CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 10 Disember 2009

Kelab Famemas gegar Laos dengan sorakan padu

PETALING JAYA : Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) bakal menggegarkan bumi Laos bermula 12 hingga 19 Disember ini dengan sorakan padu bagi memberi sokongan kepada seluruh kontinjen negara yang membawa cabaran di Sukan Sea ke-25.

Walaupun rombongan kali ini hanya disertai 12 anggota berbanding 50 penyokong pada siri temasya sebelumnya, kerjasama dengan sekretariat Malaysia sepanjang kejohanan berprestij itu dijangka mampu menggamit penyertaan di kalangan pegawai sukan dan atlit negara.

Pengerusinya, Lee Hui Seng, berkata sejak diasaskan pada 2002, kumpulan berkenaan tidak ketinggalan menyemarakkan semangat atlit di Sukan Sea Vietnam, Manila dan Korat, selain ke Sukan Olimpik Athens 2004, Sukan Asia Busan dan Doha hingga mendapat pengiktirafan sebagai satu-satunya kelab penyokong sukan Malaysia sejati oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Usaha turun ke gelanggang dengan matlamat menyemarakkan semangat juang atlit antara misi kami biarpun sebahagian besar perbelanjaan adalah tanggungan sendiri kerana kami percaya, sedikit sebanyak sorakan ‘Malaysia Boleh’ menyuntik semangat atlit kita.

“Jika dibandingkan kunjungan ke temasya sukan besar sebelum ini, jumlah 12 anggota Famemas di Laos mungkin nampak kecil namun saya yakin ‘suara’ kami mampu menggamatkan semua lokasi kejohanan dengan sokongan padu semua pihak khususnya kontijen negara,” katanya pada sidang media di sini.

Menyingkap sejarah Famemas yang juga singkatan kepada Fame Malaysia atau kemasyhuran Malaysia, ia direalisasikan tujuh tahun lalu dengan mengumpul 100 peminat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersorak pada Sukan Asia Busan, Korea Selatan menerusi tajaan Samsung sebelum didaftarkan secara Rasmi

Berita Harian - Rabu 9 Disember 2009 - SENTRAL m/s 2

0 Komen Anda: