CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 23 September 2011

Famemas & Penyokong Team Malaysia Telekom Tukar Restoran jadi Stadium

Restoran restoran NZ Curry House di Wangsa Maju "bertukar wajah" umpama stadium, malam kelmarin ketika lebih 200 penyokong kelab Famemas dan Team Malaysia Telekom bersorak mengapikan semangat perjuangan Harimau Muda ketika menentang Jepun dalam saingan kelayakan Olimpik di Stadium Tosu.



Perlawanan siarang langsung yang dipancarkan pada skrin besar di restoran itu disediakan atas inisiatif pemilik restoran itu, yang turut meminati sukan bolasepak negara. RTM dan Telekom turut berkempen dan membuat lintas langsung dari restoran ini.



"Sebagai anak Malaysia, kita perlu menyokong pasukan negara kita. Jadi, tidak salah jika saya memberi ruang kepada anak muda berkumpul dan menyerlahkan semangat patriotik kepada negara"



Hujan renyai-renyai tidak membataskan mereka untuk bersorak walaupun ada dikalangan mereka berwajah muram sebalik wisel penamat melihat anak didik Ong Kim Swee kecundang 0-2 kepada Samurai Muda.

0 Komen Anda: