CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 8 September 2010

Kecewa tak bida Sukan Asia 2019

SAYA sebahagian rakyat Malaysia yang sedih dengan keputusan Kabinet tidak menyokong pembidaan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Asia 2019.

Jika Kabinet merasakan kos yang tinggi itu tidak dapat diterima rakyat, saya adalah rakyat yang tidak kisah perihal kos penganjuran dijangkakan RM1.6 bilion itu. Saya melihat kos pembinaan bangsa, rasa bangga kepada negara dan rasa kekitaan akan melebihi daripada kos cadangan penganjuran sukan terbabit.

Pada saya penganjuran Sukan Asia boleh menjadi saluran yang baik melangsungkan inisiatif konsep 1Malaysia melalui sukan sebesar Sukan Asia.

Saya berharap, Kabinet memikirkan semula usaha meneruskan pembidaan Sukan Asia 2019 kerana mungkin bukan keuntungan wang, tetapi pulangan dari segi pembinaan negara bangsa.

KAMARUL,
Kajang.

0 Komen Anda: