CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 28 November 2008

Nicol Terus Harumkan Nama Negara

Famemas memberi sokongan kepada Datuk Nicol David ketika di Kejohanan Terbuka Malaysia beberapa tahun lalu

Suasana suka-duka menyelubungi dua pertandingan berlainan rentak di dua gelanggang berbeza membabitkan dua atlit negara bergelar datuk, tempohari. 

Suasana gembira membabitkan Datuk Nicol David di Hongkong apabila beliau meneruskan rentetan rekod tanpa kalah dengan meraih gelaran kesepuluh tahunini apabila mengungguli Squasy Terbuka Hongkong.

Dengan kemenangannya ke atas musuh tradisinya, Rachael Grinham dari Australia 14-12, 11-13, 11-8 dan 11-8 pada perlawana akhir, pastinya Nicol, 25, terus unggul sebagai pemain nombor satu dunia.

Lain pula suasananya di gelanggang badminton di Shanghai, China apabila pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei terus dihantui badi pemain utama China, Lin Dan lalu kecundang mudah pada final badminton Siri Super Terbuka China.

Kekalahan ini yang kedua buat Chong wei kepada Lin Dan selepas akur dengan tektik psikologi dan ketangkasan musuh tradisinya mengawal ruang gelanggang pada pertandingan merebut pingat emas-perak temasya Sukan Olimpik di Beijing, Ogos lalu.

Prestasi Chong wei kali ini agak baik, namun begitu, kepintaran tektik dan kelicikan perang psikologi Lin dan menyebabkan ia mudah menyerah dalam 39 minit sahaja.

Wajah Nicol jelas mencerminkan kesungguhannya hendak mengungguli kejohanan terbuka Hongkong buat tiga tahun  berturut-turut itu dan kesungguhan dan keyakinan diri ini berbaloi dalam pertarungan sengit berterusan sampai 53 minit.

Hal demikian berpunca daripada kesungguhan Grinham hendak menang seperti terbukti daripada kesungguhannya bermain dengan baik sehingga dapat mengawal gelanggang.

Pujian wajar diberikan kepada Nicol kerana kepintaran dia mencuri peluang mengutip mata demi mata biarpun lawan tradisinya itu arif pula membaca permainannya.

Penulis bergambar kenangan bersama Datuk Lee Chong Wei di Majlis Malam Olympian

Baik Chong Wei  mahupun Lin Dan, masing-masing sudah dapat membaca rentak dan taktik permainan satu sama lain. Agak malang, apabila Chong Wei nampaknya terikut-ikut rentak permainan lawan yang begitu superior dengan permainan di jaring, lob dan pukulan kilas.

Fobia apabila mendepani pemain China dan bermain di gelanggang sendiri turut sama menghantui pemain negara sehingga gagal beraksi seperti sepatutnya.

Justeru, kegagalan perseorangan dan bergu utama wanita kepada pemain china membuktikan semangat juang yang tinggi saja belum cukup untuk meraih kemenangan pada tamasya sukan besar Siri Super begini.

Semangat harus disertai ketangkasan  dan kepintaran mencuri peluang mengutip mata demi mata daripada kesilapan permainan lawan, seperti dibuktikan Nicol David.

Negara berbangga dengan kehadiran pemain nombor satu dunia untuk badminton lelaki dan skuasy wanita ini, setidak-tidaknya buat beberapa tahun akan datang.

Bagaimanakah prestasi kita dalam kedua-dua arena ini jika kudrat dan prestasi permainan mereka nanti tidak segagah dan sehebat sekarang?

Ambil sahaja iktibar Roger Federer pemain tenis terunggul dari Switzerland itu, 2008 menyaksikan kemerosotan permainannya tetapi untuk tahun 2009, dia benar-benar berazam hendak bangkit semula dengan memberi tumpuan kepada kejohanan Wimbledon.

Keazaman sama patut dicontohi Chong Wei untuk bangkit semula tahun depan.

Jika mengambil situasi Federer sebagai iktibar, pemain muda perlu didedahkan pada peringkat global. Ini berguna untuk mencari pengalaman supaya tidak fobia dan badi dengan pemain dari negara tertentu serta tidak gementar mendepani puluhan ribu penonton.

0 Komen Anda: