CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 16 Oktober 2008

Warkah dari Kepten Shafari Sekembalinya dari Vietnam 2003

Kepten Shafari dan Ravi ketika bersorak  di Sukan SEA Vietnam 2003

Asssalamulaikum WBT

Selamat kembali ke tanah air yang tercinta. Kepada mereka yang ada teman dan suami/isteri, saya tahu anda keletihan hari ini. Maklum sahaja lah, melepaskan kerinduan yang di tanggung selama tujuh hari dan enam malam. Saya hanya terasa demam, agaknya demam kerana mencuci dosa-dosa ke atas perbuatan, penglihatan dan perkataan yang telah saya lakukan semasa berada di bandar Ho Chi Minh City, Vietman. Mungkin badan yang telah usang ini tidak tahan dilanyak oleh nombor 37 di tingkat 4, Amara Hotel itu. Atau kemungkinan juga kerana terasa rindu dekat Razlin atau Rohaya atau juga dekat Duct.  Anyway... niat kita untuk menyokong, melawat dan untuk berseronok telahpun dikecapi bersama. 

Tujuan saya mengirim email ini adalah semata-mata untuk memohon jutaan maaf ke atas tingkah laku, perbuatan dan perkataan yang telah saya pamerkan/luahkan selama kita berada di sana, yang berkemungkinan telah melukai perasaan anda. Mana lah tahu ye... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah ertinya.

Kepada Razlin, pls maafkan saya keatas joke-joke yang agak lucah seperti "rambut belah di tengah" dan "tokong cina". Anyway, hows my parents in law? my regards to them ok. :) 

Kepada Rohaya, apakah yang dimaksudkan dengan "payung emas"? Anyway kalau u ada lembu atau kambing yang terlebih di sembelih itu, ingat-ingatlah untuk beritahu saya. Jikalau lah ditakdirkan u dipilih untuk menyertai Famemas lagi, u kena sewa container 40'.

Kepada Zul, ingin saya mengingatkan bahawa kita MAKAN UNTUK HIDUP dan bukannya HIDUP UNTUK MAKAN. :) . Saya kuathir u akan jadi to pekong cina nanti.

Tiga orang askar VietChong Vietnam iaitu Hafidz, Aedi Eruwan dan ZulDean di Bandar Ho Chi Minh City, Vietnam

Kepada Afendi, tahniah ke atas gelaran yang telah u terima iaitu JIWANG SEGERA. U jangan ambil hati pula cos u r very good room mate. Bila pindah ke Alor Star tu... dan setelah menyertai JPJ, jangan asyik menyaman sahaja atau memarahi pengadil. Rileks dan selalu berfikir yang positif seperti keadaan berikut: JIKA ANDA DIBERAK BURUNG, SELALU BERASA SYUKUR KERANA LEMBU TIDAK BOLEH TERBANG. FIKIRKAN KALAU IA BOLEH TERBANG... JIKA IA BERAK... BAGAIMANA YE KALAU TOK MOH YANG KENA!?

Kepada Firdaus, dilain trip nanti... pls bersuara dan menjerit. Be a man ok . Jangan asyik menulis dan mengira budget sahaja. Anyway maaf kan saya ok.

Kepada Khairol, taniah for being a good cheer leader tapi... it is never easy to b a leader. Pendekatan u itu, u kena polish lagi. Otherwise... u r ok. Terima kasih kerana memberi sokongan yang kuat ke atas pemilihan tempoh hari. Kalau tidak, anda semua masih tidak mengenali diri saya. Ingin saya hendak ingatkan bahawa di Malaysia ini ramai tukang urut yang lebih baik lagi ok?. Jadi, tidak perlu pergi urut ketika berada di negara orang.

Kepada Hafidz, u showed your talent quite late. Kalau dari awal lagi... sudah tentu Roslin, pemain Petanque dan Tae Kwan Do menang. Next time... u r the cheer leader kalau u tidak pergi urut lewat malam hingga awal pagi :)

Kepada Izwan dan Aedi, jangan bercinta terlalu lama. Cepat-cepatlah sikit... boleh kita makan nasi beryiani berlaukkan daging yang di supply oleh Rohaya. Pak imam nikah ialah Tok Moh, tukang karut oleh Hafidz dan pak andam pula, oleh Afendi (Facial Mask).

Kepada Rosaidah, jangan terlalu rindukan orang di rumah. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu, mengemBooooOOOOOOOO.

Kepada semua melayu, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Saya akan mengingati anda semua dan selalu lah berhubung ye.

Wassalam.

Kepten Shafari

0 Komen Anda: