CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 31 Disember 2009

Bapa bermotosikal ke Laos demi sokong anak

Demi kasih sayang, seorang bapa berusia 63 tahun dari Malaysia, Jaya Abdullah sanggup bermotosikal sejauh 2,400 kilometer dari Petaling Jaya ke bandar ini, semata-mata untuk memberikan sokongan kepada anaknya, Adam, yang beraksi dalam acara tenis pada temasya Sukan SEA XXV.
En. Doeairaj bertanya sesuatu kepada en. Jaya

Jaya yang ditemui ketika singgah di sebuah kedai minuman di bandar ini berkata, dalam usia emasnya, kasih sayang terhadap anak bongsunya itu membuatkan beliau sanggup bermotosikal ke sini, yang mengambil masa perjalanan selama lima hari.

“Saya memulakan perjalanan dari Petaling Jaya pada 4 Disember lepas dan tiba di bandar ini pada 9 Disember lalu. Isteri saya, Salwiah Mohd Nor, menunggu ketibaan saya di bandar ini. Dia ke sini dengan penerbangan,” katanya.

Ahli Famemas bergambar kenangan dengan en. Jaya di Vientiane.

Jaya yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi berkata, sepanjang perjalanannya, beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

Selain bertujuan bertemu anaknya, Adam yang menganggotai skuad tenis Malaysia ke Sukan SEA XXV di sini, Jaya juga mahu menghabiskan usia emasnya bermotosikal ke seluruh Asia.

“Oktober lepas, saya bermotosikal ke Phuket, Thailand. Dan kini tiba ke Laos. Mungkin tahun hadapan, saya akan ke China pula,” katanya.

0 Komen Anda: