CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 23 Disember 2014

Setinggi-Tinggi Tahniah!....

Bagi pihak Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas (Famemas), kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Sapawi Ismail diatas kepercayaan yang diletakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atas lantikan Tuan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia.
Y.Bhg. Tuan Ahmad Sapawi Ismail.
Kami percaya dengan mandat yang diberikan mencerminkan keupayaan dan kredibiliti tinggi yang dimiliki Tuan untuk membawa sukan Malaysia ke aras yang lebih gemilang dan cemerlang. Kami juga amat berbangga dengan pengiktirafan ini dan akan terus mendoakan kejayaan Tuan di masa akan datang.

Kami akan terus menyokong kepimpinan Tuan dalam usaha untuk terus memartabatkan dan mengemilangkan sukan Malaysia. Kami ucapkan selamat maju jaya dalam kapasiti baru Tuan.

Kami harap sokongan berterusan Tuan dan MSN dalam usaha bersama untuk terus memartabatkan sukan negara, khususnya bagi cabaran di masa akan datang.

Sekali lagi, Tahniah dan Selamat Maju Jaya

Sekian, Terima Kasih

MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Yang Benar,
Bagi pihak Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas.

 

0 Komen Anda: