CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 23 Disember 2009

Khop Jai Lai lai Laos, Merry Christmas & Happy New Year

Hadapan Lapangan Terbang Vientiane, Laos

Hadapan Stadium Lao Iteec

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Syukur, kesemua kontinjen Famemas telah selamat pulang ke Malaysia setelah berjuang berhabis-habisan untuk memastikan Malaysia mencapai sasaran pingat emas, malahan melebihi jangkaan semua dengan pungutan 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa di Sukan SEA ke 25, Vientiane, Laos….Tahniah MALAYSIA dan SYABAS FAMEMAS!

Beberapa sejarah dicipta dan tidak salah untuk mengatakan Famemas turut sama memainkan perananya dalam merencanakan sejarah gemilang sukan Negara.

Pihak EXCO memohon maaf dan mohon halal atas segala kekurangan sepanjang penganjuran dan perjalanan Famemas di Vientiane, Laos… harapnya ia menjadi kenangan manis bersama dan menguatkan semangat kita untuk terus berjasa kepada MALAYSIA. Terima Kasih kepada kesemua peserta kontinjen Famemas yang memungkinkan satu misi yang amat Berjaya bagi semua, SYABAS FAMEMAS!!

Untuk melihat foto dan berkongsi pengalaman Famemas di Laos, harap dapat melayari www.flickr.com/famemas 

Di kesempatan ini Famemas ingin mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS DAN SELAMAT TAHUN BARU kepada semua, semoga tahun baru membawa kita ke pencapaian yang lebih gemilang lagi dari sebelumnya

TERIMA KASIH dan SALAM IKHLAS DARI FAMEMAS

0 Komen Anda: