CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 1 Ogos 2010

FAMEMAS: TAHNIAH NICOL, AZLAN & MALAYSIA DAN ASIA GAMES GUANGZHOU

Tahniah buat Nicol & Azlan. Juga Tahniah buat Pasukan Bolasepak Malaysia Bawah 23 Tahun.

Pada 25 Julai lepas, itulah pertama kali saya ke stadium Bukit Jalil menonton Bolasepak perlawanan yang melibatkan Malaysia setelah sekian lama tidak berbuat demikian akibat kemerosotan permainan pasukan kita.

Hari itu hati ini tergerak untuk melihat semula pasukan kita bermain. Tanpa menghiraukan samada tiket masih ada atau tidak di tambah pula dengan hujan lebat sepanjang perjalanan ke stadium, saya pergi bersama anak lelaki saya yang berusia 9 tahun.

Akhirnya, saya sampai ke stadium dengan hujan renyai yang masih turun, saya berlari menuju ke bahagian jualan tiket. Dapat juga saya membeli tiket dan dapat menyaksikan perlawanan yang melibatkan malaysia.

Syabas!!! pasukan Malaysia yang bermain cemerlang hingga dapat menundukkan pasukan Olimpik Korea Selatan dengan 1-0 walaupun kadangkala terdapat kepincangan yang mendebarkan penonton yang hadir. Tetapi dilihat bahawa pasukan Malaysia dapat menyerap tekanan dan asakan dari musuh dengan cepat lalu dapat menghasilkan gol kemenangan.

Tahniah sekali lagi. Tidak lupa juga tahniah kepada pasukan sorak (Famemas) yang saya rasa duduk di bahagian hujung kanan stadium yang menyemarakkan lagi suasana stadium. Bila terdengar sorakan serta paluan muzik dari hujung stadium baru saya teringat bahawa saya adalah ahli famemas.

Itulah semangat yang kita mahu. Pasukan Malaysia memerah tenaga untuk kemenangan, pasukan sorak memerah suara tanda sokongan. Walaupun saya tidak dapat bersorak bersama dengan kumpulan penyokong tetapi saya tetap bersorak bersama-sama penonton lain sebagai sokongan kepada pasukan kita.

Sebagai sokongan kepada pasukan sorak Famemas, saya memohon agar maklumat perlawanan melibatkan Malaysia terutama bagi perlawanan Bolasepak, Badminton dan bola tampar pendekkata asalkan melibatkan pasukan Malaysia mohon makluman dari pihak tuan agar jika ada kelapangan dapat saya bersama pasukan sorak FAMEMAS menghangatkan lagi gelanggang pertandingan seperti mana saya pernah bersama di perlawanan Piala Thomas dipertandingan separuh akhir antara Malaysia Vs China.

Salam 1 Malaysia.

SAINI SAIDI

0 Komen Anda: