Bolasepak Malaysia
Kekalahan pasukan Malaysia kepada pasukan Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka kelmarin, tidaklah melukakan sungguhpun peminat bola sepak tanah air mahu melihat piala kejohanan kekal di tangan pasukan negara kita.
Pasukan negara, yang membelasah pasukan lawan sebelum perlawanan akhir ini tanpa membiarkan gawang sendiri dibolosi, setidak-tidaknya memberi gambaran ketara akan peningkatan skuad bimbingan B. Sathianathan itu. Ia cukup meyakinkan. Justeru ia wajar menerima pujian kita.
Sebenarnya, persembahan skuad bimbingan Sathianathan ini akan terus diuji lagi dan mereka perlu terus membuktikan keupayaan secara konsisten demi maruah bola sepak negara.
Disember ini, mereka akan memikul cabaran negara bagi merebut Piala Suzuki AFF di Thailand dan pada pertemuan itu kelak, pasukan kita antara lain berdepan dengan pasukan senior Vietnam.
Apapun, pencapaian Malaysia pada Pestabola Merdeka ini, diharap tidak akan melekakan skuad negara. Mereka tidak boleh lekas berpuas hati dengan pencapaian itu. Usaha dan langkah -langkah terbaik perlu dilakukan untuk memperbaiki pencapaian mereka, sekali gus dapat meningkatkanrangkin bola sepak negara yang kini tercorot.
Famemas sentiasa menyokong anda!!
2 Komen Anda:
UN SALUDO DESDE MEXICO...
FELICIDADES...
http://tektoninventos.blogspot.com
keseluruhannya malaysia menunjukkan peningkatan.
cuma taktik di perlawanan akhir tidak menjadi kerana terpukau dengan corak ultra defensive vietnam.
dan jurulatih juga kehilangan idea untuk menukar corak permainan.
mungkin terbawa2 dgn corak membelasah lawan pada game-game sebelumnya..
MALAYSIA MASIH BOLEH.
AFF Cup misi utama!
Catat Ulasan