuk beberapa persatuan sukan, sepanjang empat hari, bermula Ahad di Wilayah Nakhon Ratchasima.
"Mereka (atlit dan pegawai) ada elaun bertanding sama ada kalah atau menang, tetapi kami korbankan segalanya untuk hadir di sini (Korat) bagi menyokong perjuangan mereka. Kami sedar atlit perlu memberi tumpuan kepada pertandingan. Andai kalah sekalipun, apa salahnya melambai ke arah kami? kenapa perlu wujud kumpulan oren dan kuning? Terus pergi begitu sahaja apabila selesai tugas (bertanding)," kata peserta berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, yang pertama kali menyertai rombongan sorak Famemas.
Kata raja Azwan:"Kami bukan pengemis, tetapi kami adalah pencinta sukan - persahabatan, semangat dan perayaan. kami membina hubungan yang baik dengan penyokong negara lain. Kami tahu masih ada kumpulan lain yang menghargai kami, walaupun sungguh mengecewakan ia adalah warga asing."
Famemas - Kumpulan penyokong tetap Malaysia yang sentiasa menyertai kejohanan sukan antarabangsa sejak ditubuhkan pada 2002, kali ini disertai seramai 50 oarang membabitkan tujuh wakil media, manakala sebahagian besar peserta dikalangan profesional, pelajar institut penganjian tinggi (IPT) dari seluruh negara.
Penulis sendiri menyaksikan bagaimana sebahagian besar pegawai atasan Malaysia yang bukan sahaja tidak menegur sapa dengan kumpulan kami berwarna kuning memakai baju 'Malaysia Boleh' dan Jalur Gemilang, tetapi juga seperti kurang berminat memandang ke arah kecil yang turut mengibarkan bendera kebanggaan negara itu dalam hampir semua lokasi pertandinagan di Korat.
Bagi kumpulan sukarelawan ini, bukan pujian melambung diharapkan dan tidak juga balasan. Malah, sebahagian besar mereka mengeluarkan pembelanjaan sendiri untuk menyokong atlit pada Sukan Sea edisi ke-24 kali ini, selepas Famemas hanya memperoleh tajaan dari syarikat elektronik gergasi, Samsung.
Shafari Bakar yang menyertai kelab pengasas penyokong di Asia itu sejak 2003, pula mengandaikan tindakan beberapa persatuan sukan negara yang mengenepikan kumpulan Malaysia terutama di negara luar sebagai tindakan yang tidak membalas budi.
"Sehingga kini, mereka tidak memberi kami bantuan wang ringgitpun dan bukan itu yang kami pinta. Tanpa mereka, kami tetap memberi sokongan perjuangan atlit Malaysia buat persatuan sukan. Kami hadir di sini kerana sayangkan negara. Penyokong negara lain lebih menghargai kami. Mereka gembira dengan kehadiran kami dan memberi tepukan gemuruh.
"Kami penyokong sukan bukan minta disanjung tetapi sekurang-kurangnya hargai kehadiran kami. Sekalipun sibuk, apa salahnya melambai ke arah kami seperti warganegara kelas kelas ketiga, memandang pun seperti segan-segan, apatah lagi berusaha untuk berjumpa," kata ketua bahagian selatan kelab itu.
0 Komen Anda:
Catat Ulasan