CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 15 Februari 2015

Bomoh Sukan Malaysia

Mansor Bin Abdul Khoni memang senang untuk dicam di antara ribuan penyokong sukan Malaysia. Gelagat dan suara lantang penyokong berusia 56 tahun ini menaikkan semangat para atlit negara dan memeriahkan keadaan amat dihargai oleh komuniti sukan Malaysia

Saya terlibat sebagai pengulas sukan untuk liga badminton Malaysia, Kopiko Purple League dan kini Champions Challenge di Resorts World Genting. Mansor dipilih oleh Kepong Badminton Club (KBC) yang berada di tangga ke 4 liga dan juara Champions Challenge, sebagai ketua pasukan penyokong kelab itu. Saya sempat menemubual penyokong setia sukan Malaysia ini yang juga dikenali sebagai Tok Mo.
TokMo di interview oleh wartawan Astro, Sharon Wee.
Sharon: Kenapa dipanggil Tok Mo? 
Tok Mo: Akhirnya dapat juga saya diinterview oleh Astro Arena. Ramai bomoh di Malaysia ni. Tapi bomoh sukan saya seorang sahaja. Tok-Datuk, Mo-Bomoh jadilah Tok Mo. Saya mendapat gelaran ni pada tahun 1988. Prediksi samada player Malaysia menang atau kalah, selalunya saya betul. 

Sharon: Bagaimana bermulanya minat sebagai penyokong setia sukan Malaysia? 
Tok Mo: Saya minat semua sukan. Saya bermain sukan untuk kesihatan dan beriadah, tapi sekarang tengok perut saya ni..(Tergelak saya) Saya bermula sebagai penyokong sukan sepak takraw pada tahun 1987. Saya mengambil keputusan kalau tak dapat bermain sebaik mereka, saya boleh menabur bakti kepada negara sebagai penyokong setia. 

Sharon: Sejak bila Tok Mo dikenali oleh rakyat Malaysia? 
Tok Mo: Saya jadi famous apabila menyokong pasukan badminton di Piala Thomas 1992, Stadium Negara. Melihat sendiri Malaysia menjulang Piala Thomas adalah antara kenangan termanis dalam hidup saya. Lepas tu masuk suratkhabar, masuk tv. Nama pun dah naik… 

Sharon: Di mana Tok Mo mendapat ilham memberi kata-kata semangat dan aksi melucukan di gelanggang? 
Tok Mo: Pada suatu hari saya mendapat mimpi. Mimpi yang mendorong saya supaya berani dan jujur dalam memberi sokongan kepada atlit negara. Aksi lucu memang datang secara spontan. Yang ni tak boleh diajar. Ada dalam diri saya semulajadi. 

Sharon: Menyokong secara individu atau berpasukan lebih baik? 
Tok Mo: Mestilah berpasukan lebih baik. Baru ada umphh…Kini kami ada Kelab Famemas, kelab penyokong Malaysia. Kami bergerak bersama dan ahli-ahli kami mencerminkan masyarakat 1Malaysia. Presiden Famemas, Lee Hui Seng pastikan ciri-ciri 1M diterapkan setiap masa. Saya bagi pihak Famemas juga ingin berterima kasih kepada para penaja yang memahami objektif kami dan memberi sokongan. 

Sharon: Harapan Tok Mo untuk sukan Malaysia? 
Tok Mo: Sukan menyatu-padukan masyarakat Malaysia. Saya ingin melihat Dato’ Nicol David (Skuasy) dan Dato’ Lee Chong Wei (Badminton) dan atlit negara yang lain terus mengharumkan nama negara. Kalau boleh sukan bola sepak menang lebih sikit. Terdekat supaya Malaysia menang banyak pingat emas di Sukan Sea Singapura Jun nanti. 

Jadi kalau nakkan tukang sorak, panggil je Tok Mo yang bersemangat dan cute ni…(tergelak-gelak saya)

Isnin, 12 Januari 2015

Semoga Cepat Sembuh

Setiausaha Kelab Famemas, Puan Yusnita telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Darul Ehsan Medical Centtre kerana mengidap penyakit Fidroid, cyst n endometriosis iaitu pembedahan untuk membuang ketumbuhan kecil di dalam perutnya.
En. Hafidz, naib presiden Famemas sedang melawat puan Yusnita di hospital.
Khabarnya, beliau kini semakin stabil, bertambah sihat dan telah pun dibenarkan pulang oleh doktor semalam. Beliau yang mendapat cuti sakit selama 6 minggu dan akan pulang berehat ke kampung halamannya di Kedah dalam masa terdekat ini.

Kami dari Kelab Famemas mengharapkan puan Yusnita cepat sembuh  serta kembali sihat dan aktif bersama kelab Famemas seperti biasa.

Jumaat, 2 Januari 2015

Sumbangan Famemas untuk Mangsa Banjir

Prihatin dengan kesusahan yang dialami mangsa banjir, Kelab Famemas turut terpanggil menghulur keringat bagi membantu mangsa, menerusi program kesukarelawan Atlit  Prihatin (Bantuan Mangsa Banjir) anjuran Majlis Sukan Negara. 

Presiden kelab Famemas, Lee Hui Seng, seorang penyokong sukan negara yang terlibat dalam program tersebut berkata beliau berasa gembira dapat menyumbang keringat membantu petugas bantuan menyusun, mengasing dan mengangkut barang bantuan banjir di Gymnasium 2, di Majlis Sukan Negara, semalam.

Sebelum ini, kelab Famemas ada bercadang turun menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur, namun dengan adanya program kesukarelawan yang dianjurkan oleh MSN ini kami rasa ini sudah cukup memadai.

Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan.
Famemas disamping barang-barang yang akan didermakan.
Ahli Famemas turut membantu menyusun barang-barang yang akan didermakan.
Antara barang-barang yang didernakan oleh kelab Famemas.
TokMo dan Setiausaha Famemas, Puan Yusnita membantu menyusun barang-barang yang akan didermakan.
Tuan Presiden Famemas, Lee Hui Seng juga membantu melancarkan majlis ini.
En. Lee Hui Seng bersama atlit atlit negara sedang menyusun barang-barang makanan.
Puan Yusnita bersama-sama atlit negara melipat pakaian yang didermakan.
Suasana gymnasium 2 MSN.
Famemas bersama atlit dan kakitangan MSN.
Sedang mendengar taklimat dari Ketua Pengarah MSN.
Semoga penderma dan yang membantu menguruskan kutipan sumbangan ini diberikan ganjaran berlipat ganda oleh NYA. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.

SEKIAN....