Prihatin dengan kesusahan yang dialami mangsa banjir, Kelab Famemas turut terpanggil menghulur keringat bagi membantu mangsa, menerusi program kesukarelawan Atlit Prihatin (Bantuan Mangsa Banjir) anjuran Majlis Sukan Negara.
Presiden kelab Famemas, Lee Hui Seng, seorang penyokong sukan negara yang terlibat dalam program tersebut berkata beliau berasa gembira dapat menyumbang keringat membantu petugas bantuan menyusun, mengasing dan mengangkut barang bantuan banjir di Gymnasium 2, di Majlis Sukan Negara, semalam.
Sebelum ini, kelab Famemas ada bercadang turun menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur, namun dengan adanya program kesukarelawan yang dianjurkan oleh MSN ini kami rasa ini sudah cukup memadai.
Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan.
|
Famemas disamping barang-barang yang akan didermakan. |
|
Ahli Famemas turut membantu menyusun barang-barang yang akan didermakan. |
|
Antara barang-barang yang didernakan oleh kelab Famemas. |
|
TokMo dan Setiausaha Famemas, Puan Yusnita membantu menyusun barang-barang yang akan didermakan. |
|
Tuan Presiden Famemas, Lee Hui Seng juga membantu melancarkan majlis ini. |
|
En. Lee Hui Seng bersama atlit atlit negara sedang menyusun barang-barang makanan. |
|
Puan Yusnita bersama-sama atlit negara melipat pakaian yang didermakan. |
|
Suasana gymnasium 2 MSN. |
|
Famemas bersama atlit dan kakitangan MSN. |
|
Sedang mendengar taklimat dari Ketua Pengarah MSN. |
Semoga penderma dan yang membantu menguruskan kutipan sumbangan ini diberikan ganjaran berlipat ganda oleh NYA. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.
SEKIAN....