CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 8 November 2009

Minat Bola Usah Sampai Abai Nyawa


Saya bukan peminat fanatik bola sepak, namun perlawanan penting yang membabitkan negeri dan negara kelahiran saya menjadi kebanggaan walau siapapun saya.

Perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan tadi memang menarik.

Saya dapati ramai penyokong ke dua-dua negeri memenuhi Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawananan malam tadi.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah peringatan dan perkongsian terutama kepada penyokong kedua-dua pasukan, terutama Kelantan yang memerlukan pemanduan jauh supaya supaya berwaspada memandu, terutama ketika pulang daripada menyaksikan perlawanan terbabit.

Jangan jadikan kemalangan yang meragut nyawa penyokong bola sepak sebagai kebiasaan yang akan terjadi setiap tahun kerana memandu dalam keadaan mengantuk, kekecewaan dan kepenatan selepas tamat perlawanan Piala Malaysia.

Jika mengantuk, berhenti dan berehat secukupnya supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Jangan bertaruhkan nyawa kita semata-mata kerana Piala Malaysia.

Betul kata iklan di televisyen yang kita lihat, minum bola, tidur bola malah boleh katakan semua bola, tetapi adakah kita perlu mati kerana bola.

Sebagai penyokong bola sepak Liga Malaysia mengapa perlu korbankan nyawa kita yang pasti takkan berganti hanya semata-mata kerana bola sepak.

Sayangi nyawa kita. Sama ada kita ada atau tidak. Kalah menang sesuatu perlawanan memang mesti yang menang habuan menanti. 

Sebagai penyokong bola sepak negara. Jika kita lalai, mungkin inilah Piala Malaysia yang terakhir yang kita saksikan.


0 Komen Anda: