Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
MR. THOMAS SUDAH TUKAR NAMA CINA?
Sesungguhnya hajat untuk melihat Tembok Besar China roboh tidak kesampaian, dan nampaknya Mr. Thomas takkan kembali ke Malaysia untuk tahun ini. Mungkin juga Mr. Thomas sudah mendapat kerakyatan China, kita tak pasti lagi, yang penting Mr. Thomas mungkin sudah mempunyai nama Cina sebab sudah 8 tahun berada disitu, dah dapat PR kot!
Ahli Famemas sebelum memasuki stadium.
Ivy, Bryan dan ZulDean sebelum memasuki stadium.
SYABAS, TERIMA KASIH & MOHON MAAF
Apapun Syabas kepada kita semua yang bermatian menyokong skuad kebangsaan kita…. Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua yang menjayakannya. Pihak EXCO juga memohon maaf jika ada tersilap bahasa, terkasar cakap atau atas sebarang ketelanjuran semasa penganjuran Thomas Cup.
Tiga puteri Famemas mencontengkan muka mereka dengan perkataan Lee Chong Wei.
TERUSKAN SOKONGAN
Pihak EXCO berharap agar semua ahli akan terus menyokong aktiviti Famemas dan tidak hanya muncul untuk mengambil kesempatan semata-mata, sokonglah segala aktiviti yang dianjurkan Famemas. Terima Kasih dan Mohon Maaf atas segalanya.
Cikgu Din, Buyung dan Khairol.
BAJU BARU FAMEMAS
Semua ahli juga diharap dapat membeli baju baru Famemas pada harga kos RM25 untuk keseragaman. Baju Baru dapat dibeli dari Mr. Lee dan Mr. Raj di aktiviti akan datang.
AKTIFKAN KEAHLIAN ANDA
Kepada yang belum mengaktifkan diri, harap juga membayar RM5 yuran pengaktifan tahunan kepada Bendahari diacara akan datang.
Kepada yang belum mengaktifkan diri, harap juga membayar RM5 yuran pengaktifan tahunan kepada Bendahari diacara akan datang.
Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari: http://www. flickr. com/ photos/ famemas/
AHLI BARU
Jika ada rakan yang ingin menjadi ahli famemas, harap dapat email ke famemas@gmail.com
Semoga bertemu lagi di medan perjuangan Malaysia yang seterusnya,
Salam Ikhlas,
FAMEMAS
Jika ada rakan yang ingin menjadi ahli famemas, harap dapat email ke famemas@gmail.com
Semoga bertemu lagi di medan perjuangan Malaysia yang seterusnya,
Salam Ikhlas,
FAMEMAS
1 Komen Anda:
hello,
I emailed you guys about joining but never got a reply. I managed to get the entry form from Mr. Lee but found the website domain for Famemas has expired (famemas.org AND famemas.org.my). Do I have to go to Shah Alam to register as a member? Any advice is greatly appreciated. Thank you.
Catat Ulasan